Pn Sedia Bentang Bajet Baharu Jika Tubuh Kerajaan Selepas Pru 15


agendaily.com08/10/2022
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada program Hari Sukan Negara di Putrajaya, hari ini (8 Oktober 2022).
Perikatan Nasional (PN) akan menawarkan satu belanjawan baharu yang lebih baik untuk rakyat dan negara sekiranya mampu menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin walaupun Parlimen akan dibubarkan sebelum Bajet 2023, kerajaan baharu PN akan membentangkan peruntukan yang baik untuk rakyat dan negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perasmian Hari Sukan Negara 2022, di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata belanjawan baharu perlu dibentangkan semula di Dewan Rakyat sekiranya PRU-15 diadakan sebelum Bajet 2023 diluluskan oleh Parlimen.

Pembentangan semula itu perlu dilakukan oleh kerajaan baharu yang dibentuk setelah keputusan PRU-15 diketahui. Ia pernah dilakukan pada 1999 ketika kerajaan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan enggan mendedahkan sama ada perkara berkaitan pembubaran Parlimen turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

“Perkara dalam mesyuarat Kabinet tidak boleh didedahkan kepada umum. Saya sudah bersumpah dengan nama Allah SWT di hadapan Yang di-Pertuan Agong untuk tidak bercerita mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

“Kalau saya ceritakan masuk neraka. Saya tak nak masuk neraka.

“Dia makan rasuah, salah guna kuasa dengan bersumpah dengan nama Allah, kemudian kita tak ikut masuk neraka,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang tidak bersetuju dengan tindakan 12 Menteri PN mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pendirian PN itu menolak PRU-15 diadakan tahun ini, Ahmad Faizal berkata, pihaknya perlu menyampaikan hasrat mereka kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, ketika Ahmad banyak tidak bersetuju dengan Ahli Parlimen PN, mereka juga tidak bersetuju dengan pemimpin UMNO itu.

“Ini adalah sebuah negara berdemokrasi. Kami fikir kami perlu menyampaikan hasrat dipersembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

“Ada pihak yang tak bersetuju, ada ramai juga yang bersetuju. Jadi tak perlu kita nak bergaduh. Saya menghormati beliau (Ahmad) dan saya fikir masing-masing boleh mengeluarkan pandangan,” katanya.

Setiausaha Agung UMNO itu sebelum ini berpandangan keabsahan kerajaan ketika ini semakin berkurangan dengan tindakan 12 menteri Kabinet daripada PN itu.

Ahmad dilaporkan berkata, langkah 12 menteri Kabinet PN itu mengurangkan sebanyak 40 peratus keabsahan kerajaan sedia ada serta melambangkan ketidakpercayaan kepada apa yang ingin dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Agenda Daily melaporkan tindakan 12 menteri Kabinet daripada PN menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong itu tidak boleh ditafsir hilangnya kepercayaan kepada Ismail Sabri, berbanding perbuatan UMNO sebelum ini.

Sebaliknya, pengkhianatan 15 ahli Parlimen (MP) daripada UMNO sebelum ini yang menarik sokongan kepada PN, dianggap lebih teruk sehingga kerajaan yang dibangunkan untuk membela rakyat telah tumbang.

Beza tindakan 12 menteri PN hantar surat dengan khianat 15 MP UMNO

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/pn-sedia-bentang-bajet-baharu-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk

Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 158 hits
Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk Tan Sri Azhar Azizan Harun Yang Dipertua Dewan Rakyat Parlimen bubar bagaimana dengan Bajet 2023 Bajet yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama itu mencetuskan perso...
Pru 15 Selepas Bentang Bajet 2023 Bakal Jadi Kenyataan Pm Setuju Arahan Presiden

Pru 15 Selepas Bentang Bajet 2023 Bakal Jadi Kenyataan Pm Setuju Arahan Presiden

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 175 hits
agendaily com1 10 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya faham kenapa PRU 15 perlu disegerakan Pengumuman UMNO semalam bahawa Perdana Menteri akan mempersembahkan ...
Bajet 2023 Gula Gula Pru Seronok Tetapi Kerajaan Berwibawa Diperlukan Menyelamatkan Negara

Bajet 2023 Gula Gula Pru Seronok Tetapi Kerajaan Berwibawa Diperlukan Menyelamatkan Negara

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 181 hits
Rakyat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gula gula pilihan raya yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang dibentang oleh kerajaan BN semalam Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin belanjawan yang banyak mengumumkan pemberian d...
Bajet 2023 Kerajaan Akan Sedia 100 Liputan Internet Di Kawasan Berpenduduk

Bajet 2023 Kerajaan Akan Sedia 100 Liputan Internet Di Kawasan Berpenduduk

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 177 hits
Pada Bajet 2023 Menteri Kewangan Tengku Zafrul juga telah mengumumkan perkembangan terkini jaringan digital yang meliputi projek Jalinan Digital Negara Fasa 2 suggest Di bawah projek JENDELA Fasa 2 kerajaan akan menyediakan 100 liputan inte...
Bajet 2023 Kerajaan Tubuh Pusat Respons Scam Kebangsaan Untuk Tangani Penipuan Dalam Talian

Bajet 2023 Kerajaan Tubuh Pusat Respons Scam Kebangsaan Untuk Tangani Penipuan Dalam Talian

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 180 hits
Setiap hari jenayah penipuan dalam talian atau online scam menjadi isu global yang semakin serius di Malaysia Bagi menangani isu penipuan dalam talian Menteri Kewangan Tengku Zafrul mengumumkan beberapa langkah Antaranya termasuk menubuhkan...
Apa Jasa Zahid Pulihkan Negara Selain Desak Pru Awal Dan Jatuhkan Kerajaan

Apa Jasa Zahid Pulihkan Negara Selain Desak Pru Awal Dan Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 249 hits
agendaily com29 09 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Ogos 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ...
Terkini Bajet 2023 Pembentangan Bajet Dari Kerajaan Malaysia

Terkini Bajet 2023 Pembentangan Bajet Dari Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 224 hits
TERKINI BAJET 2023 PEMBENTANGAN BAJET DARI KERAJAAN MALAYSIA Makluman terbaru kerajaan Malaysia sekarang membentangkan bajet 2023 ikuti rangkuman lanjut mengenai kemaskini bajet 2023 dari sistem guru online Bajet 2023 tumpuan para rakyat Ma...
Gst Akan Diperkenalkan Semula Selepas Pru

Gst Akan Diperkenalkan Semula Selepas Pru

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 190 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan dijangka memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan pada 2024 selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 dan mungkin mengekalkan Cukai Makmur tahun depan Maybank Investment Bank berkata GST dijangka tidak akan diperkenal...
Bajet 2023 Akan Di Bentang Esok Pm Tidak Mohon Bubarkan Dewan Rakyat

Bajet 2023 Akan Di Bentang Esok Pm Tidak Mohon Bubarkan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 193 hits
KUALA LUMPUR Bajet 2023 akan dibentangkan petang esok oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz seperti dijadualkan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat Ini kerana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memohon pe...
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Pizza Kuali Simple Mudah Dan Sedap

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

H Rsk Ldpaddan Och Den F Rlorade Skatten En Mystisk Saga Om Gl Dje Beg R Och Det

Rare And Unrestored A Barn Fresh Ducati 750ss Selling At Mecum