Pn Pinda Bajet Buat Apa Saja Mahu Terus Berkuasa Anwar



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) jelas terdesak menghadapi sesi pengundian Belanjawan 2021 semalam apabila bertindak meminda secara besar-besaran peruntukan yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November lalu.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Harapan dan sekutunya masih mempunyai peluang untuk mengubah situasi dalam pengundian Peringkat Jawatankuasa yang bermula Isnin ini sehingga pengundian keseluruhan pada 15 Disember hadapan.
“Peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa dalam minggu-minggu akan datang.
“Perlu saya nyatakan di sini dalam sejarah perjalanan Parlimen Malaysia belum pernah suatu belanjawan dipinda dengan jumlah atau dengan cara seperti ini.
“Ini adalah tanda kesediaan Perikatan Nasional melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, termasuk melanggar duluan (precedent) Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Anwar lagi, kelulusan peringkat dasar perlu diberi semalam kerana menyangkut kepentingan pembayaran gaji penjawat awam dan perbelanjaan untuk memberi bantuan kepada golongan yang terjejas teruk sepanjang pandemik Covid 19.
“Semestinya rakyat Malaysia terutama dari kalangan yang cukup terkesan akibat kehilangan kerja atau pendapatan menerima baik pengumuman Menteri Kewangan beserta peruntukan tambahan bagi Sabah, golongan nelayan dan petani, petugas barisan hadapan Covid-19 dan para pekerja yang mengharapkan bantuan segera.
“Walaupun rakan-rakan khususnya Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu merasakan perlu dibuat undi belah bahagi pada waktu itu, saya telah membuat keputusan sebagai Ketua Pembangkang serta Pengerusi Pakatan Harapan untuk meminta ketua-ketua whip pembangkang agar tidak berbuat demikian. Ini supaya Ahli-Ahli Parlimen dapat meneliti secara terperinci dan mendalam keseluruhan pengumuman Menteri Kewangan.
“Ahli-Ahli Parlimen berhak mempersoal apakah peruntukan-peruntukan itu merupakan tambahan kepada yang telah diumum atau terhasil dari pemotongan mana-mana Kementerian lain, apakah jumlah sebenar belanjawan, serta kesan terhadap situasi kewangan negara.
“Selain isu golongan yang masih mendambakan bantuan seperti pemandu teksi, pengusaha kantin dan ramai lagi. Beberapa mekanisme termasuk berkenaan pengeluaran dana dari KWSP dan moratorium bank juga perlu diteliti,” katanya lagi.
Anwar menegaskan, PH akan memberi cabaran sengit dalam undian belanjawan di peringkat jawatankuasa atau perbelanjaan bagi kementerian.
Sekiranya beberapa kementerian gagal diluluskan maka kerajaan terpaksa membuat semula belanjawan yang ditambahbaik dan akan diundi pada 15 Disember kelak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30755

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Hadapi Undi Belah Bahagi Perbahasan Bajet 2021 Seterusnya Anwar

Pn Hadapi Undi Belah Bahagi Perbahasan Bajet 2021 Seterusnya Anwar

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 497 hits
Kelulusan Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa atau undian perbelanjaan kementerian tidak akan diberi laluan mudah sebagaimana pengundian pusingan pertama pada petang semalam Amaran itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar ...
Muhyiddin Najib Anwar Berganding Bahu Lulus Bajet Lawan Dan Sabotaj Mahathir

Muhyiddin Najib Anwar Berganding Bahu Lulus Bajet Lawan Dan Sabotaj Mahathir

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 564 hits
Cuma yang ralat dan palat mat sabu kacau daun Dan rakyat marah Mahathir diangkat jadi hero rakyat Kah kah kah
Undi Bajet Anwar Buat Langkah Taktikal

Undi Bajet Anwar Buat Langkah Taktikal

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 647 hits
Tindakan Pakatan Harapan tidak meminta undi belah bahagi terhadap Rang Undang undang Perbekalan 2021 semalam mengelirukan dan menghampakan banyak orang Oleh kerana tindakan pelik blok utama Pembangkang itu rang undang undang tersebut lulus ...
Kegagalan Tolak Bajet Kenapa Salahkan Anwar

Kegagalan Tolak Bajet Kenapa Salahkan Anwar

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 342 hits
BOB KELANANG RAMAI yang kecewa dan marah apabila pembangkang gagal untuk menumbangkan kerajaan PH pada 26 November lalu menerusi undian menolak Bajet 2021 di parlimen Saat pembentangan Bajet itu telah dijadikan detik yang dinantikan untuk m...
Walaupun Telah Ditegur Oleh Khalid Samad Mahathir Terus Serang Anwar Anwar Terus Bertahan

Walaupun Telah Ditegur Oleh Khalid Samad Mahathir Terus Serang Anwar Anwar Terus Bertahan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 472 hits
haaaa apanama Walaupun ditegur oleh Khalid Samad Mahathir tidak peduli serangan Mahathir terhadap Anwar semakin kuat dan terbuka Anwar masih bertahan Mengapa Menjelang penentuan nasib Muhyiddin di Parlimen Mahathir terpaksa menyerang Anwar ...
Jika Pn Jatuh Tiada Masalah Pentadbiran Anwar Buat Bajet Baru

Jika Pn Jatuh Tiada Masalah Pentadbiran Anwar Buat Bajet Baru

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 361 hits
Amaran Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz bahawa kerajaan menghadapi kesukaran membayar gaji kakitangan awam sekiranya Belanjawan 2021 tidak lulus pada sesi pengundian 26 November ini dianggap mengarut Bagi Ahli Parlimen Selayan...
Bajet Tak Lulus Muhyiddin Masih Ada 2001 Cara Untuk Terus Kekal Pm

Bajet Tak Lulus Muhyiddin Masih Ada 2001 Cara Untuk Terus Kekal Pm

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 453 hits
Jangan over syok dan hiburkan hati penyokong sendiriThis is abahcow dan Jemin Jika usul undi percaya gagal Apa yang nextnya Undi calonkan PM baru Anwar takkan berjaya juga silap haribulan Tun diundi lantik semula Atau mengadap Agong Muhyidd...
Anwar Mohon Maaf Atau Bubar Ph Kata Pemuda Dap

Anwar Mohon Maaf Atau Bubar Ph Kata Pemuda Dap

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 437 hits
November 27 2020 10 21 PMPresiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu mahu undi belah bahagian dibuat terhadap Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam namun beliau meminta tidak berbuat demikian PETALING JAY...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

If Uec Can T Be Recognised To Preserve Bm S Dignity Then Why Every Single Course At Uitm Is Taught In English

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Along Kemalangan 11 12 2025

Ultimate Beef Zharkoye Recipe

Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

Kejadian Di Hadapan Rumah

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord