Undi Bajet Anwar Buat Langkah Taktikal
Tindakan Pakatan Harapan (PH) tidak meminta undi belah bahagi terhadap Rang Undang-undang Perbekalan 2021 semalam mengelirukan dan menghampakan banyak orang.Oleh kerana tindakan pelik blok utama Pembangkang itu, rang undang-undang tersebut lulus di peringkat dasar (policy stage) melalui undian suara. Yang secara terbuka tidak menyokong adalah blok bebas Dr Mahathir Mohamad yang turut disokong oleh beberapa orang Ahli Parlimen Amanah. Manakala percubaan ahli Pokok Sena, Mahfuz Omar, mencadangkan undi belah bahagi tidak mendapat sokong PH. Jelas ada arahan dari kepemimpinan PH agar tidak membuat undi belah bahagi.Perikatan Nasional (PN) yang kemaruk kemenangan lantas membuat diayah seolah-olah Belanjawan 2021 sudah lulus. Orang ramai yang tidak arif tentang peraturan Dewan mungkin percaya Belanjawan 2021 telah lulus dan Pembangkang belot atau mengaku kalah.Jawapannya, Belanjawan 2021 belum diluluskan. Ada dua atau tiga peringkat lagi sebelum pengundian mutakhir yang dijadualkan 17 Disember ini.Bagi yang faham sedikit sebanyak mengenai peraturan Dewan dan isu-isu taktikal, mereka tentu tertanya-tertanya apa sebenarnya muslihat PH tidak meminta undi belah bahagi. Hanya undi belah bahagi boleh menentukan secara sahih sama Rang Undang-undang Perbekalan itu mendapat sokong atau tidak.Ini menimbulkan syak wasangka dan persoalan mengenai apakah sebenarnya strategi atau mainan politik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim?Lantas timbul sekali lagi persoalan apakah Anwar tidak yakin dia mempunyai sokongan kukuh dan meyakinkan seperti yang didakwanya pada 13 Oktober lalu?Mungkin ia dan mungkin tidak kerana dia dikhabarkan baru saja menyerahkan dokumen kepada Istana Negara bagi membuktikan sokongan 128 ahli Dewan terhadapnya. Kalau betul dia ada sokong sebanyak itu, PH sudah boleh mengalahkan PN dalam undi belah bahagi untuk menolak Belanjawan semalam.Tapi seperti kata YB Anthony
Loke Siew Fook, Ketua Parlimen DAP, dalam satu kenyataan semalam, kalau PH tolak Rang Undang-undang itu, ia akan dituduh ingkar nasihat Yang Di-Pertuan Agong, tidak mahu gaji kakitangan awam dibayar, tidak menyokong bantuan kepada golongan B40, menyekat elaun sara hidup untuk petani dan nelayan serta bermacam-macam lagi.Faktor mengenai mematuhi nasihat Yang di-Pertuan Agong ini cukup menarik. Andainya betul Anwar telah mempersembahkan bukti 128 SD menyokong beliau maka tindak balas Seri Paduka Baginda adalah penentu masa depan Ketua Pembangkang itu. Jadi dia wajib berhati-hati agar tidak menimbulkan kemurkaan Baginda.Kesimpulannya, Belanjawan 2021 belum lulus. Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hanya lulus peringkat bacaan kedua iaitu peringkat dasar. Mulai Isnin ini, perbahasan masuk peringkat jawatankuasa di mana peruntukan setiap Kementerian perlu dibahas secara terperinci dan diluluskan. Pada peringkat itu, secara teknikal, setiap hari ada peluang bagi mengusulkan undi belah bahagi oleh mana-mana 15 Ahli Dewan.Seperti saya sarankan sebelum ini, Rang Undang-undang Perbekalan 2021 boleh dipisahkan daripada isu percaya dan tidak percaya terhadap Perdana Menteri dengan Speaker memberi jaminan bahawa usul percaya dan tidak percaya terhadap Muhyiddin tetap akan dibahaskan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/30746