Pn Hadapi Undi Belah Bahagi Perbahasan Bajet 2021 Seterusnya Anwar



Kelulusan Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa atau undian perbelanjaan kementerian tidak akan diberi laluan mudah sebagaimana pengundian pusingan pertama pada petang semalam.
Amaran itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat.
Menurut Anwar, isu mengapa Pakatan Harapan (PH) tidak bertindak meminta Undi Belah Bahagi telah disuarakan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan juga Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Katanya, beliau minta mereka bersetuju setelah melihat Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi respons yang positif terhadap isu-isu kebajikan rakyat dan cuba menambah jumlah peruntukan.
“Tetapi kita menolak belanjawan ini dari segi prinsipnya. Unjuran pendapatan tidak realistik, itu tidak dijawab. Bila disebutkan kelulusan-kelulusan projek, ini sebahagiannya tidak tuntas seperti peruntukan lebih kepada barisan hadapan, kemudahan kepada pasukan keselamatan juga bantuan kepada rakyat miskin seperti petani, nelayan dan sebagainya.
“Zafrul juga tidak hiraukan permintaan peruntukan kepada masyarakat bukan Melayu yang disuarakan dengan kuat, ini langsung diketepikan.
“Bagaimanapun perbahasan teliti nanti adalah pada Peringkat Jawatankuasa bermula hari Isnin. Kita telah mengambil keputusan untuk meminta belah bahagi seandainya di beberapa kementerian bercanggah dengan pendirian kita (berlaku pembaziran dan sebagainya).
“Pertimbangan kita ialah memastikan projek pro-rakyat, petani, nelayan, pekebun kecil, penganggur dan pekerja kilang ditingkatkan,” katanya dipetik.
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menegaskan keputusan untuk tidak menolak belanjawan turut dipengaruhi sentimen rakyat yang risau andainya belanjawan tidak diluluskan maka perkhidmatan awam tidak akan dibayar gaji.
“Kita tidak mahu ganggu peringkat awal, untuk beri gambaran gaji, emolumen barisan hadapan tidak akan terjejas. Kerana ada persepsi yang agak kurang tepat di kalangan rakyat, kalau kita tolak mutlak ia akan menyebabkan terjejas gaji penjawat awam, elaun barisan hadapan juga kemudahan lain seperti bantuan-bantuan rakyat dan sebagainya.
“Minggu depan kita akan bertarung dengan lebih sengit,” tegasnya.
Dalam pada itu, Anwar menzahirkan rasa tidak berpuas hati dengan penjelasan Tengku Zafrul yang longgar mengenai pertambahan peruntukan dalam belanjawan tanpa menyebut angka sebenar secara keseluruhan
Beliau mempersoalkan, mana mungkin dengan pertambahan peruntukan kementerian maka jumlah besar belanjawan tidak berubah. Jangkaan pendapatan kerajaan yang begitu tinggi juga diragui ketika pertumbuhan ekonomi negatif ekoran pandemik Covid 19
“Tengku Zafrul gagal memberi penjelasan. Dia umum (pindaan peruntukan) tetapi gagal memberi angka keseluruhan belanjawan. Seolah-olah tidak ada kesan. Ini tidak benar. Menteri Kewangan harus memberi penjelasan kerana unjuran perbelanjaan itu tentulah tersasar. Ini pandangan kita.
“Pendapatan kerajaan yang begitu tinggi melebihi 2019 juga tidak dikira realistik. Yang kita bantah soal asas, pengurusan kerajaan, penyelewengan, peruntukan agenda politik, itu kita tekankan. Keputusan kecil tambahan peruntukan kita tidak bantah. Dan akan difahami oleh rakyat apabila kita kupas satu persatu dalam jawatankuasa peringkat kementerian,” katanya.
Selain itu, Anwar turut kecewa apabila Tengku Zafrul menyatakan pindaan belanjawan itu dibuat selepas berunding bersama pembangkang, sedangkan pembangkang hanya dibawa berbincang sekali dan sebahagian besar daripada 6 tuntutan yang dikemukakan tidak dimasukkan dalam pindaan.
Kepada penyokong kerajaan Perikatan Nasional, Anwar berkata masih terlalu awal untuk mereka meraikan kemenangan sedangkan perbahasan Belanjawan 2021 masih panjang.
“Belanjawan baru pusingan pertama. Ada bacaan pertama, kemudian peringkat jawatankuasa, kemudian bacaan ketiga untuk betul-betul luluskan.
“Jadi masih terlalu awal untuk mereka merayakan dengan berlebihan. Kita bukan nak fikirkan soal kemenangan politik tetapi kemenangan rakyat dan kebajikan rakyat,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30739

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Mengaku Buat Keputusan Tolak Undi Belah Bahagi

Anwar Mengaku Buat Keputusan Tolak Undi Belah Bahagi

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 236 hits
Anwar mengNovember 27 2020 Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku telah membuat keputusan sebagai Ketua Pembangkang untuk mengarahkan agar tidak menyokong dan menolak cadangan undi belah bahagi dalam Dewan Rakyat semalam Pengerusi Pa...
Pusingan Seterusnya Undi Belah Bahagi Wajib

Pusingan Seterusnya Undi Belah Bahagi Wajib

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 180 hits
Pusingan seterusnya undi belah bahagi wajibOleh November 27 2020Mohamad Ezam Mohd Nor1 Penentangan terhadap sebuah kerajaan rosak tiada asas moral dan berasaskan rasuah mesti total Undi belah bahagi adalah manifestasi penentangan total 2 Ke...
Penganalisis Anwar Tak Cukup Sokongan Untuk Undi Belah Bahagi

Penganalisis Anwar Tak Cukup Sokongan Untuk Undi Belah Bahagi

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 314 hits
Nicholas ChungPETALING JAYA Penganalisis politik berkata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kekurangan sokongan Ahli Parlimen untuk menolak Belanjawan 2021 ketika bacaan kedua Rang Undang undang Perbekalan di Dewan Rakyat Khamis lalu Justeru b...
Guan Eng Mat Sabu Mahu Tapi Saya Kata Tidak Pada Undi Belah Bahagi Dedah Anwar

Guan Eng Mat Sabu Mahu Tapi Saya Kata Tidak Pada Undi Belah Bahagi Dedah Anwar

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 355 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendedahkan pemimpin Pakatan Harapan Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu mahu undi belah bahagi dibuat terhadap Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam namun beliau meminta tidak berbuat ...
Bukan Isu Ph Kalah Undi Belah Bahagi Bukti Pn Tiada Majoriti

Bukan Isu Ph Kalah Undi Belah Bahagi Bukti Pn Tiada Majoriti

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 196 hits
KEKALAHAN blok Pakatan Harapan dalam tiga undi belah bahagi Belanjawan 2021 yang berlangsung di Dewan Rakyat itu bukan satu isu Sebaliknya Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata keputusan undi belah bahagi itu m...
Dua Sebab Mengapa Hanya 13 Orang Sahaja Ahli Parlimen Bangun Untuk Undi Belah Bagi Bajet Di Parlimen

Dua Sebab Mengapa Hanya 13 Orang Sahaja Ahli Parlimen Bangun Untuk Undi Belah Bagi Bajet Di Parlimen

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 218 hits
Oleh Isham JalilPERTAMA ialah Mahathir Ahli ahli Parlimen PKR dan DAP tidak lagi menyokong Mahathir Mahathir kini seperti kera sumbang hanya disokong oleh anaknya dan 11 ahli Parlimen PAN KEDUA ialah Anwar Dia tahu tanpa sokongan UMNO maka ...
Peruntukan Belanjawan 2021 Jpm Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian

Peruntukan Belanjawan 2021 Jpm Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 238 hits
loading KUALA LUMPUR 30 Nov Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini selepas undi belah bahagian yang dijalankan menyaksikan lebih 100 Ahli Parlimen meny...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats