Pn Ph Usahakan Formula Perak Tamat Darurat Kemelut Politik




Minderjeet Kaur -June 10, 2021 Selepas Ahmad Faizal Azumu disingkirkan sebagai Menteri Besar Perak dan digantikan oleh Saarani Mohamad, semua ADUN diberi peruntukan yang sama dan diminta bekerjasama bagi memastikan kelancaran kerajaan.PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sedang meneliti “formula Perak” ketika Yang di-Pertuan Agong bertemu pemimpin parti politik di negara ini, kata sumber dalaman parti.
Sumber dalaman PN berkata, mereka mengharapkan “satu persefahaman” bersama Umno dan pembangkang bagi menangani kekacauan politik ketika ini tanpa perlu menukar kerajaan.
“Bezanya adalah ‘formula Perak’ menyaksikan menteri besar diganti, tetapi ia juga adalah formula yang menyaksikan pembangkang dan Ahli Parlimen kerajaan mencapai persefahaman,” katanya kepada FMT.
Selepas bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu disingkir dan Saarani Mohamad mengambil alih, kesepakatan dicapai dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilayan sama rata dengan peruntukan yang sama dan bekerjasama dalam memastikan kerajaan kekal stabil dalam menyelesaikan pandemik Covid-19 dan masalah ekonomi.
Sumber dalaman parti itu berkata, mereka sedang melihat dua isu utama dalam mencari persefahaman.
Pertamanya adalah untuk memberikan peruntukan tahunan kepada Ahli Parlimen pembangkang dan menjemput pembangkang sama-sama menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Pembangkang kini marah kerana tidak menerima peruntukan. Kami tidak boleh menuruti apa yang Umno lakukan sebelum ini dan menghentikan peruntukan tahunan pembangkang,” katanya selain menambah bahawa Ahli Parlimen pembangkang juga memerlukan dana untuk membantu rakyat ketika waktu sukar begini.
Satu lagi isu utama adalah kerahsiaan mesyuarat MKN ketika jangkitan Covid-19 semakin meningkat.
“Kami mencadangkan supaya mereka turut sama duduk dalam mesyuarat supaya tahu apa yang sedang kerajaan lakukan dan begitu juga dengan program vaksinasi.
“Tetapi jika maklumat itu bocor, tindakan akan diambil,” katanya.
Sumber dalaman itu berkata, perkara itu adalah antara isu yang diteliti bagi mendapatkan kedua-dua gabungan bekerjasama dalam memerangi wabak Covid-19.
Sumber dalaman PN berkata, yang pastinya pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan tahun ini dengan kerajaan merancang untuk mencapai 80% vaksinasi dan imuniti kelompok menjelang akhir Ogos.
Tetapi katanya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang juga yang dijadualkan 16 hingga 20 Ogos ini juga masih belum pasti akan berlangsung.
“Terpulang kepada Agong untuk melanjutkan atau menamatkan perintah darurat,” katanya.
Sumber dalaman itu berkata, kerajaan juga sedang melihat cadangan Parlimen hibrid untuk diadakan bagi tempoh masa yang lebih singkat berbanding tempoh penuh selama enam minggu.
Seorang lagi pemimpin PN berkata, sebahagian menteri mendesak supaya darurat dilanjutkan sehingga akhir tahun untuk mengekang pergerakan dan mengurangkan angka jangkitan Covid-19.
“Mungkin kita boleh membuka Parlimen selama seminggu atau dua minggu bagi membincangkan Belanjawan 2021,” katanya.
Sementara itu sumber dalaman PH berkata, mereka tidak mahu darurat disambung.
Katanya, Ahli Parlimen pembangkang lebih rela duduk di Parlimen dan membahaskan isu semasa daripada duduk dalam mesyuarat MKN dengan sebahagian besar keputusannya dibuat oleh kerajaan.
“Jika mereka membuat keputusan yang salah, kami semua akan turut dipersalahkan. Kami mahu memberikan pandangan kami di Parlimen,” katanya
Bagaimanapun katanya, dbeliau tidak tahu sama ada Ahli Parlimen akan tetap mendesak supaya usul tidak percaya terhadap perdana menteri dikemukakan jika Parlimen bersidang.
“Pastinya masih ada sebilangan ‘orang lama’ yang akan mendesak usul tidak percaya itu dibawa,” tambahnya.
Katanya, ada parti politik yang mungkin setuju dengan “formula Perak” kerana negara perlu terus bergerak ke hadapan.
“Bagaimanapun kami akan menunggu pengumuman dari istana dengan harapan Parlimen dibuka semula, darurat ditamatkan dan program vaksinasi dilaksanakan mengikut perancangan.”
Katanya, apa yang jelas ialah kerajaan gagal menangani krisis kesihatan dan langkah diperlukan untuk meningkatkan vaksinasi.
“Bayangkan Agong sudah campur tangan kerana kerajaan gagal mengurus negara dengan baik,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/pn-ph-usahakan-formula-perak-tamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Wajar Bersidang Sebelum Tamat Darurat Kata Bekas Speaker

Parlimen Wajar Bersidang Sebelum Tamat Darurat Kata Bekas Speaker

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 169 hits
MalaysiakiniBekas speakar Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof parlimen bersidang dengan kadar segera tanpa perlu menunggu darurat tamat pada 1 Ogos Mohamad Ariff berkata demikian sebagai mengulas kenyataan rasmi Istana Negara dan kenyataan ...
Desak Parlimen Dibuka Sekarang Sikap Binatang Politik

Desak Parlimen Dibuka Sekarang Sikap Binatang Politik

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 179 hits
malaysiakini comDiterbitkan 17 Jun 2021 5 19 pmDesakan agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sekiranya gagal menasihati Yang di Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin oleh pimpinan tertinggi Pakatan H...
Negara Perlu Di Urus Bukan Melalui Kacamata Politik Kepartian

Negara Perlu Di Urus Bukan Melalui Kacamata Politik Kepartian

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 218 hits
Tetapi memerlukan orang politik yang berimej dan beraura untuk menguruskan negara Parlimen perlu dibuka atas status mageran hanya untuk bukan isu politik dan kuasa PRU PRN PRK wajar ditangguh Bolehkah KEAJAIBAN ini berlaku Berdasarkan PELAN...
Pelan Pemulihan Negara Merupakan Strategik Peralihan Keluar Secara Berfasa Daripada Kemelut Covid19

Pelan Pemulihan Negara Merupakan Strategik Peralihan Keluar Secara Berfasa Daripada Kemelut Covid19

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 179 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kerajaan telah merangka pelan ini dengan membuat pertimbangan sebaik mungkin bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah untuk melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup saud...
Adakah J Kuasa Khas Darurat Benar Benar Bebas

Adakah J Kuasa Khas Darurat Benar Benar Bebas

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 182 hits
Jawantankuasa Khas Darurat in ditubuhkan oleh kerajaan selepas pengistiharan Darurat pada 11 hb Januari 2021 Tidak pernah dalam sejarah negara yang telah banyak kali mengistihar darurat ada sebuah Jawatankuasa saperti ini untuk memberi nasi...
Lebih Baik Bentuk Kerajaan Darurat Johari Abdul

Lebih Baik Bentuk Kerajaan Darurat Johari Abdul

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 302 hits
Kelemahan Kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani wabak Covid 19 yang dikritik hebat kalangan rakyat sejak kebelakangan ini memerlukan suatu penyelesaian radikal dan segera Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata kerajaan...
Terkini Anwar Bakal Terajui Persefahaman Baru Politik Malaysia

Terkini Anwar Bakal Terajui Persefahaman Baru Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 261 hits
June 14 2021 Gabungan Reformis Malaysia mengikuti perkembangan terbaharu siri mengadap KeBawah DYMM YDPA sepanjang 9 11 Jun 2021 oleh sejumlah pucuk pimpinan parti politik GRM mengharapkan agar ia menatijahkan suatu harapan baharu terhadap ...
Grm Sokong Langkah Politik Anwar Bentuk Muafakat Politik Baru

Grm Sokong Langkah Politik Anwar Bentuk Muafakat Politik Baru

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 372 hits
Gabungan Reformis Malaysia menyokong sebarang langkah politik terbaharu Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia dan membawa keluar negara dari pandemik Covid 19 Menurut koordinator GRM Mustaffa Kamil ...
Politik Kenyataan Media Bersama Warisan Pas Adalah Palsu

Politik Kenyataan Media Bersama Warisan Pas Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 297 hits
Parti Warisan menyangkal kenyataan media yang tular kononnya kenyataan bersama Warisan dan Pas untuk menyokong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Perdana Menteri yang baharu Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua berkata ia m...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl