Pn Lulus 7 Ogos 18 Ogos Pindaan Nama


 




Kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bahawa Perikatan Nasional (PN) telah didaftarkan pada 7 Ogos 2020 terus menjadi tanda tanya apabila terdapat bukti laporan media yang bercanggah antara satu sama lain berhubung tarikh kelulusan pendaftaran berkenaan.

 
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman mendakwa, laporan akhbar dari kenyataan beberapa pemimpin komponen PN seolah-olah menggambarkan gabungan itu masih tidak diluluskan pendaftarannya selepas 7 Ogos.
 
"Berdasarkan satu kenyataan media, Naib Presiden Bersatu Datuk Abdul Rashid Asari, bertarikh 10 Ogos menegaskan pendaftaran PN telah dihantar kepada ROS pada minggu lalu, bermaksud 3 Ogos.
 
"Kenyataan ROS bahawa PN diluluskan pada 7 Ogos, tetapi kenyataan Naib Presiden ini pada 10 Ogos (seolah-olah) mereka masih belum tahu PN telah diluluskan.
 
"Maksudnya pada tarikh 10 Ogos beliau (Rashid) belum lagi tahu pendaftaran PN diluluskan," katanya menerusi siaran di akaun You Tube.
 
Kecurigaan menjadi lebih buruk, dakwa Syed Badli, apabila Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata pada 18 Ogos bahawa terdapat pindaan perlu dibuat pada singkatan nama PN.
 
Sedangkan, kata Syed Badli mengikut prosedur, pindaan pada nama dilakukan ketika proses pendafaran dan bukannya setelah mendapat kelulusan.
 
"(Dalam kenyataan di media) Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Redzuan berkata pendaftaran PN telah dihantar untuk permohonan. Bermaksud pada 18 Ogos mereka masih belum tahu PN diluluskan.
 
"Malah lebih pelik lagi jawapan Redzuan, beliau mengatakan terdapat pindaan pada pendaftaran PN. Pindaan terhadap nama Perikatan Nasional ataupun PN, telah digunakan oleh NGO lain.
 
"Kita (diberi) tahu pendaftaran diluluskan pada 7 Ogos tetapi pada 18 Ogos Pak Wan kata terdapat pindaan pada nama. Lulus 7 Ogos, 18 Ogos ada pindaan. Lulus atau tak lulus? Proses yang betul nama semua lengkap dan selepas nama dipersetujui ROS, barulah diluluskan," katanya.
 
Dakwa Syed Badli lagi, kontroversi pendaftaran itu semakin memeningkan apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam laporan media menganggap gabungan itu masih 'penaja' pada 19 Ogos, yang membawa maksud beliau tidak menerima apa-apa pengesahan pendaftaran PN pada 7 Ogos.
 
"Pada 19 Ogos, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengatakan Pas menyertai jawatankuasa penaja Perikatan Nasional.
 
"Jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak, selepas diluluskan barulah ahli masuk. Itu yang disebut. Maksudnya pada 19 Ogos masih berstatus penaja. Maka jelas berdasarkan kenyataan media pemimpin komponen PN, bahawa pada 19 Ogos PN belum didaftarkan (lulus)," katanya lagi.
 
Pendaftaran PN menjadi isu besar kerana terdapat lebih 30 calon dalam Pilihan Raya Negeri Sabah mendaftar sebagai calon PN dan menggunakan logo gabungan itu pada hari mengundi 26 September ini.
 
Mengikut undang-undang pilihan raya, parti yang tidak berdaftar calonnya tidak boleh menggunakan logo sendiri dan perlu bertanding sebagai calon Bebas.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/pn-lulus-7-ogos-18-ogos-pindaan-nama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendaftaran Parti Perikatan Nasional Lulus Pada 7 Ogos Ros

Pendaftaran Parti Perikatan Nasional Lulus Pada 7 Ogos Ros

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 572 hits
42 total views 42 views today PUTRAJAYA Pendaftaran parti Perikatan Nasional telah diluluskan dan berkuat kuasa pada 7 Ogos 2020 di bawah kategori politik selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 demikian menurut Jabatan Pendaftaran P...
Jemputan Untuk Artis Berbakat Tempa Nama Dengan Menghasilkan Karya Warisan Budaya Malaysia

Jemputan Untuk Artis Berbakat Tempa Nama Dengan Menghasilkan Karya Warisan Budaya Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 483 hits
Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas kembali lagi buat tahun yang ke 21 dan barisan artis baharu di Malaysia dijemput untuk meraikan kekayaan sejarah budaya negara melalui karya seni Pertandingan tahunan ini dianjurkan oleh Kumpulan Usaha ...
Yamani Abdillah Hanya Cadangan Tak Guna Nama Bapa

Yamani Abdillah Hanya Cadangan Tak Guna Nama Bapa

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 298 hits
Bakat baharu Yamani Abdillah belum memutuskan untuk membuang nama bapanya Datuk Jamal Abdillah daripada nama komersil sebaliknya masih memikirkannya Yamani yang juga bekas peserta program realiti nyanyian Big Stage 2020 itu berkata tidak me...
Geran Tanah Musa Punya Kerja Shafie Dapat Nama

Geran Tanah Musa Punya Kerja Shafie Dapat Nama

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 435 hits
Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan berlangsung 26 September ini isu pemberian geran tanah yang giat dilakukan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal menarik untuk diperhatikan Pemimpin parti politik serta NGO melihat tindakan Shaf...
Dah Nama Pun Kelisa Netizen Bangga Kereta Perodua Kelisa Mampu Redah Banjir

Dah Nama Pun Kelisa Netizen Bangga Kereta Perodua Kelisa Mampu Redah Banjir

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 672 hits
Dah nama pun Kelisa Netizen bangga kereta Perodua Kelisa mampu redah banjirBeberapa kawasan di Kuala Lumpur dilaporkan banjir pada petang semalam menyebabkan beberapa jalan utama ditenggelami air Video dan gambar yang tersebar di media sosi...
Raja Azura Mahu Anak Anak Jaga Nama Baik Ibu Bapa

Raja Azura Mahu Anak Anak Jaga Nama Baik Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 648 hits
Pengacara dan pelakon Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin 48 berasa simpati dengan nasib menimpa penyanyi Nora Ariffin Dek kerana itu Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku itu mengingatkan anak selebriti agar berhati hati dalam setiap pe...
Flo Nama Terbaru Fat Loss Jamu Kurus Dms360

Flo Nama Terbaru Fat Loss Jamu Kurus Dms360

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 342 hits
Assalamualaikum apa khabar semua Sudah lama saya tak update sebarang info DMS di sini Walhal kita sebagai seller dan agen sah DMS360 setiap hari menguruskan order produk DMS Cuma website DMS360 ni agak ketinggalan lama Maaf ya Hari ni nak s...
Hiburan Salah Guna Nama Dan Gambar Tanpa Izin Imam Muda Asyraf Tampil Buat Laporan Polis

Hiburan Salah Guna Nama Dan Gambar Tanpa Izin Imam Muda Asyraf Tampil Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 493 hits
Mendapati terdapat pihak yang menyalahgunakan nama dan gambar dirinya yang didakwa sebagai cubaan menipu orang ramai penceramah bebas Imam Muda Asyraf akui dirinya telah membuat laporan polis berikutan hal tersebut Dedah Asyraf wujud pihak ...
Nama Saya Mama Papa Tulis Di Kaktus Norzizi Dedah Arwh Bapa Pilih Namanya Ketika Masih Bercinta Ini Lokasi Pokoknya

Nama Saya Mama Papa Tulis Di Kaktus Norzizi Dedah Arwh Bapa Pilih Namanya Ketika Masih Bercinta Ini Lokasi Pokoknya

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 263 hits
Pelakon dan pensyarah Dr Norzizi Zulkifli mended hkan kepada umum bahawa namanya sudah dipilih ketika arwh bapanya Datuk Zulkifli Zain sedang bercinta dengan ibunya Datin Normala Omar lagi Lebih istimewa kata Norzizi pilihan namanya juga di...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi