Jemputan Untuk Artis Berbakat Tempa Nama Dengan Menghasilkan Karya Warisan Budaya Malaysia


Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas kembali lagi buat tahun yang ke-21 dan barisan artis baharu di Malaysia dijemput untuk meraikan kekayaan sejarah budaya negara melalui karya seni. 



Pertandingan tahunan ini dianjurkan oleh Kumpulan Usaha Tegas, sebuah syarikat pelaburan milik ahli perniagaan terkemuka di Malaysia, Encik T. Ananda Krishnan. Kumpulan Usaha Tegas mempunyai kepentingan di dalam pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi dalam beberapa industri termasuk telekomunikasi, media, hartanah, serta minyak & gas. 


Sejajar dengan sokongan Kumpulan Usaha Tegas terhadap bidang seni, pertandingan yang dianjurkan sejak tahun 2001 ini telah membantu ramai pelajar kreatif menelusuri kerjaya seni yang cemerlang, sekaligus mewarnai industri seni Malaysia melalui sumbangan bakat mereka. 




Dengan tema utama tahun ini ‘Warisan Malaysia’, para peserta digalakkan untuk meraih inspirasi daripada warisan tidak ketara negara kita. 


Pertandingan ini turut menyedari kesan pandemik COVID-19 terhadap negara kita, termasuk kawalan pergerakan dan pembatasan interaksi orang ramai, yang secara tidak langsung telah memberi peluang untuk kita menghargai keindahan dalam kesederhanaan kehidupan seharian. Kesedaran ini telah mendorong pertandingan tahun ini untuk menyoroti aspek warisan yang mungkin sering dipandang remeh. 


Warisan budaya tidak ketara merangkumi tradisi lisan, persembahan kesenian, amalan adat dan sosial serta bahan atau alatan kebudayaan. Para peserta digalakkan untuk memberi olahan seni daripada lagenda, tarian rakyat, ritual dan kraftangan negara kita yang tiada tandingnya. 




Bakat-bakat seni muda Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dijemput untuk menyertai pertandingan ini dan merebut berpeluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah berjumlah sehingga RM82,000.


Pemenang tempat pertama untuk setiap kategori akan memenangi wang tunai berjumlah RM8000, naib juara RM3000, pemenang tempat ketiga RM2000. Manakala dua pemenang hadiah saguhati masing-masing akan menerima wang berjumlah RM500. Tidak kurang dari itu, semua pemenang akan turut memenangi sijil penghargaan dan baucar TGV Cinemas bernilai RM500 atau setaraf dengannya, berserta katalog pemenang. 





Pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghantar penyertaan mereka sehingga 15 Oktober 2020. Peserta boleh menghantar seberapa banyak hasil seni yang ingin ditandingkan. Karya yang dihasilkan perlulah terdiri daripada salah satu kategori berikut: minyak atau akrilik, cat air, arang, pensel atau dakwat, seni cetakan serta media campuran. 


Para pelajar boleh mendaftarkan penyertaan di tiny.cc/UTH2020 atau menghubungi Jawatankuasa Usaha Tegas Heritage untuk maklumat lanjut seperti yang tertera:


Alamat Emel:  [email protected]
Nombor Telefon:  03 2380 6688 (Ranjina/Faridah)                     
Instagram: @heritageartcompetition












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2020/09/jemputan-untuk-artis-berbakat-tempa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Australia Nama Taib Dibantah Di Malaysia Nama Henry Gurney Dimegah

Di Australia Nama Taib Dibantah Di Malaysia Nama Henry Gurney Dimegah

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 565 hits
Sebuah kempen dilancarkan oleh pelajar Universiti Adelaide yang mahu nama gelanggang Taib Mahmud di universiti mereka ditukar nama Semalam pelajar universiti berkenaan berhimpun bagi menarik perhatian pihak universiti dan orang ramai untuk ...
Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan Tradisi Masyarakat Melayu

Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan Tradisi Masyarakat Melayu

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 602 hits
Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan Tradisi Masyarakat Melayu Hari ini hakak berkesempatan untuk menyertai Majlis Perasmian Kampung Budaya Terengganu bertempat di Muzium Negeri Terengganu Terengganu cukup terkenal dengan produ...
Nama Calon Warisan Bakal Diumum Sedikit Masa Lagi

Nama Calon Warisan Bakal Diumum Sedikit Masa Lagi

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 389 hits
Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bakal mengumumkan senarai nama calon dalam masa terdekat ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah bulan depan Sedikit masa lagi untuk kita selesaikan dan nama mereka juga dikemu...
Bawa Budaya Jalanan Indonesia Ke Malaysia Carbot Cafe Jadi Tumpuan Kaki Kopi

Bawa Budaya Jalanan Indonesia Ke Malaysia Carbot Cafe Jadi Tumpuan Kaki Kopi

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 492 hits
Kreatif dan unik merupakan perkataan paling sesuai untuk menggambarkan perniagaan yang diusahakan Mohd Fauzi Azmi di Bandar Tiram Johor Hanya memberi fokus kepada bahan utamanya iaitu kopi perniagaan yang diusahakan Fauzi ini kian viral dan...
Hiburan Sheila Mambo Akui Bukan Semua Artis Di Malaysia Kaya

Hiburan Sheila Mambo Akui Bukan Semua Artis Di Malaysia Kaya

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 858 hits
Dilihat seakan menyeru orang ramai khususnya warganet supaya tidak memandang golongan penggiat seni sebagai kelompok yang menikmati kehidupan serba mewah dengan status mereka sebagai selebriti pelakon Sheila Mambo menyatakan mereka juga tid...
Vivo Malaysia S Craziest Deal Buy Vivo Smartphones Now At Lazada 9 9 Sales

Vivo Malaysia S Craziest Deal Buy Vivo Smartphones Now At Lazada 9 9 Sales

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 321 hits
Hi Everyone In conjunction with Lazada 9 9 Shopping Festival vivo Malaysia is offering an exciting one day promotion to all Malaysians especially vivo fans on 9 September With this campaign consumers are entitled to several exclusive promot...
Cash Squeeze Looms For Malaysia S Frenzied Amateur Stock Traders

Cash Squeeze Looms For Malaysia S Frenzied Amateur Stock Traders

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 234 hits
Shares of glove makers have seen a meteoric rise in the wake of the Covid 19 pandemic KUALA LUMPUR Forced to stay home when Malaysia imposed the Covid 19 movement control order Victor Yap sat in his living room listening carefully to a Marc...
Penang Cancels Malaysia Day Celebrations Due To Covid 19

Penang Cancels Malaysia Day Celebrations Due To Covid 19

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 557 hits
COVID 19 The Penang government today cancelled the state level Malaysia Day celebration because of the current Covid 19 situation State government official events chairperson Law Choo Kiang said the decision was made on the advice of the Pe...
Buat Duit Online Dengan Forsage Malaysia

Buat Duit Online Dengan Forsage Malaysia

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 429 hits
Bisnes Matawang Digital Dengan Forsage Malaysia Peluang Kumpul Dan Gandakan Ethereum Dengan Cara Yang Paling Selamat Dari Meja Kerja Di RumahPaksu aka Zulkifli Harun012 7092198 September 7 2020 10 04 am forsage malaysiaAlhamdulillah hari in...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi