Pn Burukkan Ph Selepas 8 Bulan Pentadbiran Pm Anwar Buktikan Terbaik







Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, November 2022 pelbagai gambaran buruk sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) ditohmah PN kepada orang Melayu bakal berlaku.





Bagi Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, taktik memburuk burukkan Anwar itu kini telah memakan diri PN apabila menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) mereka terpaksa menelan semua tuduhan yang dilemparkan kerana satu pun tidak menjadi kenyataan.





"3R (Raja, Kaum, Agama) memainkan peranan dalam PRU lepas di mana ancaman terhadap Melayu dan Islam diutarakan. Lebih hebat dituduh Anwar seorang yang menganut fahaman liberal. Kalau dia jadi PM Islam terancam.





"Saya berterima kasih kepada orang Islam di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak kerana mereka sayang Islam. Nak mempertahankan Islam mereka memilih Pas, Bersatu dan PN





"Ditambah pula tuduhan Pesuruhjaya Pas Perak kalau Anwar PM maka lekaki kahwin lelaki dibenarkan, ditambah video di luar negara bahawa puak LGBT menyokong Anwar.





"Namun setelah 8 bulan Anwar jadi PM rakyat mula melihat tak ada pun diizinkan kahwin lelaki sama lelaki. Peruntukan agama Islam bukan berkurang malah dipertingkatkan. Berlaku Belanjawan baru baru ini peruntukan agama, sekolah tahfiz meningkat.





"Tak ada pun yang sebelum itu dikatakan PH menang pelajar sekolah diminta pakai skirt. Ini dimainkan oleh guru guru masa itu (PRU)," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu dalam forum terbitan Media Perpaduan bertajuk: "Melakar Kanvas Kemenangan", malam tadi.





Tegas Mohamad lagi, tindak tanduk Kerajaan Perpaduan itu sendiri telah menangkis tuduhan yang dibuat oleh PN pada 8 bulan lalu.





Sehubungan itu, beliau yakin pengundi yang beralih pada PRU lalu sebahagian besarnya akan kembali menyokong Kerajaan pada PRN kali ini selepas PN tidak gagal membuktikan keburukan PH.





Oleh kerana gelombang hijau semakin reda, kata Mohamad, PN mula menyerang menggunakan isu isu lapuk. Di Pulau Pinang isu azan adalah taktik serangan ulang yang terbaik. Sementara di Kedah katanya, dalam himpunan selawat baru baru ini didoakan pula musuh Pas sebagai musuh Allah.





"Himpunan selawat di Kedah, doa terakhir itu, jangan Kedah jatuh kepada musuh Islam. Bila polis panggil dia (ustaz Pas) kata saya tak maksud parti lain, yang dimaksud Yahudi dan Nasrani.





"Sedangkan yang nak bertanding itu (dalam PRN bukan Yahudi dan Nasrani). Jadi kilas ikut mana pun mereka terperangkap. Saya yakin orang Melayu Islam kembali kepada kita," kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu.





Mengenai polisi yang diusahakan oleh Kementerian beliau pula, Mohamad berkata, pelbagai gerak kerja proaktif sedang giat dilakukan bagi meningkatkan hasil sektor pertanian.





Katanya, PM pula amat prihatin dengan harga barang dan beliau sering ditanya pada setiap kali pertemuan.





Oleh itu, kata Mohamad, Kementeriannya sentiasa berkerja kuat untuk memastikan sektor pertanian dalam negara akan membekalkan makanan secukupnya kepada rakyat dalam beberapa tahun akan datang.





"Kita akan pertingkatkan hasilnya, kita harap dalam beberapa tahun lagi capai tahap self sufficient.





"Saya tengok padi yang terbaik adalah dari Sekinchan. Jadi saya bawa cara pertanian itu ke negeri lain. Ke Perlis, Terengganu, ke Pahang. Supaya tanam ala Sekichan boleh dapat hasil tinggi.





"Sekinchan dapat 10 tan sehektar, sedangkan di MADA masih 5 - 6 tan.





"Saya juga tengok China usahakan tanam padi dalam air masin dan sekarang pakar China telah datang untuk (kerjasama) kita usahakan padi air masin. Ini kita fikirkan, bukan kita duduk diam





"Bukan macam ornag itu 'beri kami lima hari selesai (hudud)', sekarang bercakap balik pasal RUU 355. Masa jadi menteri tak bercakap," katanya Mohamad sinis.





 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/pn-burukkan-ph-selepas-8-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuraida Akui Anwar Pemikir Tajam Pentadbiran Diketuai Bukan Bayi

Zuraida Akui Anwar Pemikir Tajam Pentadbiran Diketuai Bukan Bayi

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 158 hits
Bekas menteri Zuraida Kamaruddin menolak kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang merujuk kerajaan pimpinan presiden PKR itu masih bayi dan menyaran rakyat bersabar PETALING JAYA Bekas ketua Wanita PKR menolak tanggapan keraja...
Satu Keluarga Terkejut Lelaki Ini Tiba Tiba Balik Ke Rumah Selepas 7 Bulan Di Kebumikan

Satu Keluarga Terkejut Lelaki Ini Tiba Tiba Balik Ke Rumah Selepas 7 Bulan Di Kebumikan

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 289 hits
Satu keluarga terkejut Lelaki ini tiba tiba balik ke rumah selepas 7 bulan di kebumikan Lelaki dari Thailand Sakorn Sacheewa 44 mengejutkan ahli keluarganya apabila beliau pulang ke rumah selepas diumumkan meninggal dunia kira kira 7 bulan ...
Enam Bulan Berkuasa Apa Anwar Buat Mahathir Tanya

Enam Bulan Berkuasa Apa Anwar Buat Mahathir Tanya

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 252 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan prestasi Anwar Ibrahim mentadbir negara selain mendakwa negara dilanda pelbagai isu semenjak perdana menteri itu mula menerajui kerajaan Mahathir berkata kerajaan masih dibelenggu oleh keadaan...
Mp Pkr Minta Rakyat Sabar Pentadbiran Anwar Ibarat Bayi Belum Berlari

Mp Pkr Minta Rakyat Sabar Pentadbiran Anwar Ibarat Bayi Belum Berlari

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 338 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Parlimen PKR Hassan Karim antara penyokong blok kerajaan lantang mengkritik pentadbiran Anwar Ibrahim meminta rakyat bersabar menunggu perdana menteri menyelesaikan pelbagai masalah negara Wakil rakyat Pasir ...
Selepas 2 Bulan Ruas Tebu Mula Kelihatan

Selepas 2 Bulan Ruas Tebu Mula Kelihatan

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 334 hits
Setelah 2 bulan ditanam di raised bed tepi rumah tebu2 sudah mulai membesar walaupun masih ada yang kecil2 lagi Dah ada yang menampakkan ruas nya Tebu adalah antara tanaman yang ditanam sekali namun dapat dituai berkali dengan syarat keperl...
Anwar Dituntut Buktikan Dakwaan Pn Terima Dana Judi

Anwar Dituntut Buktikan Dakwaan Pn Terima Dana Judi

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 203 hits
satuberita myBy July 17 2023Fadhli Shaari Anwar Ibrahim PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut mengemukakan bukti dakwaan beliau bahawa parti Perikatan Nasional menerima dana judi demikian gesa Ketua Pemuda PN Pusat Ustaz Ahmad F...
Selepas Buat Lawatan Mengejut Ke Klia Anwar Jamin Isu Menteri Dan Imigresen Akan Dibincang Rabu Ini

Selepas Buat Lawatan Mengejut Ke Klia Anwar Jamin Isu Menteri Dan Imigresen Akan Dibincang Rabu Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 171 hits
URUSAN dan pengoperasian Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah terkawal kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan mengejut ke pintu masuk utama negara itu ...
4 Bulan Selepas Belanjawan 2023 Apa Yang Orang Muda Dapat

4 Bulan Selepas Belanjawan 2023 Apa Yang Orang Muda Dapat

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 196 hits
8216 Eah kenapa duit eBeliaRahmah aku tak kredit lagi 8217 Meriah betul sosial media akhir akhir ni Mana tidaknya eBeliaRahmah katanya baru dikreditkan kepada lebih 2 juta belia Masing masing nampaknya tak nak melepaskan peluang untuk claim...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal