Pmx Berjaya Jernihkan Hubungan Putrajaya Riyadh














Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil
13 May 2024 




ULASAN: Hubungan Malaysia - Arab Saudi mula dikesan bermasalah semenjak Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada tahun 2018. Langkah drastik Tun Mahathir membatalkan rancangan pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) hanya setelah tiga bulan memegang kuasa telah mengguris perasaan kepimpinan di Riyadh. 


Keadaan menjadi lebih bermasalah apabila Tun Mahathir mengambil keputusan keluar daripada pakatan ketenteraan pimpinan Arab Saudi. Kehadiran tentera Malaysia di Arab Saudi hanyalah bertujuan membawa pulang rakyat Malaysia dari Yaman yang sedang berhadapan konflik semenjak tahun 2015. Keputusan Tun itu memberi bebanan lebihan kepada Riyadh untuk mengawal keadaan.


Hubungan Riyadh - Putrajaya kemudian bertukar dingin apabila Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019. Penganjuran program tersebut mengundang rasa tidak puas hati Arab Saudi melalui undangan terhadap Qatar dan Iran (yang berada dalam situasi ketegangan diplomatik dengan Arab Saudi ketika itu). 


Justeru wujud tekanan sehingga menyebabkan Pakistan dan Indonesia menarik diri daripada menyertai sidang tersebut. Tun Mahathir bukan sahaja gagal mencapai objektif penganjuran KL Summit 2019, malah beliau telah menyebabkan hubungan baik  Putrajaya dan Riyadh terjejas.


*PMX usaha keras jernihkan hubungan*


Hubungan kurang memberansangkan Putrajaya - Riyadh cuba diperbaiki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX). Pada peringkat awal PMX cuba mengambil hati kepimpinan Riyadh dengan menjadikan Arab Saudi sebagai negara luar pertama selain ASEAN yang dilawat oleh beliau secara rasmi. 


Walaupun kepimpinan Malaysia tidak berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Raja Salman atau Putera Mahkota Mohammed bin Salman semasa lawatan pertama PMX ke Arab Saudi pada Mac 2023. Namun PMX terus berusaha mengeratkan hubungan melalui pertemuan rasmi kedua bersama Putera Mahkota, Mohammed Salman pada Oktober 2023. Pertemuan tersebut menjadi asas pemulihan hubungan antara Putrajaya - Riyadh.


Hubungan yang berjaya diperbaiki itu telah dimanifestasikan pada tahun 2024 melalui penganjuran Persidangan Pemimpin Agama Antarabangsa 2024 yang berlangsung di Petaling Jaya. Persidangan tersebut anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Liga Muslim Sedunia (Muslim World League - MWL) yang berpusat di Riyadh. 


Kerjasama ini berhasil memanifestasikan usaha Putrajaya - Riyadh untuk memimpin ummah sebagai sebuah kesatuan yang utuh. PMX tekankan konsep lita'rafu dan karamah insaniah dalam kalangan perwakilan 60 negara yang hadir ke sidang berkenaan.


*Baiki hubungan tindakan terbaik*


Tindakan PMX sedaya upaya memperbaiki hubungan Putrajaya - Riyadh adalah satu tindakan wajar memandangkan Riyadh memiliki pengaruh yang kuat ke atas kerajaan-kerajaan Islam termasuk menerusi bantuan-bantuan kewangan serta kawalan ke atas Mekah dan Madinah yang membolehkan ia menentukan kuota haji tahunan. 


Justeru itu hubungan Putrajaya-Riyadh perlulah sentiasa diutamakan. Perselisihan dengan Arab Saudi tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.


_________________________________________________________________________________


Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/pmx-berjaya-jernihkan-hubungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Strategi Berkesan Untuk Berjaya Dalam Forex Trading

Strategi Berkesan Untuk Berjaya Dalam Forex Trading

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 201 hits
nbsp Perdagangan Forex menawarkan pelbagai strategi yang sesuai untuk pelbagai gaya dankeutamaan perdagangan Jika anda sudah mempunyai beberapa pengetahuan tentang apa ituperdagangan forex maka anda sepatutnya telah memilih strategi perdaga...
Kento Momota Tak Berjaya Masuk Gelanggang Buat Kali Terakhir Sebelum Gantung Raket

Kento Momota Tak Berjaya Masuk Gelanggang Buat Kali Terakhir Sebelum Gantung Raket

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 167 hits
Pengakhiran suram buat juara dunia dua kali Kento Momota apabila tidak berpeluang memasuki gelanggang buat kali terakhir sebelum 8216 menggantung raket 8217 secara rasminya hari ini Pemain berusia 29 tahun itu hanya mampu memerhati sambil m...
Siapa Berjaya Tarik Pengundi Luar Akan Menang Prk

Siapa Berjaya Tarik Pengundi Luar Akan Menang Prk

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 213 hits
BERBAKI lima hari lagi kesemua calon dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu mula bersiap sedia untuk mengumpul sebanyak sokongan yang boleh bagi memastikan kemenangan mereka Calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao membawa para pemimpin Putr...
Lions Indonesia Luncurkan Program Kerang Hijau Untuk Jernihkan Laut Jakarta

Lions Indonesia Luncurkan Program Kerang Hijau Untuk Jernihkan Laut Jakarta

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 155 hits
Untuk mengunjungi lokasi program tersebut ditempuh dengan dengan kapal motor yang dinaiki dari dermaga di belakang Bandar Jakarta
Banyak Bukti Pelakon Wanita Ini Dituduh Cuba Dedah Hubungan Cinta Bersama Jimin Bts

Banyak Bukti Pelakon Wanita Ini Dituduh Cuba Dedah Hubungan Cinta Bersama Jimin Bts

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 245 hits
Terdapat khabar angin yang bertiup kencang tentang Jimin BTS yang dikatakan sedang bercinta dengan pelakon Song Da eun sejak dua tahun lalu Artikel Berkaitan Khabar angin ini mula tersebar apabila netizen dan beberapa peminat menemui bebera...
Saya Salam Amp Peluk Jumpa Minum Kopi Pun Saya Terbuka Hubungan A Aida Amp Ruhainies Tiada Masalah

Saya Salam Amp Peluk Jumpa Minum Kopi Pun Saya Terbuka Hubungan A Aida Amp Ruhainies Tiada Masalah

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 258 hits
Susulan bertegas enggan mengambil pelakon yang bermasalah untuk berlakon dalam drama terbitannya itu bukanlah alasan penerbit Datuk A Aida untuk bermasa muka dengan aktres Ruhainies Duduk semeja berpeluk Secara peribadi A Aida meluahkan dir...
Polis Sejam Kenal Kanak Kanak Terus Buat Hubungan Seks

Polis Sejam Kenal Kanak Kanak Terus Buat Hubungan Seks

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 245 hits
Ruwaida Md Zainam hmetro com myShah Alam Polis Diraja Malaysia mendedahkan dalam tempoh sejam berkenalan kanak kanak begitu cepat terpengaruh dan terpedaya untuk melakukan hubungan seks dengan individu yang baru dikenali menerusi dalam tali...
Tiada Yang Kurang Hubungan Makin Rapat Zico Bagi Spoiler Album Baru Jennie Blackpink

Tiada Yang Kurang Hubungan Makin Rapat Zico Bagi Spoiler Album Baru Jennie Blackpink

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 157 hits
Zico telah ditemu bual oleh Billboard berkenaan dengan lagu terbarunya SPOT Artikel Berkaitan Menurut Zico meskipun dia baru berkawan dengan Jennie hubungan mereka menjadi sangat rapat dengan cepat Malah Zico turut mendedahkan bahawa dia tu...
Bertanya Soalan Yang Betul Sangat Membantu Untuk Anda Berjaya Dalam Perniagaan

Bertanya Soalan Yang Betul Sangat Membantu Untuk Anda Berjaya Dalam Perniagaan

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 308 hits
Fakta umum yang anda tentu pernah dengar adalah ramai di kalangan usahawan perniagaannya mati sekerat jalan tak sampai tempoh setahun dari waktu dia memulakan perniagaan Bagi usahawan yang lepas tempoh setahun pula belum tentu lagi dia akan...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

Mesyuarat Agung Pibg Sekolah Anak

First Covid 19 Related Death Recorded For This Year

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dalam Kepala Anak Ada Air

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah

Editing Tools For Drawing

Drama Hilang Dalam Rindu

Misi Mengait Buah Avocado Berjaya

Sotong Bakar Thai Ala Street Food Bangkok Sos Pekat Melekat