Pmqt Pm Anwar Cadang Perjanjian Dagang Ree Khazanah China Disegerakan


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 11 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 11 Nov – Perjanjian berkaitan unsur nadir bumi (REE) antara Khazanah Nasional Berhad dan Kerajaan China dicadang untuk disegerakan seperti mana yang dirunding dengan syarikat dari Korea Selatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata demikian selepas terdapat permintaan memperluas dagangan REE membabitkan unsur magnet super diketengahkan syarikat JS Link yang berpangkalan di Korea Selatan.
“Di Pahang umpamanya, JS Link baru-baru ini, mahu melebarkan (dagangan) REE. Ia penting kerana ada orang anggap (Perjanjian Perdagangan Timbal Balik – ART) menyekat dagangan REE hanya kepada Amerika Syarikat (AS) sahaja.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu pengurusan Namhae Chemical Corporation, pengeluar terbesar baja kimia dan produk kimia industri Republik Korea, serta Samsung C&T Corporation di Gyeongju, Korea Selatan pada 1 November 2025. Foto PMO“Ini tidak betul kerana dalam rundingan saya di Korea Selatan dua minggu lalu, kita berikan ruang kepada JS Link buka (dagangan) tambahan REE ‘super magnet’ di Pahang dan ini selepas perjanjian (ART) ditandatangani dengan Presiden Donald Trump.
“Begitu juga dengan Premier China, Li Qiang. Saya usulkan supaya pelaburan China bersama Khazanah mengenai REE ini dipercepat. (Perjanjian ART bersama AS) ini tidak menghalang sama sekali,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai kemungkinan memindahkan beberapa sektor ekonomi yang sebelum ini dipusatkan di lokasi tertentu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif JS Link Lee Jun Young dan Pengarah Urusan Lynas Malaysia Datuk Seri Mashal Ahmad di Gyeongju, Korea Selatan pada 1 November 2025. Foto PMORinggit terbaik Asia, tiada pujian kepada kerajaan
Sementara itu, Perdana Menteri ketika menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berkata, ringgit kini didagangkan pada RM4.16 berbanding dolar AS, sekali gus muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, prestasi ringgit itu mampu dicapai biarpun kerajaan sebelum ini, dikecam apabila mata wang domestik mengalami penyusutan, berbanding dolar AS.
“Dulu kita diserang bertubi-tubi (kerana) ringgit jatuh (tetapi) sekarang bila ringgit mengukuh, tak sebut sepatah pun (pujian), inilah masalahnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 11 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim“Jadi, kini (paras ringgit) RM4.16 berbanding satu dolar AS dan muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.
Perdana Menteri berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun ini, berpotensi mencapai paras lebih tinggi, disokong prestasi ekonomi baik tahun ini.
“Ekonomi negara juga terus kukuh dan berdaya tahan, selain mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada 4.4 peratus bagi separuh pertama 2025.
Semakan prestasi ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat jam 12.40 tengah hari 11 November 2025. Foto Yahoo! Finance“(KDNK) suku ketiga 2025 (dijangka pada) 5.2 peratus dan pertumbuhan keseluruhan tahun ini juga berpotensi mencapai paras lebih tinggi berbanding (kadar) diunjurkan,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, trend perdagangan juga terus positif dengan jumlah dagangan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, meningkat 4.4 peratus kepada kira-kira RM2.24 trilion.
Beliau berkata, daya saing negara juga terus meningkat berdasarkan Indeks Daya Saing Dunia 2025 apabila Malaysia melonjak 11 anak tangga dan menjadi pencapaian terbaik, sejak 2020.
“Ini (dicapai) dalam keadaan ekonomi tidak menentu, terutama akibat pengenaan tarif Trump. Sebaliknya (keadaan ekonomi negara) masih meningkat kira-kira RM2.24 trillion,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/ringgit-terus-meningkat-kini-rm413.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjanjian Timbal Balik Malaysia As Tidak Bercanggah Peruntukan Perlembagaan Pm Anwar

Perjanjian Timbal Balik Malaysia As Tidak Bercanggah Peruntukan Perlembagaan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 223 hits
Perjanjian Timbal Balik Malaysia AS Tidak Bercanggah Peruntukan Perlembagaan PM Anwar KUALA LUMPUR 4 Nov Perjanjian Perdagangan Timbal Balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat tidak mengandungi sebarang peruntukan yang bercanggah dengan s...
Perkukuh Hubungan Dagang Malaysia China Di Ekspo Import Antarabangsa Shanghai 2025

Perkukuh Hubungan Dagang Malaysia China Di Ekspo Import Antarabangsa Shanghai 2025

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 266 hits
Perkukuh Hubungan Dagang Malaysia China Di Ekspo Import Antarabangsa Shanghai 2025 Shanghai 5 November 2025 YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini menghadiri Majlis Pembuk...
Pm Anwar Tegaskan Malaysia Bukan Punca Thailand Kemboja Gantung Perjanjian Damai

Pm Anwar Tegaskan Malaysia Bukan Punca Thailand Kemboja Gantung Perjanjian Damai

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 191 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan Thailand menggantung pelaksanaan perjanjian damai dengan Kemboja tidak ada kaitan dengan peranan Malaysia sebagai pengantara dalam rundingan tersebut Menurut laporan Beri...
Perkukuh Industri Semikonduktor Menerusi Jaringan Dagang Global Pm Anwar

Perkukuh Industri Semikonduktor Menerusi Jaringan Dagang Global Pm Anwar

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 192 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada 6 November 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimCYBERJAYA 6 Nov Industri semikonduktor negara perlu diperku...
Pmqt Bulan Pertama Budi95 Catat Purata 98 Liter Pm Anwar

Pmqt Bulan Pertama Budi95 Catat Purata 98 Liter Pm Anwar

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 176 hits
hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di pada 4 November 2025 Foto YouTube Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 4 Nov Purata penggunaan melalui Program BUDI MADANI RON95 bagi setiap pengguna adalah 98 liter sahaja sepanjang Oktober lalu kat...
Anwar Sekolahkan Wan Fayhsal Nak Bebal Kenapa Baca Teliti Dulu

Anwar Sekolahkan Wan Fayhsal Nak Bebal Kenapa Baca Teliti Dulu

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 157 hits
Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang ditandatangani antara Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai exit clause klausa yang membolehkan negara menamatkan atau menarik diri secara sah Penjelasan itu dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim su...
Oolong Tea Kelebihan Benefit Untuk Kesihatan Kuruskan Badan

Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Pengalaman Ringkas Aku Beli Kripto

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara