Perjanjian Timbal Balik Malaysia As Tidak Bercanggah Peruntukan Perlembagaan Pm Anwar


Perjanjian Timbal Balik Malaysia-AS Tidak Bercanggah Peruntukan Perlembagaan – PM Anwar
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS), tidak mengandungi sebarang peruntukan yang bercanggah dengan semangat atau peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah beliau yang juga Menteri Kewangan berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai kedudukan penting dalam sebarang perjanjian negara termasuk ART, bagi memastikan ia selaras dengan undang-undang Malaysia.
“Keputusan perbincangan kita dalam Jemaah Menteri juga kemudiannya kita ubah suai setelah mendapat input daripada Jabatan Peguam Negara, itu cara kita kerja, malah dalam yang akhir sekali pun (keputusan) ulasan Peguam Negara itu diperlukan.
“Ya kepala (ketua) rundingan itu MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri). Tetapi bila bincang soal halal, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) masuk, bincang soal import, Kementerian Pertanian masuk, namun keseluruhannya skop undang-undangnya (ada) Jabatan Peguam Negara yang dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) sama ada perjanjian timbal balas itu mendapat ulasan daripada AGC, pada Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri hari ini.
Malaysia dan AS menandatangani ART pada 26 Okt semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur. Perjanjian itu merupakan cadangan AS bagi merunding semula tarif terhadap Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus, di bawah Executive Order 14257 yang dikeluarkan Presiden Donald Trump pada 2 April 2025.
Perdana Menteri dalam pada itu memberi jaminan bahawa perjanjian yang ditandatangani itu, bukan sahaja mempertahankan kepentingan Bumiputera, malah sebarang tindakan penguatkuasaan, tidak sesekali boleh membelakangkan undang-undang domestik di Malaysia.
“Saya nak sebut di sini satu peruntukan saja yang sangat penting, Seksyen 5, Economic and National Security. Ada yang kata, Oh tak sebut kedaulatan, ini keselamatan negara ditekankan. Tidak umum begitu saja. Peguam Negara bagi penjelasan, peruntukan ini komprehensif. Dia mengikat semua peruntukan lain.
“Ada berkaitan keselamatan negara, jadi kita ada juga pertimbangan keselamatan negara kita. Kalau kita rasa menjejaskan keselamatan negara kita, maka kita tidak boleh menerima perkara ini, ia juga berpandukan kepada prinsip saling percaya dan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan bilateral. Jadi kita terima, perlu perhubungan bilateral,” katanya.
Menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai tindakan pembangkang memainkan isu perjanjian ART itu di luar konteks, Anwar menyarankan agar semua pihak berbicara berdasarkan fakta.
“Saya tak meminta penghargaan tapi memaki hamun atas nama agama, saya menyampah betul, kerana dia (pembangkang) tak peduli fakta, kita gunakan peluang (kehadiran Presiden AS Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47) untuk secara terbuka sebut mengenai Gaza. “Bukan sekali, tiga kali secara terbuka, saya tak sebut 20 point, 21 atau 20 point consensus, ataupun penyelesaian Presiden Donald Trump, kita sebut penyelesaian komprenhensif kerana soal Gaza ini mesti ada penyelesaian komprehensif, saya lakukan sedaya upaya saya untuk mempertahankan kepentingan Gaza dan Palestin,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Perjanjian Timbal Balik Malaysia-AS Tidak Bercanggah Peruntukan Perlembagaan – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/04/perjanjian-timbal-balik-malaysia-as-tidak-bercanggah-peruntukan-perlembagaan-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Denies Ex Thai Army Officer S Claims On Anwar Over Peace Accord

Malaysia Denies Ex Thai Army Officer S Claims On Anwar Over Peace Accord

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 176 hits
Malaysia has dismissed the baseless allegations by retired Thai armed forces officer Rangsi Kitiyansap that Malaysia and Anwar Ibrahim were a hidden hand or an enemy within in the Thailand Cambodia peace process Chief of Defence Force Nizam...
Trump Puji Profesionalisme Keselamatan Malaysia Nak Jumpa Kpn Pm Anwar

Trump Puji Profesionalisme Keselamatan Malaysia Nak Jumpa Kpn Pm Anwar

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 172 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada 6 November 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimCYBERJAYA 6 Nov Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kejaya...
Timbal Balas Negatif Kepada Pas Jika Teruskan Turun Anwar 2 0

Timbal Balas Negatif Kepada Pas Jika Teruskan Turun Anwar 2 0

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 139 hits
PAS akan kelihatan keliru dan guna isu ART untuk kepentingan politik sekiranya tunjuk perasaan dilakukan kata penganalisis PAS baru baru ini umum ia tidak tolak kemungkinan anjur semula Turun Anwar 2 0 sebagai reaksi terhadap ART PETALING J...
Malaysia To Deepen Ties With Major Economies Says Anwar

Malaysia To Deepen Ties With Major Economies Says Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 245 hits
Malaysia s Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Japan s Prime Minister Sanae Takaichi walk at the venue for the 28th Asean Japan Summit as part of the 47th Asean Summit in Kuala Lumpur Malaysia October 26 2025 Reuters picKUALA LUMPUR...
Malaysia Sedia Sertai Misi Pengaman Pbb Ke Gaza Pm Anwar

Malaysia Sedia Sertai Misi Pengaman Pbb Ke Gaza Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 185 hits
Malaysia Sedia Sertai Misi Pengaman PBB Ke Gaza PM Anwar KUALA LUMPUR 26 Okt Malaysia bersedia menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ke Gaza bersama negara negara sehaluan termasuk dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjas...
Sanusi Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar

Sanusi Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 236 hits
Sanusi Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar KUALA LUMPUR 23 Okt Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini bersetuju untuk menamatkan pertikaian peribadi mereka dalam prosiding kes saman fitnah yang dibic...
How Ai Powered Productivity Is Transforming Everyday Life

Perodua Luncurkan Qv E Ev Pertama Buatan Tempatan Yang Memikat Hati

Opensys Perkenal Palmwav Revolusi Pembayaran Imbas Tapak Tangan Pertama Di Malaysia

Erra Fazira Dan Mr E Bakal Umum Tarikh Nikah Esok

Fungsi Dan Pentingnya Organ Utama Jantung Buah Pinggang Dan Paru Paru

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Ditahan Halang Tugas Polis Pandu Melulu

Faisal Halim Nafi Curang Peguam Dedah Bekas Isteri Suka Buat Tuduhan Melulu

Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota Selangor 2025 Diraikan Meriah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bengkel Emergency Response Plan Di Lppkn

Quick Lawry S Beef Marinade Copycat Recipe

Dapat Ipad Dari Tm Untuk Ikat Kontrak Internet 3 Tahun

Geng Kompang Kampung

Pasaran Merosot Sebagai Tindak Balas Kepada Isyarat Yang Membimbangkan

Dodhy Kangen Band Parah Chord