Pm Tidak Hadir Taklimat Umno Satu Tindakan Tepat




 Dalam majlis taklimat Presiden UMNO di WTCKL petang tadi yang sebenarnya lebih berupa program solidariti untuk membebaskan Najib Razak dan mempertikaikan sistem keadilan negara, ia telah tidak dihadiri oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Dalam masa yang sama, sebagai sebahagian agenda mempersalahkan Ismail Sabri kerana Najib dipenjarakan, jeritan “Mana Mail” dan “booo” juga kerapkali kali kedengaran di dalam Dewan Merdeka yang seolah-olahnya memang sudah dirancang sedemikian rupa.
Saya sejak awal pagi tadi lagi sudah diberitahu oleh satu sumber yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri tidak akan hadir dalam program tersebut.
Berikutan itu, ketidakhadiran Ismail Sabri itu telah saya titipkan dalam nukilan pendek di laman sosial FB sebelum tengahari tadi.
Dimaklumkan dalam pelbagai laporan berita kemudiannya bahawa Ismail Sabri tidak hadir kerana beliau ada acara lain melibatkan rakyat di negeri Pahang.
Persoalannya, apakah wajar Perdana Menteri tidak hadir dalam taklimat itu?
Memandangkan momentum menyalahkan beliau apabila Najib dipenjarakan sudah kedengaran sejak awal lagi, ditambah dengan berlakunya jeritan “Mana Mail” dan “booo” terhadapnya dalam majlis taklimat petang tadi, keputusan Ismail Sabri tidak hadir adalah keputusan yang tepat dan bijak.
Jika tidak, buta-buta saja beliau akan dijadikan hentaman serta balunan semua orang yang berucap petang tadi tanpa mereka memikirkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Apalagi bila mereka yang berucap itu mempertikaikan proses keadilan secara terbuka, Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dengan sendirinya akan terjebak dalam pertikaian terhadap sistem pemisahan kuasa yang beliau sebenarnya memang tidak berhak campurtangan di dalamnya.
Oleh itu, keputusannya tidak hadir adalah tindakan yang harus dipuji dan telah menyelamatkan keadaan.
Dalam konteks UMNO pula, sebagai Naib Presiden parti, keputusan tidak hadir itu juga telah berjaya menghadkan kemarahan dan suara jeritan “Mana Mail” serta “booo” terhadapnya oleh kalangan sebahagian anggota yang emosional.
Kalau beliau hadir, sudah tentu suara jeritan itu tambah nyaring dan bergema lagi.
Pokoknya dalam hal ini Ismail Sabri telah memilih jalan terpuji iaitu enggan berbalah dengan akar umbi partinya sendiri.
Di waktu yang sama, dengan tidak membatalkan kehadiran di program di Pahang itu, Ismail Sabri dengan sendirinya menghantar mesej yang jelas bahawa bellau lebih mengutamakan rakyat berbanding melayan anggota parti yang emosi.
Tambahan lagi, Zahid Hamidi ternampak kerap sangat menganjurkan program parti sejak minggu-minggu kebelakangan ini, dengan sebahagiannya dilakukan secara mengejut dan notis yang pendek seperti perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian pada Isnin lalu.
Malah, taklimat petang tadi pun boleh dikira dilakukan secara mengejut dan dengan notis yang pendek juga iaitu hanya diputuskan setelah Najib dihantar ke penjara.
Orang tiada kerja bolehlah melayan semuanya, tapi Perdana Menteri sudah tentu terikat dengan pelbagai program dan jadual yang telah ditetapkan.
Apa pun, sebagaimana dijangka, majlis taklimat petang tadi tidak ada apa-apa yang luar biasa dicapai daripadanya, antaranya pastilah kerana Ismail Sabri memilih langkah bijaksana tidak menghadirinya. – ShahbudinHusin 27/08/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/pm-tidak-hadir-taklimat-umno-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Tak Hadir Taklimat Khas Presiden Umno

Pm Tak Hadir Taklimat Khas Presiden Umno

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 202 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak hadir ke taklimat khas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Difahamkan Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno tidak hadir ke taklima...
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 482 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Penganalisis Ismail Ditekan Sebab Presiden Umno Tak Ada Apa Apa Jawatan Ini Satu Lipatan Sejarah Bagi Umno

Penganalisis Ismail Ditekan Sebab Presiden Umno Tak Ada Apa Apa Jawatan Ini Satu Lipatan Sejarah Bagi Umno

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 259 hits
Lengahkan tarikh PRU15 mungkin makan diri Ismail kata penganalisis August 28 2022 Ismail Sabri Yaakob pada minggu lalu menyatakan pilihan raya umum mungkin dilewatkan susulan kontroversi pembelian kapal pesisir laut PETALING JAYA Tindakan m...
Taklimat Khas Umno Penyokong Najib Mungkin Bikin Panas Tuding Pm Sumber

Taklimat Khas Umno Penyokong Najib Mungkin Bikin Panas Tuding Pm Sumber

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 250 hits
malaysiakini comPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dijangka menangani kebimbangan ahli parti berhubung isu yang menjejaskan parti sejak akhir akhir ini semasa sesi taklimat esok termasuk pemenjaraan Najib Razak baru baru ini menurut orang dal...
Bolehkah Presiden Umno Sebut Satu Negara Komanwel Yang Tolak Kes Najib

Bolehkah Presiden Umno Sebut Satu Negara Komanwel Yang Tolak Kes Najib

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 301 hits
Bolehkah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memberikan satu contoh di mana kes SRC International Najib dipetik sebagai satu contoh perbicaraan tidak adil dalam mana mana negara Komanwel selepas seminggu Najib ke penjara untuk menjalani hukuma...
Taklimat Khas Umno Perhimpunan Jahanamkan Institusi Keadilan Malaysia

Taklimat Khas Umno Perhimpunan Jahanamkan Institusi Keadilan Malaysia

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 240 hits
Pasca keputusan kes Dato Sri Najib Tun Razak oleh Mahkamah Persekutuan baru baru ini telah menyebabkan pimpinan dan parti Umno secara terbuka menzahirkan kemarahan mereka terhadap dua institusi pentadbiran keadilan di Malaysia iaitu institu...
Langsung Taklimat Khas Presiden Umno Mengenai Isu Semasa 27 Ogos 2022

Langsung Taklimat Khas Presiden Umno Mengenai Isu Semasa 27 Ogos 2022

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 316 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan Taklimat Khas Mengenai Isu Semasa bersama ahli jawatankuasa bahagian dan pimpinan partiMINIT 2 43 MAIL KENA BOOMINIT 2 46 ZAHID DESAK PILIHANRAYA KATA INI ADALAH KERANA KEHENDAK MAJL...
Tangisan Dan Ejekan Di Taklimat Khas Umno

Tangisan Dan Ejekan Di Taklimat Khas Umno

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 209 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberikan taklimat khas kepada perwakilan parti berkenaan pemenjaraan Najib Razak di depan ahli keluarga bekas perdana menteri itu
Perhimpunan Umno Taklimat Presiden Tiada Aura

Perhimpunan Umno Taklimat Presiden Tiada Aura

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 366 hits
terkini masalah besar jika umno tidak lagi digeruni dan ucapan presiden umno dihampehkan Setakat ini tidak ada apa apa perubahan Najib belum DIBEBASKAN Parlimen belum dibubarkan Pakmail belum dipecat Tiada maklumat terkini kerana masih dipe...
Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm

Chauffeur Driven Pmx Trolled Over Proclamation He Doesn T Claim Budi95 Petrol Subsidy

Budi Madani Diesel 2025 Permohonan Tarikh Bayaran Bulanan

10 Gaya Rambut Pria Korea Yang Disukai Wanita Sedang Hits

Sugarbun Menandatangani Perkongsian Bersama Sedaplycious

Resipi Akok Homemade Sedap Mudah Guna Sandwic Maker Je

Spr Tetapkan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke 17 Pada 29 November Manakala Hari Penamaan Calon 15 November

Sugarbun Lebarkan Sayap Ke Semenanjung Malaysia Dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Filem Banduan Adaptasi Filem Tamil Kaithi

Pelancaran Global Siri Oppo Find X9 Pada 28 Oktober Ini

Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

Alternatif Iphone Air Dah Tiba Nubia Air Hanya Rm899

Permainan Interaktif Dan Warga Emas Hiburan Latihan Minda Dan Masa Depan Malaysia

Tak Boleh Diterima Singapura Dakwa Pas Cuba Pengaruh Pengundi