Pm Tiba Di Pakistan Untuk Lawatan Negara


 
Perdana Menteri Anwar Ibrahim disambut Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif ketika tiba di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi sempena lawatan negara ke Pakistan selama tiga hari. (Gambar Bernama)
ISLAMABAD: Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara selama tiga hari ke Pakistan.
Pesawat khas yang membawa beliau selamat mendarat di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi pada 7.55 malam waktu tempatan (10.55 malam waktu Malaysia).
Menyambut ketibaan Perdana Menteri di pangkalan udara itu ialah Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, Menteri Perdagangan Pakistan Jamal Kamal Khan, Ketua Protokol Kementerian Luar Tipu Sultan dan Pesuruhjaya Tinggi negara itu ke Malaysia Syed Ahsan Raza Shah.
Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, Menteri Luar Mohamad Hasan serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Mohammad Azhar Mazlan.
Anwar diberikan sambutan permaidani merah dan tembakan meriam sebanyak 21 kali selain memeriksa kawalan kehormatan oleh anggota Angkatan Bersenjata Pakistan.
Menerusi temu bual bersama media Malaysia semalam, Mohammad Azhar berkata kerajaan Pakistan telah menaik taraf lawatan tiga hari perdana menteri ke negara Asia Selatan itu daripada lawatan rasmi kepada lawatan negara.
Anwar mempunyai jadual padat sepanjang lawatan tiga hari beliau ke negara kuasa nuklear itu, yang juga lawatan sulung beliau ke Pakistan sejak menjadi perdana menteri pada November 2022.
Pada hari kedua lawatan beliau, Anwar dijadual mengadakan pertemuan terhad dengan Shehbaz diikuti mesyuarat dua hala membabitkan delegasi kedua-dua negara di kediaman rasmi Perdana Menteri Pakistan itu.
Kedua-dua pemimpin dijadual menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Perdagangan Pakistan (TDAP) serta MoU antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan (TPA).
Anwar dan Shehbaz juga akan melancarkan terjemahan terpilih karyawan terkenal Pakistan iaitu Allama Muhammad Iqbal ke dalam Bahasa Melayu dan buku Malaysia Madani ke dalam Bahasa Urdu.
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama di Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan (NUST) di Islamabad sebelum dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Falsafah daripada universiti berkenaan.
Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan meja bulat dengan tokoh industri Pakistan.
Pada sebelah malam, Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Pakistan Asif Ali Zardari di Aiwan-e-Sadr iaitu kediaman rasmi pemimpin itu di mana beliau akan dianugerahkan penghormatan tertinggi negara berkenaan iaitu Nishan-e-Pakistan.

Itu adalah suatu pengiktirafan tertinggi Kerajaan Pakistan terhadap ketokohan dan kepimpinan perdana menteri dalam memupuk serta meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan, kata Mohammad Azhar.
Beliau berkata perdana menteri turut dijadualkan bertemu dengan Ketua Staf Tentera Pakistan Jeneral Asim Munir dan tokoh-tokoh berpengaruh lain di negara itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/pm-tiba-di-pakistan-untuk-lawatan-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawatan Luar Negara Perlu Kelulusan Menteri Elak Pembaziran Dana Pm

Lawatan Luar Negara Perlu Kelulusan Menteri Elak Pembaziran Dana Pm

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 131 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan syarat semua program projek lawatan dan tugasan di luar negara membabitkan kakitangan awam perlu mendapat kelulusan Menteri sebagai langkah mengelakkan pembaziran dana dan sumber manusia Perdana Menteri b...
Lawatan Pmx Ke Pakistan

Lawatan Pmx Ke Pakistan

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 110 hits
Kerajaan Pakistan menaik taraf status lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan bermula hari ini kepada lawatan negara menandakan persahabatan yang akrab antara kedua dua negara Anwar turut dijangka menerima Anugera...
Kata Lah Apa Pun Anwar Akhirnya Menjadi Pm Ke 10 Dan Masa Ini Ia Erada Dilandasan Terbaik Mentadbir Negara

Kata Lah Apa Pun Anwar Akhirnya Menjadi Pm Ke 10 Dan Masa Ini Ia Erada Dilandasan Terbaik Mentadbir Negara

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 350 hits
Harap bateri cukup power la Dia lupa berjuta org yg dok ratib liwat dan buat dia ada share kat akhirat tu sebab dia lah yg mulakan cerita jijik tu sejak 1998 Skrg rumah dah kata pergi kubur dah kata mari masih tak sedaq diri Buatlah macam m...
Aktiviti Perniagaan Gisbh Di Seluruh Negara Lumpuh Pdrm Bekukan 138 Akaun Bank

Aktiviti Perniagaan Gisbh Di Seluruh Negara Lumpuh Pdrm Bekukan 138 Akaun Bank

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 275 hits
Aktiviti perniagaan GISBH di seluruh negara lumpuh selepas pihak Polis Diraja Malaysia melakukan serbuan besar besaran mennerusi Op Global bermula awal bulan ini melibatkan Fasa1 hingga 4 Memetik laporan dari Sinar Harian pihak PDRM telah m...
Pahang Mencatatkan L Ima Kematian Akibat Wabak Denggi Kedua Tertinggi Dalam Negara Tahun Ini

Pahang Mencatatkan L Ima Kematian Akibat Wabak Denggi Kedua Tertinggi Dalam Negara Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 268 hits
KUANTAN Pahang mencatatkan lima kematian akibat wabak demam denggi sepanjang tahun ini berbanding tahun lalu yang merekodkan satu kematian Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Datuk Razali Kassim berkata peningkatan 400 peratus itu me...
Akta 852 Penting Untuk Negara Langkah Bagi Membentuk Tingkah Laku Dan Pemikiran Masyarakat

Akta 852 Penting Untuk Negara Langkah Bagi Membentuk Tingkah Laku Dan Pemikiran Masyarakat

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang mula berkuat kuasa semalam adalah langkah dinantikan dan penting untuk negara Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Prof Dr Jamalludin Ab Rahman berkata pali...
Bendera Negara Dunia Lambang Dan Identiti Sesebuah Negara

Bendera Negara Dunia Lambang Dan Identiti Sesebuah Negara

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 451 hits
Setiap negara di dunia ini mempunyai bendera negara masing masing Bendera merupakan lambang dan identiti sesebuah negara dan tiada mana mana negara yang mempunyai bendera yang sama Negara kita Malaysia juga mempunyai bendera yang dikenali s...
Walaun Paham Ka Dok Ni Lihat Negara Dan Nilai Duit Tu

Walaun Paham Ka Dok Ni Lihat Negara Dan Nilai Duit Tu

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 156 hits
Ahmad Mursi Ringgit tak mengukuh Dolar AS yang lemah Takkan semua negara lemah juga Malaysia aje tak lemah ke hebat Malaysia
Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform

Elon Musk Vs Trump Elon Bongkar Trump Terlibat Kes Epstein Dan Kesan Ekonomi Dunia Terjejas

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It

Bagaimana Malaysia Boleh Dapat Pemain Berpengkalan Di Amerika Latin Dan Eropah

Bukan Susu Je Yang Mengalir Tapi Air Mata Juga Suami Ini Cara Nak Jadi Hero Sebenar Waktu Isteri Menyusu

Perancangan Kewangan Kepada Bakal Pesara Guru Sekolah

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


English Uasa Year 3

Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real

Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey

Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Rindu Terubat Sheila On 7 Kembali Gegar Pentas Malaysia Julai Ini

Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman