Pm Rayu Rakyat Duduk Di Rumah Tempoh 2 Minggu Bukan Untuk Keluar Berjalan


Akibat kedegilan sesetengah rakyat malaysia, Perdana Menteri malam ini menjelaskan sebab-sebab kenapa perintah kawalan pergerakan dikeluarkan. Ikuti perutusan yang disampaikan oleh beliau.

PERUTUSAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI
18 Mac 2020
Assalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya hormati.

Pada malam ini, saya sekali lagi berdiri di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan status terkini wabak COVID 19 di negara kita. Hari ini terdapat 117 kes jangkitan baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID 19 sebanyak 790.
Ini bukanlah perkembangan yang menggembirakan kita. Langkahlangkah tegas perlu terus diambil untuk membendung wabak ini daripada terus merebak.
Kerana itulah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuatkuasa pada hari ini. Saya ingin menjelaskan tujuan kerajaan melaksanakan perintah ini. Kenapa sekolah, universiti dan sebahagian pejabat, premis perniagaan
dan kilang ditutup.
Tujuannya ialah supaya saudara-saudari tidak perlu bergerak ke sana sini. Saudara-saudari tidak perlu bersesak-sesak dalam LRT, MRT atau bas untuk ke tempat kerja. Tidak perlu bersesak di kantin atau kedai makan di waktu rehat tengahari. Anak-anak tidak perlu pergi ke sekolah, tidak perlu mengikuti aktiviti sukan dan lain-lain yang boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan virus COVID-19.
Selama tempoh dua minggu ini, saudara-saudari dan anak-anak hanya perlu berada di rumah. Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana. Dengan cara ini saudara-saudari terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak ini insyaAllah dapat dibendung. Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan.
Tujuannya bukan untuk membolehkan saudara-saudari balik ke kampung, memenuhi jemputan kenduri, membeli belah di pasaraya, bersiar-siar di taman atau bercuti di tempat peranginan. Bukan. Tujuannya ialah supaya saudara-saudari duduk di rumah. Stay at home and protect yourself and your family.
Saya sebutkan perkara ini kerana semalam ramai yang balik ke kampung. Saya lihat lebuhraya sesak dengan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan timur. Stesen bas juga sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung.
Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur.
Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang. Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja.
Kenapa? Kerana kita hendak putuskan rantaian jangkitan. We want to break the chain of infection. Supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak COVID-19 ini dapat dikurangkan.
Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini selama dua minggu?
Ini kerana COVID 19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dua minggu. Terdapat kes di mana simptom hanya muncul selepas itu. Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19.
Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, Kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus COVID-19 dengan berada di rumah.
Saudara-saudari,
Virus ini berjangkit dari manusia ke manusia menerusi sentuhan. Kalau saudari-saudari bergerak ke sana-sini, apatah lagi bersesak di tempat awam, kemungkinan untuk bersentuhan adalah tinggi.
Kerana itu kerajaan mengisytiharkan penutupan sekolah supaya anakanak kita tidak perlu pergi ke sekolah. Jadi mereka tidak akan bersentuhan dengan rakan-rakan yang mungkin membawa virus COVID19. Saudara-saudari juga tidak perlu ke tempat kerja supaya saudarasaudari tidak bersentuhan dengan orang lain yang mungkin membawa virus ini. Inilah tujuannya.
Tetapi jika saudara-saudari masih bergerak ke sana sini, kemungkinan saudara-saudari bersentuhan dengan orang lain dan mendapat jangkitan wabak ini adalah tinggi.
Jadi, tolonglah. Saya merayu sekali lagi. Duduklah diam-diam di rumah. Stay at home and protect yourself and your family. Saudara-saudari mungkin bertanya. Kalau duduk di rumah sahaja, bagaimana dengan keperluan harian? Bolehkah pergi ke pasar? Atau kedai makan?

Jawapannya boleh. Pasar masih dibuka. Tetapi amalkan penjagaan kesihatan yang rapi. Elakkan bersentuhan dengan cara menjarakkan diri anda daripada orang lain dan sentiasa bersihkan diri. Basuh tangan dengan menggunakan sabun atau hand sanitizer. Kalau boleh mandi dengan lebih kerap supaya badan sentiasa bersih.
Kedai makan juga dibuka. Tetapi untuk mengelakkan risiko jangkitan, saudara-saudari tidak dibenarkan makan di kedai. Pesan makanan, bungkus dan bawa balik ke rumah. Atau lebih baik gunakan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah atau home food delivery service.
Dengan cara ini, saudara-saudari tidak perlu keluar dari rumah untuk membeli makanan.
Jangan pula gunakan peluang dua minggu ini untuk lepak di kedai mamak. Jangan saudara-saudari. Ini akan meningkatkan risiko jangkitan. Elakkan melepak dengan kawan-kawan di restoran, di kopitiam, di pusat hiburan atau di mana-mana tempat yang boleh mendedahkan
Saudara saudari kepada jangkitan wabak COVID-19. Di kampung-kampung saya tahu ini musim kenduri kahwin. Maklumlah cuti sekolah. Saya ingin mengingatkan saudara-saudari, termasuk dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini ialah perhimpunan ramai, antaranya
kenduri kahwin.
Jadi, kepada ibu-bapa pengantin saya minta tolong sangat-sangat batalkan kenduri. Akad nikah boleh dibuat, tetapi majlis kenduri jangan buat dulu. Tangguhkanlah. Apabila keadaan telah bertambah baik, buatlah kenduri untuk anak kesayangan.
Saya fikir anak tuan-tuan dan saudara-mara yang dijemput hadir faham masalah besar yang sedang kita hadapi ini. Jangan malu, jangan segan.
Beritahulah tetamu yang telah dijemput bahawa kenduri kahwin yang dirancang terpaksa dibatalkan kerana masalah COVID 19. Saya percaya mereka akan berterima kasih kepada tuan-tuan kerana prihatin tentang kesihatan para tetamu.
Ini adalah antara perkara-perkara yang mungkin dianggap kecil, tetapi amat penting untuk dilakukan. Prinsipnya mudah sahaja. Dalam tempoh dua minggu ini, duduklah diamdiam di rumah. Stay at home.
Nampak mudah dan remeh. Tetapi sebenarnya inilah perkara penting yang saudara-saudari mesti lakukan untuk bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Sebagai Perdana Menteri, saya ada tanggungjawab besar untuk menangani krisis yang sedang melanda negara kita. Tetapi saya tidak mungkin dapat melaksanakan tugas ini bersendirian. Saya memerlukan sokongan anda semua.
Saya memerlukan sokongan para doktor, jururawat, polis, semua penjawat awam, pekerja swasta, pelajar universiti dan saudara-saudari sekalian untuk membendung wabak COVID-19 daripada menular di negara kita.
InsyaAllah, berkat sokongan, kebersamaan dan kesabaran kita semua, saya berdoa mudah-mudahan kita akan berjaya mengatasi krisis ini. Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamuálaikum warahmatullahi wabarakatuh.
PM Tegaskan Jangan Cemas Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Ini Untuk Kebaikan Semua!  Peningkatan Mendadak Covid-19, PM Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Selama 14 Hari Seluruh Negara “Bekalan Bahan Makanan Akan Sentiasa Ada & Cukup, Tak Perlu Panik” – Perdana Menteri Jika Malaysia ‘Lock Down’ Jangan Panik. Bertenang & Beli Barang Ikut Keperluan Sahaja Cuti Sekolah Di Sabah Mungkin Disambung Lagi. Langkah Tangani Penularan COVID-19 Merokok Dan Menghisap Vape Boleh Terdedah Kepada Risiko Dijangkiti Covid-19 Bayi Baru Lahir Disahkan Terkena Wabak COVID-19, Pesakit Termuda Di Dunia Kena Lebih Peka & Berjaga-Jaga, Kini COVID-19 Dikategorikan Sebagai Pandemik KKM Buat Website Khas Untuk Periksa COVID-19 Secara “Online”. Boleh Periksa Tahap Risiko Terkena Jangkitan Barisan Hadapan Negara Makin Lumpuh, Kes Covid-19 Makin Parah! Tak Mustahil Jadi Macam Itali The post PM Rayu Rakyat Duduk Di Rumah. Tempoh 2 Minggu Bukan Untuk Keluar Berjalan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pm-rayu-rakyat-duduk-di-rumah-tempoh-2-minggu-bukan-untuk-keluar-berjalan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kakitangan Staf Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah

Kakitangan Staf Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 514 hits
We stayed at work for u U stay at home for us Foto ihsan Jane Janefer Goh KP Kesihatan rayu rakyat tidak keluar rumah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak keluar r...
Terkini Rakyat Dilarang Keluar Antara Negeri Dan Wajib Duduk Di Rumah

Terkini Rakyat Dilarang Keluar Antara Negeri Dan Wajib Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 526 hits
Tolong duduk di rumah ya semua small Cover image via Like Suka TV Facebook small Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk bergerak keluar antara negeri Perkara ini disahkan oleh Ketua ...
Saya Minta Tolong Untuk Tempoh Dua Minggu Ini Sahaja Perdana Menteri Rayu Rakyat Malaysia Kekal Dirumah

Saya Minta Tolong Untuk Tempoh Dua Minggu Ini Sahaja Perdana Menteri Rayu Rakyat Malaysia Kekal Dirumah

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 519 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Malaysia supaya berada di rumah masing masing selama tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Tegas beliau dengan cara itu rakyat akan terhindar daripada jangkitan COV...
Muhyiddin Dipuji Beri Mesej Ikhlas Rayu Rakyat Duduk Di Rumah

Muhyiddin Dipuji Beri Mesej Ikhlas Rayu Rakyat Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 321 hits
PETALING JAYA Pakar komunikasi memuji Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana berucap dalam nada kasual menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara kelmarin Mereka berkata sikapnya tanpa kepura puraan adalah men...
Sultan Selangor Tegur Rakyat Enggan Duduk Rumah Susahkan Pelbagai Pihak

Sultan Selangor Tegur Rakyat Enggan Duduk Rumah Susahkan Pelbagai Pihak

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 406 hits
SHAH ALAM 24 MAC Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan kebimbangan terhadap kedegilan segelintir rakyat kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang masuk hari ketujuh Sultan Sharafuddin Idris Shah sehubungan itu menita...
Siapa 3 Juta Rakyat Malaysia Yang Degil Sangat Tak Mahu Duduk Diam Di Rumah Ni

Siapa 3 Juta Rakyat Malaysia Yang Degil Sangat Tak Mahu Duduk Diam Di Rumah Ni

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 866 hits
Tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar Panglima Angkatan TenteraAnggota ATM dan PDRM bekerjasama melakukan sekatan jalan raya di beberapa kawasan seluruh negara Gambar Bernama KUALA LUMPUR Kira kira tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar ti...
Covid19 Agong Nasihat Rakyat Duduk Di Rumah

Covid19 Agong Nasihat Rakyat Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 744 hits
Dua hari selepas menasihati rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan menerusi televisyen dan radio hari ini Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menggunakan media sosial untuk menyampaikan mesej serupa Menerusi catatan...
Bukan Rakyat Biasa Tak Faham Bekas Menteri Pun Bangang Nak Faham Duduk Di Rumah

Bukan Rakyat Biasa Tak Faham Bekas Menteri Pun Bangang Nak Faham Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 558 hits
Ramai yg TAK PAHAM BAHASA Kerajaan suruh duduk di rumah Jgn keluar kecuali hal2 yg PENTING sahaja Biar MKN PM dan MENTERI yg terlibat sahaja buat kerja bagi memutuskan rangkaian virus covid 19 Yang TIADA kaitan sila DUDUK DI RUMAH Jgn nak r...
Covid 19 Duduk Di Rumah Dan Jangan Keluar

Covid 19 Duduk Di Rumah Dan Jangan Keluar

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 1328 hits
Bilangan kes COVID 19 mengikut negeri setakat 12 tgh hari 19 March 2020 Kes COVID 19 telah menular di semua negeri di Malaysia dan dijangkakan akan semakin meningkat Sila bantu KKM bersama memutuskan rangkaian jangkitan ini dengan duduk di ...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Bubur Padu Di Kedai Ali Bubur George Town Pulau Pinang

Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan

Lunch Dengan Telur Hancur Dan Terung Goreng Berlada

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Surah Al Israa Ayat 70

The Hedgehog And The Hare A Timeless Egyptian Fable Exploring Ambition And Humility