Pm Lancar Logo Kempen Melawat Malaysia 2020 Sasar 30 Juta Ketibaan Pelancong


Faiz ZainudinPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melancarkan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 di KLIA hari ini. Hadir bersamanya ialah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Mohammadin Ketapi. (Gambar Bernama) SEPANG: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini menyempurnakan pelancaran logo kempen Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perdana menteri dalam ucapannya berharap, kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 akan berjaya mencapai sasaran untuk menarik kehadiran 30 juta pelancong serta mencapai RM100 bilion perbelajaan pelancong.

Katanya, untuk mencapai sasaran berkenaan, kerajaan perlu menjangkau sasaran lebih tinggi untuk mempromosikan Malaysia di negara lain, termasuk Asean, China, India, United Kingdom (UK) dan Jerman.

“Kejayaan Melawat Malaysia 2020 juga bergantung kepada promosi yang berkesan. Selain itu, sektor pelancongan juga perlu bergerak seiring dengan transformasi digital yang menekankan pemasaran digital.

“Kerajaan akan terus menyokong usaha membangunkan industri pelancongan dan meningkatkan kedudukan di peringkat antarabangsa.

“Tahun lalu, Malaysia berada di kedudukan 21 antara negara yang mempunyai pendapatan pelancongan yang tinggi, dengan memperoleh RM84.1 bilion seperti diumumkan Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) yang disiarkan dalam Laporan Barometer pada Mei lalu,” katanya.

Pada majlis itu, Mahathir turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) promosi antara Tourism Malaysia dengan Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Sharp (M) Electronic Sdn. Bhd.

Logo kali ini merupakan usaha pemasaran dan promosi kempen dengan menampilkan ikon Malaysia yang cukup dikenali seperti burung kenyalang, bunga raya, paku pakis liar dan warna-warna bendera Malaysia.

Ia menggambarkan kepelbagaian yang terdapat dalam budaya, warisan, flora dan fauna serta pengalaman yang ditawarkan oleh Malaysia sebagai sebuah destinasi percutian.

Logo ciptaan pereka grafik, Alfred Phua Hong Fook itu berjaya mengetepikan beratus-ratus logo yang diterima dari seluruh negara sepanjang tempoh pertandingan yang berlangsung pada awal tahun ini.

Perdana Menteri kemudian bergerak ke Kompleks Bunga Raya KLIA untuk melancarkan “livery” khas logo Melawat Malaysia 2020 di badan pesawat keempat-empat syarikat penerbangan melibatkan Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air.

Dalam pada itu dalam sidang media yang diadakan selepas itu dan ketika ditanya tentang kelewatan pelancaran logo tersebut, Mahathir berkata ia perkara biasa setelah mengakui bahawa logo berkenaan sepatutnya dilakukan pada Mei.

“Benda yang macam ini berlaku selalu, kita boleh rancang Tuhan menentukan.
“Kalau nasib tak baik, lambat sikit,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/pm-lancar-logo-kempen-melawat-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Logo Baharu Kempen Melawat Malaysia 2020

Logo Baharu Kempen Melawat Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 591 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan logo baharu kempen Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Logo yang merupakan sebahagian daripada kempen Melawat Malaysia 2020 itu menampilkan pelbagai ikon Ma...
Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diperkenalkan

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diperkenalkan

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 786 hits
Jika dihutung secara bulanan lagi 5 bulan kita akan memasuki tahun 2020 Jika sebelum ini kita biasa dengar Wawasan 2020 dilancarkan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri ke 4 sebelum ini Beliau melancarkan Wawasan 2020 kerana mahu meny...
Logo Baru Visit Malaysia 2020 Vm2020

Logo Baru Visit Malaysia 2020 Vm2020

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 797 hits
AssalamualaikumBismillah Sumber Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan logo baharu bagi Visit Malaysia 2020 dengan corak batik Malaysia Logo baharu Tahun Melawat Malaysia 2020 ini mempunyai ikon seperti Burung Kenyalang Bunga Raya Paku p...
New Visit Malaysia 2020 Logo Launched

New Visit Malaysia 2020 Logo Launched

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 1204 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad today launched the new Visit Malaysia 2020 campaign logo The logo features various recognisable icons of Malaysia such as the hornbill hibiscus the wild fern and colours of the Malaysian flag Created by Al...
Analisis Logo Rasmi Terbaru Quot Visit Malaysia 2020 Quot

Analisis Logo Rasmi Terbaru Quot Visit Malaysia 2020 Quot

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 1311 hits
Secara umum nbsp logo baru ini lebih baik daripada logo asal yang dilancarkan nbsp Kementerian Pelancongan di bawah menteri sebelum ini Nazri Aziz Cantik atau tidak itu subjektif tetapi dari aspek teknikal logo ada beberapa perkara yang say...
Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 911 hits
Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam Ingat tak dulu kecoh pasal logo Visit Malaysia 2020 To be honest logo Visit Malaysia 2020 dulu bagi Fadzi memang buruk dan tak nampak moden langsung Memang wajar kena kecam So hari ni logo Tourism ...
Diupah Rp50 Juta Muhajir Dan Hariyanto Selundupkan Sabu Asal Malaysia Ke Samarinda

Diupah Rp50 Juta Muhajir Dan Hariyanto Selundupkan Sabu Asal Malaysia Ke Samarinda

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 380 hits
Kedua pelaku Muhajir dan Hariyanto Menggunakan mobil keduanya masuk ke Berau dari Bulungan di Kalimantan Utara Rencananya keduanya hendak menuju ke Samarinda
Misi Buru Slot Ke Olimpik 2020 Tajaan Rm1 Juta Diperlukan Bantu Pemain

Misi Buru Slot Ke Olimpik 2020 Tajaan Rm1 Juta Diperlukan Bantu Pemain

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 366 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pelancong Mengadu Air Kotak Di Malaysia Tidak Sedap

Pelancong Mengadu Air Kotak Di Malaysia Tidak Sedap

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 1613 hits
Malaysia mengharapkan kedatangan pelancong dari luar negara untuk mengaktifkan aktiviti pelancongan dan seterusnya menjana ekonomi negara Namun tentu sekali satu perkara yang tidak sedap didengar jika ada pelancong mengadu tentang sesuatu y...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kabinet Kerajaan Madani

The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya