Pm Anwar Undang Presiden Putin Hadiri Sidang Kemuncak Asean 2025


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
MOSCOW, 15 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang merupakan sebahagian daripada mesyuarat peringkat tinggi Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini.
Bercakap pada sidang media bersama Putin di Moscow hari ini, Anwar menekankan kepentingan lawatan seumpama itu, menyatakan bahawa ia akan menjadi satu penghormatan buat Malaysia dan akan menunjukkan kepentingan hubungan dua hala serta diplomasi serantau.
“Bagi pihak kerajaan, rakyat pastinya akan berharap dan berpandangan ia sesuatu yang besar dan hebat, jika Presiden Putin berada di Malaysia tidak lama lagi atau selewat-lewatnya pada Sidang Kemuncak Asia Timur yang diadakan semasa (Sidang Kemuncak) ASEAN.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Tetapi saya boleh jamin bahawa kehadiran anda di Malaysia akan menjadi suatu pencapaian bukan sahaja dalam hubungan dengan Malaysia malah rantau kerana saya percaya banyak orang di kawasan itu mempunyai hormat dan jangkaan yang tinggi terhadap kepimpinan anda,” katanya.
Sidang media itu disaksikan secara langsung menerusi laman Facebook Anwar.
Sementara itu, Anwar menekankan komitmen kuat Malaysia terhadap multilateralisme dan menyatakan sokongan berterusan kepada orde antarabangsa berasaskan peraturan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Kami berbincang beberapa isu antarabangsa. Kami berpegang teguh pada kerjasama multilateral ini, kerjasama multilateral berasaskan peraturan dan justeru itu kami perlu teruskan berdasarkan prinsip tersebut.
“Bagaimanapun, kami tidak terima tindakan unilateral oleh mana-mana negara kerana ia mengganggu kerjasama ini dan keamanan serta keselamatan rantau kami dan dunia,” katanya.
Anwar turut menyifatkan mesyuarat bersama Putin sebagai mesra dan konstruktif, dengan saling menghormati dan memahami.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Jadi, sekali lagi, Presiden Putin, saya ingin memberi jaminan bahawa Malaysia bukan sahaja mempunyai jangkaan tetapi juga berharap hubungan istimewa dengan Persekutuan Rusia ini akan diperkukuh menerusi kerjasama dan program yang bermakna,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, perbincangannya bersama Putin merangkumi pelbagai isu dari pendidikan kepada pertanian, keselamatan makanan kepada komoditi pertanian, teknologi, keselamatan siber, tenaga dan pertahanan sekali gus menunjukkan komitmen yang jelas untuk meningkatkan hubungan dua hala.
“Terdapat beberapa isu tertunggak disebabkan oleh ketetapan geopolitik, tetapi kami mengambil pendirian berkecuali di Malaysia dan ASEAN untuk memutuskan sendiri apa yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Pejabat Perdana MenteriAnwar turut mengucapkan terima kasih atas layanan mesra negara besar itu, yang disifatkannya sebagai kaya dengan sejarah, tamadun, budaya dan seni, serta warisan perjuangan yang berterusan oleh rakyat yang percaya pada maruah dan kemerdekaan.
“Saya telah katakan ini kepada Presiden Putin, bahawa kekaguman saya menjangkau hubungan diplomatik, tetapi kerana pemahaman saya tentang sejarah dan budaya serta sumbangan besar dalam bidang sastera dan seni dan balet, yang kebetulan saya terlepas kerana jadual yang padat,” katanya.
Terdahulu, selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin, Anwar berkata Malaysia dan Rusia komited untuk meneruskan usaha memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka bidang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik serta kerjasama budaya dan sains.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Kremlin.ruAnwar tiba di Moscow pada Selasa untuk lawatan rasmi empat hari sebelum meneruskan segmen kedua lawatannya ke Kazan, Tatarstan, pada 15 Mei.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/pm-anwar-undang-presiden-putin-hadiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mh17 Ini Penjelasan Presiden Putin Pm Anwar

Mh17 Ini Penjelasan Presiden Putin Pm Anwar

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 141 hits
Presiden Russia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berjabat tangan selepas kenyataan media bersama susulan pertemuan mereka di Kremlin Moscow Russia pada 14 Mei 2025 Foto AFPMOSCOW 15 Mei Perdana Menteri Da...
Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean

Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 268 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Jakarta pada 20 Oktober 2024 Foto MPR Republik IndonesiaKUALA LUMPUR 4 Mei Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrah...
Sidang Kemuncak Asean Ke 46 Tarikh Lokasi Dasar Bekerja Dari Rumah

Sidang Kemuncak Asean Ke 46 Tarikh Lokasi Dasar Bekerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 229 hits
Sidang Kemuncak ASEAN ke 46 bakal menjadi tumpuan utama rantau Asia Tenggara apabila Malaysia bertindak selaku tuan rumah kepada perhimpunan pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota ASEAN Dijadual berlangsung hujung bulan ini sidang kemunc...
Kpm Umum 71 Sekolah Dapat Cuti Tiga Hari Sempena Sidang Kemuncak Asean

Kpm Umum 71 Sekolah Dapat Cuti Tiga Hari Sempena Sidang Kemuncak Asean

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 219 hits
KPM maklumkan 71 buah sekolah di KL dan Selangor akan buat PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan pada pada 26 hingga 28 Mei 2025 Langkah ini diambil sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke 46 yang bakal berlangsung di ibu negara deng...
Kemelut Pkr Anwar Tawar Pelan Damai Elak Pertandingan Timbalan Presiden

Kemelut Pkr Anwar Tawar Pelan Damai Elak Pertandingan Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 147 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menawarkan pelan perdamaian kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dan memastikan kestabilan parti Sinchew Daily melaporkan mesyuarat Majlis ...
Pm Anwar Tinjau Persiapan Pengerusikan Mesyuarat Khas Kepengerusian Asean Malaysia

Pm Anwar Tinjau Persiapan Pengerusikan Mesyuarat Khas Kepengerusian Asean Malaysia

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 174 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan tinjauan lokasi Sidang Kemuncak ASEAN Ke 46 serta mempengerusikan Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN Malaysia di Kuala Lumpur pada 6 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 6 Mei ...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies