Mh17 Ini Penjelasan Presiden Putin Pm Anwar


 

Presiden Russia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjabat tangan selepas kenyataan media bersama susulan pertemuan mereka di Kremlin, Moscow, Russia pada 14 Mei 2025. Foto AFP
MOSCOW, 15 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan isu mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 ketika pertemuan dengan Presiden Russia Vladimir Putin hari ini.
Anwar berkata perkara itu dibangkitkan semasa rundingan dua hala beliau dengan Presiden Russia itu di Kremlin di sini sebagai mewakili keluarga mangsa yang terjejas akibat tragedi itu.
“Tentunya saya sebagai mewakili rakyat Malaysia, terutama keluarga mangsa, mengambil kesempatan untuk membangkitkan isu tersebut kepada Presiden Vladimir Putin semasa mengadakan rundingan dua hala,” katanya kepada media Malaysia yang mengikuti lawatan rasmi beliau ke Russia di sini.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung penemuan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bahawa Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada 2014.
Menurut laporan ICAO, pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh oleh peluru berpandu Russia semasa terbang melintasi timur Ukraine, ketika berlakunya pertempuran antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.
Perdana Menteri berkata Putin mendengar dengan meneliti perkara yang dibangkitkan sebelum menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Pejabat Perdana MenteriAnwar berkata Presiden Russia itu menegaskan bahawa beliau telah menuntut supaya siasatan rapi dan menyeluruh dijalankan selain isu tersebut tidak dipolitikkan.
Russia akan bekerjasama dengan badan bebas
Putin berkata sejak awal lagi Moscow memohon supaya siasatan berhubung perkara itu harus bebas dan teliti selain menegaskan bahawa Russia sedia memberikan kerjasama untuk memastikan laporan itu lebih berwibawa.
Anwar berkata beliau akan menjelaskan kepada keluarga mangsa berhubung maklum balas yang diberikan oleh Putin.
“Cuma yang saya dapat pastikan ialah beliau kata tidak benar kalau beliau tidak sedia untuk memberikan kerjasama tetapi beliau tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana badan yang beliau atau Russia anggap sebagai tidak bebas,” katanya.
ICAO putuskan Russia bertanggungjawab insiden MH17
Pada Isnin, ICAO, sebuah majlis penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memutuskan bahawa Russia bertanggungjawab dalam insiden yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu.
Menurut laporan itu, ICAO akan mempertimbang bentuk pampasan yang sesuai dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Pada November 2022, Mahkamah Belanda mensabitkan dua lelaki warga Russia dan seorang lelaki warga Ukraine secara ‘in absentia’ dengan kesalahan membunuh kerana peranan mereka dalam serangan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Kremlin.ruAnwar tiba di Moscow untuk lawatan rasmi empat hari bermula 13 Mei dan beliau akan meneruskan segmen kedua lawatan dengan berkunjung ke Kazan, Tatarstan pada 15 Mei.
Lawatan itu adalah atas undangan Putin.
Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat tertutup sebelum Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menghadiri majlis makan tengah hari dan mengadakan mesyuarat bersama delegasi kedua-dua negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/mh17-ini-penjelasan-presiden-putin-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Undang Presiden Putin Hadiri Sidang Kemuncak Asean 2025

Pm Anwar Undang Presiden Putin Hadiri Sidang Kemuncak Asean 2025

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 232 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimMOSCOW 15 Mei Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunda...
Anwar Calls Russia A Great Friend Of Malaysia In Meeting With Putin

Anwar Calls Russia A Great Friend Of Malaysia In Meeting With Putin

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 184 hits
The prime minister expresses hope for deeper cooperation during his official visit to Moscow Prime Minister Anwar Ibrahim voiced hope for closer collaboration between the two nations during a meeting with president Vladimir Putin in Moscow ...
Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 207 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat supaya tidak memberi komen melampau terhadap calon yang bertanding dalam pemilihan parti sehingga boleh menyebabkan perpecahan Beliau berkata sem...
Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean

Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 298 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Jakarta pada 20 Oktober 2024 Foto MPR Republik IndonesiaKUALA LUMPUR 4 Mei Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrah...
Kemelut Pkr Anwar Tawar Pelan Damai Elak Pertandingan Timbalan Presiden

Kemelut Pkr Anwar Tawar Pelan Damai Elak Pertandingan Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 150 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menawarkan pelan perdamaian kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dan memastikan kestabilan parti Sinchew Daily melaporkan mesyuarat Majlis ...
Anwar Putin To Hold Talks On Bilateral Ties Regional Issues

Anwar Putin To Hold Talks On Bilateral Ties Regional Issues

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 140 hits
The leaders last met in September 2024 on the sidelines of the Eastern Economic Forum in Vladivostok Prime Minister Anwar Ibrahim and Russian president Vladimir Putin will meet today to discuss key areas of bilateral cooperation particularl...
Effective Networking In Your Industry

Kelantan Mayat Pemancing Ditemui Dalam Sawah Padi

Happy168 100 500 Top 6 By Federico Happy168 Nl 27 October

Montigo Botol Minum Bergaya Yang Jadi Pilihan

Top 21 By Lindsay Jinda55 Jin55 Co 2 Website 1 2025

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Lorry Driver Who Ran Over Cop With 4wd Charged With Attempted Murder


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global

Badan Greges Tapi Tidak Demam Ini Penyebabnya

Netizen Pecah Dada Tengok Harga Bib Anak Datin Intan Najuwa Macam Bajet Makan Aku Sebulan

Poco M7 Dilancarkan Bateri Besar Harga Bermula Rm469