Pm Anwar Lakukan Lawatan Ke Universiti Multimedia






 Petang tadi ke Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya untuk merasmikan Fakulti Kecerdasan Buatan dan Kejuruteraan (FAIE), satu tonggak baharu dalam usaha negara menguasai teknologi digital dan AI.






















Transformasi digital adalah teras ekonomi MADANI, namun penguasaan teknologi mesti berjalan seiring dengan nilai dan budaya bangsa. Kita perlu ‘menggapai langit’ dengan AI dan teknologi baharu, tetapi tetap ‘mengakar ke bumi’ dengan prinsip, nilai dan identiti kita.


Kerangka ini sudah saya gariskan dalam RMK13 iaitu menaikkan siling untuk melonjakkan teknologi dan ekonomi, menaikkan lantai agar semua rakyat menikmati manfaatnya, dan menjadikan tatakelola sebagai tunjang. Tanpa tatakelola, reformasi hanya akan melahirkan rasuah, kronisme dan ketidakadilan.


Saya turut mengulas penemuan dalam laporan UNU dan McKinsey yang memberi peringatan tentang ‘AI Productivity Paradox’, bahawa pelaburan besar dalam AI tidak semestinya menghasilkan produktiviti sebenar. Laporan ini menyedarkan kita untuk memastikan setiap peruntukan diukur dengan hasil dan manfaat nyata kepada rakyat terbanyak.


Justeru, keutamaan adalah melahirkan bakat muda yang mampu menguasai AI. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada nilai Barat, sebaliknya mesti membina keupayaan sendiri untuk melatih generasi muda sebagai pereka, pencipta dan penggerak teknologi berteraskan identiti kita.


Namun kemajuan ini tidak bermakna jika kita terus dibelenggu budaya kebencian, perpecahan kaum, buli dan rasuah. Pendidikan sejati bukan sekadar ilmu teknikal, tetapi yang mengangkat martabat manusia dengan akhlak, nilai dan rasa hormat sesama insan.


Saya optimis dengan generasi muda Malaysia. Dengan ilmu, nilai dan keberanian, kita mampu menjadikan negara ini maju dan hebat. Jangan biarkan suara kecil yang menanam kebencian mengaburi pandangan kita. 


Usai pelancaran, saya berdialog dengan mahasiswa dalam sesi Temu Anwar untuk mendengar pandangan dan kebimbangan mereka tentang pekerjaan, kos sara hidup, kebergantungan kepada AI dan bahaya perkauman yang mengancam perpaduan.


#MalaysiaMADANI 
#MADANIbekerja 
#RancakkanMADANI








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/08/pm-anwar-lakukan-lawatan-ke-universiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengarah Pendidikan Negeri Pegawai Ppd Diarah Lakukan Lawatan Mengejut Ke Sekolah

Pengarah Pendidikan Negeri Pegawai Ppd Diarah Lakukan Lawatan Mengejut Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 327 hits
Pengarah Pendidikan Negeri Pegawai PPD Diarah Lakukan Lawatan Mengejut Ke Sekolah KUALA TERENGGANU Kementerian Pendidikan mengarahkan semua pengarah pendidikan negeri dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah mengadakan lawatan ke sekolah sekol...
Sertai Pm Anwar

Sertai Pm Anwar

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 206 hits
Setibanya saya di Kelantan pagi ini saya terus bersama YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim untuk turut hadir ke Ijtimak Madani Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 Kelantan sejak dahulu menjadi benteng ilmu dan juga tempat suburnya i...
Pm Anwar Melawat Sawah Di Kota Bharu

Pm Anwar Melawat Sawah Di Kota Bharu

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 241 hits
Usai bertemu para tuan guru dan ulama di Machang pagi tadi saya singgah ke Desa Gemalai di Kota Bharu untuk bertemu Mohd Yusri sahabat lama yang mula saya kenali di Sungai Buloh Alhamdulillah beliau kini mengusahakan sawah padi bebas racun ...
Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi Pm Anwar

Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi Pm Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 585 hits
Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi PM Anwar KOTA BHARU 9 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Sabah perlu dilakukan seca...
Guru Pondok Perlu Kuasai Teknologi Ai Pm Anwar

Guru Pondok Perlu Kuasai Teknologi Ai Pm Anwar

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 249 hits
Guru Pondok Perlu Kuasai Teknologi AI PM Anwar MACHANG 9 Ogos Guru guru pondok di negara ini perlu menguasai teknologi maklumat dan kecerdasan buatan dalam menghadapi cabaran era digital Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kega...
Pm Anwar Di Kelantan Bersama Guru Pondok

Pm Anwar Di Kelantan Bersama Guru Pondok

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 277 hits
Ulama Pondok seluruh Kelantan sepakat terima pendekatan rentas parti demi agama yang dibuat oleh PMX Anwar Ibrahim demi Islam Malam ini PMX tekah menunjukan satu contoh besar kepada rakyat Malaysia dan Kelantan dia datang satu kereta dengan...
7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional

Orang Selangor Anak Pmx Nak Jadi Mb Selangor Hahahaha

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

Info Banjir Terkini 2025

Express Delivery Rough Crafts Customizes The Bmw R 12 Across Countries

Persiapan Raya 2026 Dah Mula

Irresistible Beef Jerky Recipe Made With Ground Beef

Adakah Ev Lebih Mudah Terbakar Bandingkan Risiko Ev Vs Kereta Petrol


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semai Pokok Kesum

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

5 Benda Di Rumah Anda Yang Suka Memanggil Ular