Guru Pondok Perlu Kuasai Teknologi Ai Pm Anwar


Guru Pondok Perlu Kuasai Teknologi AI – PM Anwar
MACHANG, 9 Ogos (Bernama) — Guru-guru pondok di negara ini perlu menguasai teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI) dalam menghadapi cabaran era digital.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kegagalan menguasai teknologi terkini dan AI, boleh menyebabkan institusi pondok tewas dalam menghadapi ‘serangan baharu’ yang menggantikan bentuk penjajahan masa lalu.
“Kalau guru-guru pondok tidak menguasai teknologi baharu dan AI, kita akan kalah kerana ini adalah serangan baharu. Jika dahulu bentuknya penjajahan, kini ia serangan pemikiran.
“Kalau kita tidak kuasai, orang lain akan menguasainya. Anak-anak kita akan menggunakan AI yang dibangunkan berasaskan kerangka Amerika Syarikat atau Perancis. Jadi bagaimana kita hendak ubah pendekatan ini? Caranya ialah memastikan anak-anak memiliki ketahanan jiwa, kefahaman Islam, kecerdasan, dan kebijaksanaan untuk menentukan hala tuju mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ijtimak Madani Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Machang, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Anwar turut memaklumkan sudah tiba masanya benteng pertahanan sejarah umat Islam dibangunkan semula bagi melawan pengaruh sekular.
“Bulan lalu, saya memanggil pegawai Kementerian Kewangan untuk mencari jalan memilih pondok yang boleh dijadikan benteng semula. Dengan cara itu barulah MADANI dapat diwujudkan dalam erti kata sebenar,” katanya.
Terdahulu, Anwar menyampaikan sumbangan sebanyak RM1.03 juta kepada wakil pondok-pondok yang menghadiri Program Muzakarah Umara’ dan Ulama Pondok (UMRAN) 2025.
Sebelum ini, beliau pernah menegaskan komitmen kerajaan untuk memulih dan memartabatkan semula institusi pondok agar kekal menjadi benteng pertahanan akidah, akhlak, dan sahsiah umat Islam, selari dengan tuntutan semasa.
Usaha tersebut melibatkan kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan sekolah agama dan pondok yang daif dapat dibangunkan dengan kemudahan serta teknologi baharu.
Sumber: BERNAMA
The post Guru Pondok Perlu Kuasai Teknologi AI – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/09/guru-pondok-perlu-kuasai-teknologi-ai-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Di Kelantan Bersama Guru Pondok

Pm Anwar Di Kelantan Bersama Guru Pondok

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 277 hits
Ulama Pondok seluruh Kelantan sepakat terima pendekatan rentas parti demi agama yang dibuat oleh PMX Anwar Ibrahim demi Islam Malam ini PMX tekah menunjukan satu contoh besar kepada rakyat Malaysia dan Kelantan dia datang satu kereta dengan...
Nunji Jayakan Himpunan Besar Pertemukan Ulama Guru Pondok Dan Pemimpin Negara

Nunji Jayakan Himpunan Besar Pertemukan Ulama Guru Pondok Dan Pemimpin Negara

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 319 hits
HarapandailyAugust 12 2025OLEH CIKGU SYAZMIR HNHujung minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenuhi ruang masa yang ada mengunjungi negeri Kelantan Darul Naim Negeri yang dikenali sebagai Negeri Che Siti Wan Kembang it...
Farhash Dah Kaya Sebelum Anwar Jadi Pm Kalau Ada Kes Laporlah Sprm P

Farhash Dah Kaya Sebelum Anwar Jadi Pm Kalau Ada Kes Laporlah Sprm P

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 234 hits
Isu mengenai Farhash Salvador dalam dunia koporat mendapat perhatian pembangkang dan juga Rafizi Ramli Kali ini PMX Anwar Ibrahim mencabar mereka yang ada bukti untuk mengaitkan dengan beliau supaya membuat laporan kepada SPRM INI JAWAPAN P...
Kenal Betul Kah Anwar Hanya Puak Khawarij Menghukkm Sesama Islam

Kenal Betul Kah Anwar Hanya Puak Khawarij Menghukkm Sesama Islam

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 292 hits
Jamzuri Ardani Ulama bertaraf dunia mendoakan kebaikan buat PMX Hanya geng Khwarij jer yang baca Qunut Nazilah ke atas pemimpin beragama Islam Mungkin ada yang kata orang luar tak tahu perangai sebenar Anwar Hakikatnya kamu yang tuduh Anwar...
Anwar And Trump S Role In Thai Cambodia Ceasefire

Anwar And Trump S Role In Thai Cambodia Ceasefire

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 305 hits
YOURSAY Anwar s Asean mediation and Trump s tariff pressure FellowMalaysian Asean countries do not appreciate the US meddling in their transboundary disputes or clashes between member countries It was Prime Minister Anwar Ibrahim who assist...
Anwar Dr M S Sons Must Return Wealth If Source Can T Be Proven

Anwar Dr M S Sons Must Return Wealth If Source Can T Be Proven

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 284 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim BERNAMA PICKUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has urged the sons of Tun Dr Mahathir Mohamad to return their wealth to the government if it is proven to have been acquired through unc...
7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

Orang Selangor Anak Pmx Nak Jadi Mb Selangor Hahahaha

Info Banjir Terkini 2025

Express Delivery Rough Crafts Customizes The Bmw R 12 Across Countries

Persiapan Raya 2026 Dah Mula

Irresistible Beef Jerky Recipe Made With Ground Beef

Adakah Ev Lebih Mudah Terbakar Bandingkan Risiko Ev Vs Kereta Petrol


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semai Pokok Kesum

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

5 Benda Di Rumah Anda Yang Suka Memanggil Ular