Pm 11 Anwar Akan Terus Jadi Pm




 
SIAPA PM11, MASIHKAH PEMIMPIN ‘BERDNA’ UMNO JADI PILIHAN?


25 September 2025


Siapa PM11?


Inilah soalan yang sejak akhir-akhir ini membuatkan ramai orang begitu  ghairah ingin tahu jawapannya?


Meskipun PMX masih berkuasa dan mungkin juga boleh kekal kerkuasa lagi selepas PRU16 akan datang, namun keghairahan terhadap kemungkinan itu seolah-olah bukan lagi sesuatu yang menggiurkan.


Yang lebih menggiur dan memberahikan untuk diketahui ramai sekarang ialah siapakah sosok PM11 itu?


Adakah ia Muhyiddin Yassin sebagaimana yang dipersetujui oleh Bersatu, tetapi tidak berapa diterima oleh PAS?


Adakah ia Hamzah Zainuddin yang dikehendaki oleh sekelompok lain dalam Bersatu dan dikatakan lebih direstui PAS?


Atau adakah calon PM11 nanti daripada kalangan pemimpin PAS sendiri yang disebutkan oleh Mursyidul Amnya bahawa jumlah yang layak daripada parti itu untuk menjadi Perdana Menteri ada “tiga empat lori” ramainya?


Atau mungkinkah jika UMNO tiba-tiba mufarakah daripada kerajaan madani, pemimpin parti itu juga ada peluang menjadi PM11?


Walaupun ramai orang berhajat ingin jadi Perdana Menteri, tetapi jika tiada parti yang yang disertai atau partinya terlalu kecil, mereka barangkali sekadar boleh bermimpi sajalah untuk duduk di kerusi itu.


Realitinya untuk jadi Perdana Menteri, ia sama ada daripada parti yang dominan atau pemimpin yang ditonjolkan itu terlalu dominan seperti Tun Mahathir Mohamad pada 2018, meski ketika itu Bersatu hanya menang 13 kerusi Parlimen saja.


Dalam memperkatakan calon PM11, kriteria lain yang menjadi persoalan ialah apakah selepas PRU16 nanti, sosok yang dipilih itu masih juga “berDNA UMNO” atau akan terpisah daripadanya?


Sejak merdeka, semua sepuluh Perdana Menteri adalah sama ada daripada UMNO atau daripada kalangan yang “berDNA” UMNO.


Tujuh Perdana Menteri memegang jawatan itu atas tiket UMNO, manakala tiga lagi – Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin dan Anwar Ibrahim, walaupun tidak memegang kuasa atas tiket UMNO, namun mereka pekat “berDNA” UMNO kerana pernah memegang jawatan tinggi dalam parti Melayu itu.


Ertinya, selama ini UMNO dan kerusi Perdana Menteri  tidak pernah terpisah.


Sebab itu, PRU16 dan siapa bakal berpeluang jadi PM11 amat menarik sekali untuk dinantikan.


Jika PN ditakdirkan menang dan calon yang akhirnya dipersetujui untuk dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong sebagai PM11 ialah antara Muhyiddin dan Hamzah, bermakna DNA UMNO masih lagi melekat di kerusi Perdana Menteri negara ini.


Begitu juga jika semua parti tidak cukup kerusi dan UMNO menjadi “king maker” untuk mencukupkan jumlah, tidak mustahil ketika itu kerusi Perdana Menteri jatuh kembali kepada UMNO.


Pun begitu, jika PN cukup jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan PAS, katalah boleh menang antara 60 hingga 80 kerusi Parlimen, sudah tentu parti itu tidak melepaskan peluang untuk meletakkan pemimpinnya sendiri sebagai Perdana Menteri.


Jika PAS berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri, ini sekaligus bermakna DNA UMNO akan terputus terus daripada kerusi Perdana Menteri.


Meskipun dalam PAS pun ada pemimpin yang berasal daripada UMNO – misalnya Annuar Musa dan Shahidan Kassim – parti itu pasti lebih ghairah untuk meletakkan pemimpin kelahiran tarbiah mereka sendiri untuk mencipta sejarah sebagai PM11.


Kiranya itu berlaku, maka menjadi kenyataanlah akhirnya slogan – PAS ganti UMNO.


Malah, ia turut menjadikan PAS berjaya meletakkan ke tepi mereka yang “berDNA” UMNO. – ShahbudinHusin 25Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/siapa-pm11-masihkah-pemimpin-berdna-umno-jadi-pilihan/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/pm-11-anwar-akan-terus-jadi-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Umum Peruntukan Rm2 Juta Hidupkan Pendekar Madani Di Sekolah Ipt

Pm Anwar Umum Peruntukan Rm2 Juta Hidupkan Pendekar Madani Di Sekolah Ipt

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1428 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mohon kepada pihak pengurusan sekolah institusi pengajian tinggi dan institut pendidikan guru di seluruh negara untuk menyokong serta mengerakkan penubuhan program Pendekar Madani Menurut laporan Har
Berani Dan Tegas Netizen Kagum Dengan Ucapan Pm Anwar Di Hadapan Pemimpin Dunia

Berani Dan Tegas Netizen Kagum Dengan Ucapan Pm Anwar Di Hadapan Pemimpin Dunia

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1551 hits
Seorang individu dikenali sebagai Aliff Jamil memuji keberanian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertegas dalam isu Palestin ketika berhadapan dengan pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab Islam di Doha Qatar baru b...
Anwar Jemput Pm Thailand Baharu Ke Malaysia

Anwar Jemput Pm Thailand Baharu Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 3089 hits
Anwar Jemput PM Thailand Baharu Ke Malaysia KUALA LUMPUR 18 Sept Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput Perdana Menteri Thailand yang baharu Anutin Charnvirakul untuk melakukan kunjungan ke Malaysia selepas beliau memulakan tuga...
Pembangunan Kampung Baru Bawa Manfaat Tanpa Korbankan Maruah Hak Sejarah Pm Anwar

Pembangunan Kampung Baru Bawa Manfaat Tanpa Korbankan Maruah Hak Sejarah Pm Anwar

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1352 hits
Pembangunan Kampung Baru Bawa Manfaat Tanpa Korbankan Maruah Hak Sejarah PM Anwar KUALA LUMPUR 18 Sept Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung latar sejarah masa ...
Islamic Nations Need To Stay United Against Israel Says Anwar

Islamic Nations Need To Stay United Against Israel Says Anwar

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2138 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim reaffirms Malaysia s unwavering position of not recognising Israel and rejecting any form of diplomatic or trade relations with it Prime Minister Anwar Ibrahim attended a function in Bukit Mertajam this morning ...
Reject Extremism To Preserve Malaysia S Sovereignty Says Anwar

Reject Extremism To Preserve Malaysia S Sovereignty Says Anwar

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2167 hits
The prime minister says Malaysians must also reject religious fanaticism and narrow minded regionalism to safeguard the nation s sovereignty Prime Minister Anwar Ibrahim joining Sabah deputy chief minister Shahelmey Yahya Penang chief minis...
Kenyataan Saja Tak Jadi Kata Pm Anwar

Kenyataan Saja Tak Jadi Kata Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 531 hits
De DeSidang Kemuncak Tergempar Arab Islam sudah berakhir semalam dengan resolusi 20 perkara Namun sayang kebanyakan masih sekadar retorik kecam Israel tapi tiada tindakan nyata Hanya Turkiye Malaysia yang lantang berani bersuara Erdogan ges...
Pm Anwar Berkesempatan Bertemu Pemimpin Islam

Pm Anwar Berkesempatan Bertemu Pemimpin Islam

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 681 hits
Berkesempatan adakan pertemuan ringkas bersama Perdana Menteri dan Putera Mahkota Arab Saudi Presiden Turkiye Raja Jordan Presiden Pakistan dan Putera Mahkota Kuwait di sela sela Sidang Kemuncak Tergempar Arab Islam Kami menekankan sokongan...
Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

Sprm Siasat Harta Harta Datuk Seri Adlan Berhan Di Luar Negara

2 Beranak Dibunuh Suspek Utama Warga Nepal Direman

Cara Gen Z Dapat Income Digital Dari Ai Freelance

7 Tip Pandu Kereta Ketika Jalan Raya Sesak

Awak Ok Hari Ni

Akmal Slams Gov T For Allowing Alcohol At Chinese School Events

Masa Berjaya Jangan Sibuk Dengan Kereta Mewah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Perjanjian Damai Kl Pm Anwar Main Peranan Penting Yakinkan Kemboja Thailand Trump

Thai Cambodia Peace Deal To Be Signed Upon Trump S Arrival In Malaysia

Floods Persist In Seven Kedah Districts But Situation Improving

Masak Lemak Ikan Siakap

Simple Yummy Beef Meatball Recipe