Plus Jangka 300 Ribu Kenderaan Di Lebuh Raya Bermula Esok




PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih 300 ribu kenderaan pemohon Gerak Malaysia akan bergerak di lebuh raya seluruh negara, bermula pada cuti perayaan Hari Wesak esok hingga 10 Mei depan.
Pengarah urusan PLUS, Azman Ismail berkata, Inisiatif Gerak Malaysia membolehkan orang ramai yang terkandas di negeri-negeri lain ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dapat kembali ke rumah masing-masing untuk kembali bekerja.
“Pihak polis sudah memaklumkan bahawa pergerakan ini akan berlangsung selama 4 hari.
“Pada hari pertama (7 Mei), pemohon Gerak Malaysia yang sudah mendapat kebenaran akan bergerak pulang dari Kuala Lumpur ke destinasi masing-masing.
“Hari kedua (8 Mei) melibatkan perjalanan mereka yang terkandas dari Perak, Johor dan Kelantan, manakala pada 9 Mei pula melibatkan mereka dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.
“Pada hari terakhir Gerak Malaysia pada 10 Mei (Ahad) pula adalah bagi mereka yang membuat perjalanan dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu untuk kembali semula ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Azman berkata, pemandu dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakan sosial dengan memastikan mereka mempunyai baki yang mencukupi dalam kad Touch ‘n Go masing-masing sebelum memasuki lebuh raya.
“Ini berikutan semua urusan tambah nilai kad Touch ‘n Go menerusi pembantu khidmat pelanggan di lorong tol tidak lagi dibenarkan bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.
“PLUS menasihatkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di stesen minyak, kiosk layan diri (SSK), kedai serbaneka, mesin ATM dan lain-lain lokasi yang disediakan di seluruh negara,” katanya.
Jelas Azman, orang ramai turut dinasihatkan sentiasa mematuhi garis panduan penjarakan sosial ketika beratur bagi menggunakan tandas awam di R&R dan hentian sebelah.
“Sementara itu, semua surau di R&R juga masih ditutup dan tiada kemudahan pembelian makanan dan minuman di gerai-gerai R&R disediakan sepanjang tempoh Gerak Malaysia.
“Sepanjang tempoh tersebut juga, stesen minyak di lebuh raya PLUS akan beroperasi dalam tempoh terhad bermula dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja,” katanya..
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/06/plus-jangka-300-ribu-kenderaan-di-lebuh-raya-bermula-esok/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=plus-jangka-300-ribu-kenderaan-di-lebuh-raya-bermula-esok

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerak Malaysia Plus Jangka Lebih 300 000 Kenderaan Di Semua Laluan Lebuh Raya

Gerak Malaysia Plus Jangka Lebih 300 000 Kenderaan Di Semua Laluan Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR 6 Mei PLUS Malaysia Berhad menjangkakan lebih 300 000 kenderaan pemohon Gerak Malaysia akan bergerak di seluruh negara termasuk di rangkaian Lebuhraya PLUS bermula esok sehingga Ahad Pengarah Urusannya Datuk Azman Ismail berkat...
Empat Pegawai Dibenar Tarawih Berjemaah Di Masjid Melaka Bermula Esok

Empat Pegawai Dibenar Tarawih Berjemaah Di Masjid Melaka Bermula Esok

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 367 hits
MELAKA Hanya empat pegawai masjid dibenar melakukan solat Tarawih secara berjemaah selepas solat Isyak di semua masjid di negeri ini bermula esok Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata kelonggaran itu melibatkan pengerusi masjid imam b...
New Norma Bagi Pengguna Perkhidmatan Train Lrt Mrt Bermula Esok 4 May 2020

New Norma Bagi Pengguna Perkhidmatan Train Lrt Mrt Bermula Esok 4 May 2020

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 494 hits
New Norma bagi Pengguna Perkhidmatan Train LRT MRT Bermula Esok Aku akui ramai diluar sana yang masih tidak berpuas hati dengan annoucement yang terbaru dari PM kita baru baru ini dimana bermula esok 4 5 2020 masing masing diberi kelonggara...
Perjalanan Rentas Negeri Bermula Esok Bagi Yang Terkandas Di Kuala Lumpur

Perjalanan Rentas Negeri Bermula Esok Bagi Yang Terkandas Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 515 hits
PERJALANAN merentas negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia mulai esok dikhususkan untuk yang terkandas di Kuala Lumpur pulang ke kediaman mereka di negeri lain Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain membenarkan orang ra...
Persepsi Pkp Tamat Esok Raya Adalah Salah Dr Noor Hisham

Persepsi Pkp Tamat Esok Raya Adalah Salah Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 387 hits
Persepsi bahawa Perintah Kawalan Pergerakan telah tamat apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula esok adalah tanggapan yang salah kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau sebaliknya menegaskan bahawa P...
Puasa Bermula Esok

Puasa Bermula Esok

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 503 hits
KUALA LUMPUR Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok Penyimpan Mohor Besar Raja Raja mengumumkan tarikh itu dalam siaran langsung di televisyen sebentar tadi
Mayat Lelaki Tinggal Rangka Ditemukan Dalam Longkang Di Tengah Tengah Lebuh Raya

Mayat Lelaki Tinggal Rangka Ditemukan Dalam Longkang Di Tengah Tengah Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 792 hits
Mayat seorang lelaki yang sudah tinggal rangka dengan topi keledar masih lagi dikepala ditemukan di dalam longkang di tengah tengah Lebuhraya Utara Selatan dekat Nilai semalam Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata ma...
Indonesia Larang Semua Penerbangan Komersial Dan Persendirian Bermula Esok Sehingga 1 Jun 2020

Indonesia Larang Semua Penerbangan Komersial Dan Persendirian Bermula Esok Sehingga 1 Jun 2020

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 337 hits
JAKARTA 23 April Indonesia mengumumkan larangan terhadap semua penerbangan komersial dan persendirian di dalam negeri dan antarabangsa berkuat kuasa esok sehingga 1 Jun 2020 Direktur Jenderal Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan Novie ...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean