Persepsi Pkp Tamat Esok Raya Adalah Salah Dr Noor Hisham


Persepsi bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah tamat apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok, adalah tanggapan yang salah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau sebaliknya menegaskan bahawa PKP masih berkuat kuasa tetapi dengan menggunakan pendekatan kepatuhan sosial dan disiplin terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal jangkitan COVID-19 di Malaysia.
Beliau berkata pendekatan SOP dalam PKPB adalah sama seperti yang diamalkan di Korea Selatan, Taiwan dan Sweden yang mampu mengawal COVID-19 tanpa melaksanakan PKP, sebaliknya menggunakan kepatuhan sosial dan disiplin yang tinggi.
“Persepsi yang menganggap kerajaan sudah tamatkan PKP dan esok kita ‘raya’ dan tidak ada PKP contohnya, adalah satu persepsi yang salah. PKP masih ada,”  katanya pada sidang media harian COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata selepas melaksanakan pendekatan PKP, Malaysia menggunakan pendekatan SOP untuk mengawal COVID-19 dan kerjasama bersepadu antara kerajaan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat adalah penting untuk menghentikan penularan pandemik itu di negara ini.
Jelas beliau Malaysia telah melaksanakan empat fasa PKP dan berjaya melandaikan lekuk COVID-19 dan kini negara menggunakan pendekatan SOP yang menuntut pematuhan sosial dan disiplin yang tinggi daripada rakyat.
Dr Noor Hisham berkata kelonggaran PKPB diberikan hanya kepada mereka yang boleh mematuhi SOP seperti yang ditetapkan KKM.
“Kalau ada negeri, syarikat atau perniagaan yang tidak dapat mematuhi syarat-syarat PKPB yang ditetapkan KKM, maka mereka kembali kepada arahan PKP yang mengguna pakai Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
“Mereka yang rasa tidak dapat mematuhi SOP, kita nasihat kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting sahaja,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata KKM juga sedang melihat kaedah untuk memantapkan perkhidmatan kepada warga emas yang dikenal pasti kumpulan berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19, termasuk memberikan rawatan di rumah.
Sementara itu, mengulas mengenai kluster baharu iaitu kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur, Dr Noor Hisham berkata KKM sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada kluster itu berpunca daripada kluster-kluster yang lain.
Menurutnya, kesemua 28 kes positif di bawah kluster itu juga melibatkan warga asing yang mungkin tinggal dalam satu penempatan yang sama.
“Kami dapati individu yang terlibat dalam kluster ini mereka mungkin duduk sekali dalam satu bilik kediaman.
“Siasatan masih kami jalankan untuk kenal pasti sama ada mereka ada kaitan dengan kluster tertentu. Setakat ini tiada bukti kukuh untuk kami kaitkan (kluster pembinaan) dengan kluster tertentu,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Persepsi PKP Tamat, Esok ‘Raya’ Adalah Salah – Dr Noor Hisham appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/03/persepsi-pkp-tamat-esok-raya-adalah-salah-dr-noor-hisham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Belum Buat Keputusan Untuk Sambung Pkp Atau Tidak Datuk Dr Noor Hisham

Kkm Belum Buat Keputusan Untuk Sambung Pkp Atau Tidak Datuk Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 455 hits
PUTRAJAYA Tiada sebarang jaminan dapat diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia sama ada Perintah Kawalan Pergerakan bakal ditamatkan pada 28 April ini atau ia dilanjutkan Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ...
Dua Kluster Telah Tamat Tempoh Pemantauan Dr Noor Hisham

Dua Kluster Telah Tamat Tempoh Pemantauan Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 372 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa dua kluster telah tamat tempoh pemantauan Kluster pertama adalah di seksyen 6 Bangi yang melibatkan 31 jumlah kes dan 1 kes kematian dan kluster kedua pula adalah ...
Ibu Bapa Perlu Patuhi Jadual Imunisasi Anak Walaupun Dalam Pkp Dr Noor Hisham

Ibu Bapa Perlu Patuhi Jadual Imunisasi Anak Walaupun Dalam Pkp Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 379 hits
Kementerian Kesihatan menegaskan program imunisasi di fasiliti kesihatan berjalan seperti biasa dan ibu bapa disaran menepati jadual imunisasi dan tarikh janji temu yang telah ditetapkan oleh petugas kesihatan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk...
Kejayaan Hari Ini Adalah Hasil Daripada Barisan Hadapan Negara Dr Noor Hisham

Kejayaan Hari Ini Adalah Hasil Daripada Barisan Hadapan Negara Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 350 hits
Kejayaan mengekang penularan wabak Covid 19 pada hari ini adalah hasil daripada barisan hadapan negara dan juga perancangan rapi yang dilakukan Oleh itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham mengucapkan terima kasih atas usaha semua...
6 Kriteria Tentukan Pkp Kata Noor Hisham Ditanya Isu Balik Kampung

6 Kriteria Tentukan Pkp Kata Noor Hisham Ditanya Isu Balik Kampung

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 335 hits
PUTRAJAYA Terdapat 6 kriteria diteliti Kementerian Kesihatan yang akan menentukan kesinambungan perintah kawalan pergerakan kata Dr Noor Hisham Abdullah ketika ditanya adakah KKM akan menyarankan larangan balik kampung semasa Ramadan sepert...
Belum Ada Sebarang Jaminan Pkp Akan Ditamatkan Pada 28 April Ini Dr Noor Hisham

Belum Ada Sebarang Jaminan Pkp Akan Ditamatkan Pada 28 April Ini Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 588 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata langkah pencegahan seperti penjarakan sosial masih perlu dilaksanakan sekiranya PKP ditamatkan Kita tidak pasti lagi PKP tamat ataupun dilanjutkan Jadi yang pasti k...
Tiada Perhimpunan Awam Dr Noor Hisham Dedah 6 Kriteria Jika Mahu Tamatkan Pkp

Tiada Perhimpunan Awam Dr Noor Hisham Dedah 6 Kriteria Jika Mahu Tamatkan Pkp

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 278 hits
Sudah pasti seluruh rakyat Malaysia mahukan Perintah Kawalan Pergerakan ini akan tamat dengan secepat mungkin Memandangkan penurunan jumlah jangkitan Covid 19 di negara kita kian menurun dari hari ke hari sejak PKP Fasa ke 3 ini Menerusi si...
Kreatif Artis Tempatan Ini Lukis Potret Dr Noor Hisham Menggunakan Lebih 4 000 Skru

Kreatif Artis Tempatan Ini Lukis Potret Dr Noor Hisham Menggunakan Lebih 4 000 Skru

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 586 hits
Melukis potret menggunakan berus dan cat mungkin adalah perkara biasa yang dilakukan setiap artis atau mereka yang mempunyai hobi untuk melukis terutamanya dengan masa lapang yang ada di musim PKP ini Namun melukis menggunakan skru dan scre...
Pelukis Ini Hanya Gunakan 4 219 Batang Skru Untuk Hasilkan Potret Dr Noor Hisham

Pelukis Ini Hanya Gunakan 4 219 Batang Skru Untuk Hasilkan Potret Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 434 hits
Seorang pelukis Malaysia yang dikenali sebagai Choong Chee Leong menjadi perhatian warganet apabila beliau memuatnaik satu posting di Instagramnya ahguu handcraft menghasilkan sebuah potret Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdu...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Perempuan Melawan Lara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Earn 1 000 000 Using Ufanance

The Business Of Pgslot99

The Evolution Of Phones From Early Communication To Smart Technology

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer