Plkn 3 0 Fasa Latihan Tempoh Tarikh Pelaksanaan Terkini


TERKINI : PLKN 3.0 (Program Latihan Khidmat Negara) akan diteruskan dengan kerangka yang baharu!
Tahukah anda apakah itu Program Latihan Khidmat Negara dan bagaimanakah ianya dilaksanakan sebelum ini? Apakah pula pembaharuan yang akan dilaksanakan nanti?
Jom kami kongsikan selanjutnya.
Pengenalan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.
Struktur Latihan Khidmat Negara merangkumi latihan asas Ketenteraan yang meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
Sementara itu, elemen Khidmat Masyarakat meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.
Program ini pernah dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun.
Pada 13 Ogos 2018, Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu setelah mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.
Selain itu, antara faktor program ini dihentikan adalah kerana ia melibatkan kos yang besar sekitar RM700 juta setahun.
IMBAS KEMBALI : 16 FEBRUARI 2004 – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula
PLKN adalah sebuah program kenegaraan di mana pada setiap tahun, kira-kira 24% daripada remaja warganegara Malaysia berusia 18 tahun akan dipilih untuk menjalani kursus latihan wajib selama 3 bulan di Pusat Latihan PLKN di serata negara.
Ia bermula apabila Jawatankuasa Kabinet dibentuk untuk mengkaji keperluan satu bentuk kerahan tenaga pada 30 Oktober 2002. Ia dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak & mesyuarat pertamanya diadakan pada 12 November 2002.
Istilah ‘kerahan tenaga’ ditukar kepada ‘Khidmat Negara’’ & J/K tersebut juga menubuhkan 4 J/K Kecil meliputi hal Kewangan, Kurikulum, Undang-Undang & Logistik bagi menyediakan perancangan & menyelaraskan keperluan pelaksanaan PLKN.
Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan pelaksanaan PLKN, kemudian pada 25 Jun 2003, Dewan Rakyat meluluskan RUU Latihan Khidmat Negara & secara rasmi ia menjadi sebuah akta pada 7 Julai selepas diluluskan Dewan Negara.
Ia dilancarkan pada 16 Februari 2004, apabila 26,000 remaja dipilih sebagai kumpulan pertama untuk menyertai siri pertama PLKN, diikuti 59,000 lagi sebagai kumpulan ke-2 & ke-3 yang masing-masing memulakan latihan pada Mac & April 2004.
Para pelatih menjalani latihan yang ditetapkan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam 4 modul: Fizikal, Kenegaraan, Pembinaan Karakter & Khidmat Komuniti yang bermatlamat untuk memperkasa jati diri generasi baharu Malaysia.
Bagaimanapun selepas 11 tahun, Najib Razak selaku PM ketika itu mengumumkan penangguhan pelaksanaan program ini untuk menjimatkan kira-kira RM400 juta ketika pengumuman semakan Belanjawan 2015 pada 20 Januari 2015.
Pada 13 Ogos 2018, Menteri Belia & Sukan ketika itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa PLKN bersama Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, JLKN, Astro AWANI
Pelaksanaan PLKN 3.0 Kredit: Bernama Kerajaan bersetuju untuk menerapkan konsep dan format baru bagi PLKN 3.0 ini. KPT dan KPM memuktamadkan proses menyedia serta merangka modul latihan yang akan dilakukan secara berfasa.
PLKN tersebut juga akan dibuat di kem tentera dan ia tidak akan mengambil masa lama seperti dahulu.
Bagi pelaksanaan kali ini, sebanyak 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik akan digunakan.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan menggunakan modul kombinasi iaitu modul latihan asas ketenteraan (30%) dan modul asas kenegeraan (70%).
Modul asas ketenteraan dibangunkan oleh  Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan.
Manakala modul asas kenegeraan yang dibangunkan oleh KPT mengandungi modul kenegaraan elemen jati diri, modul kenegaraan elemen cinta negara dan modul kenegaraan elemen perpaduan.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Rakyat lalu.
Sila rujuk video di bawah:
Siapa Yang Terlibat? Berikut adalah individu yang akan terlibat dalam PLKN 3.0 mengikut fasa-fasa pelaksanaan tertentu:
1. Fasa Latihan Pra PLKN
Bagi fasa pra PLKN, kata ia akan diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun, merangkumi pelajar di Tingkatan 4 saja semasa kegiatan kokurikulum.
2. Fasa Latihan Asas PLKN
Bagi fasa latihan asas PLKN ia melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.
Latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30 peratus dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70 peratus. Latihan tersebut bersifat intensif, lapangan serta praktikal.
3. Fasa Peringkat Latihan Lanjutan
Fasa peringkat latihan lanjutan sedang dibincang sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.
Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, peserta akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.
Sementara itu, ramai yang tertanya-tanya pembabitan had usia 35 tahun dalam program ini.
Sebenarnya, memang ada klausa yang menyatakan bahawa Program Latihan Khidmat Negara melibatkan mereka berumur dari 16 sehingga 35 tahun.
Sumber: National Service Training Act 1952 NATIONAL-SERVICE-ACT-1952Download Walaubagaimanapun, Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang lahir pada 2007 saja akan menjalani program ini.
Dalam kenyataan tersebut, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah yang baru selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).
“Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.
“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun.
“Mindef turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila ada pihak membuat ciapan dengan mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan belia berusia 16 hingga 35 tahun.
Sumber: @501awani
Sumber: Buletin TV3, Astro Awani, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)
Lokasi Lokasi latihan melibatkan 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.
Tempoh & Tarikh Pelaksanaan PLKN 3.0 Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bagi fasa asas di IPTA, ia akan bermula pada pengambilan pelajar sesi akademik 2026/2027. Ia djanhka dimulakan pada April 2026.
Bagi fasa pra PLKN di peringkat sekolah, ia akan dilaksanakan bersama dengan ketetapan pelaksanaan modul generasi MADANI oleh KPM dan dijangka bermula pada Jun dan Julai tahun depan.
Projek rintis pula akan bermula pada Jun dan Julai 2025, yang melibatkan dua kem wataniah dengan sasaran penyertaan seramai 1,000 peserta.
Maklumat Lanjut PLKN 2024/2025 Untuk mendapatkan info terkini dan update terbaru tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini, sila ikuti saluran berikut:
Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia Laman Web Rasmi https://mod.gov.my/ms/ Baca juga:
IPU Jerebu (Indeks Pencemaran Udara) Malaysia Terkini APIMS Apakah Penyakit X? Ini Fakta & Cara Pencegahannya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/plkn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=plkn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mpfl 2024 Senarai Pasukan Jadual Perlawanan Keputusan Terkini Julai

Mpfl 2024 Senarai Pasukan Jadual Perlawanan Keputusan Terkini Julai

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 126 hits
MPFL Malaysia Premier Futsal League atau Liga Futsal Premier Malaysia adalah salah satu kejohanan futsal paling dinanti nantikan di Malaysia Sejak diperkenalkan MPFL telah berjaya menarik minat peminat futsal dari seluruh negara sekaligus m...
Kondisi Terkini Dampak Gempa Batang 271 Rumah Dan 30 Fasum Rusak

Kondisi Terkini Dampak Gempa Batang 271 Rumah Dan 30 Fasum Rusak

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 107 hits
11 orang mengalami luka ringan dan sudah dinyatakan sembuh serta 1 orang kini masih menjalani perawatan
Terkini Enam Bekas Mp Bersatu Jadi Wakil Bebas Tidak Boleh Sertai Mana Mana Parti

Terkini Enam Bekas Mp Bersatu Jadi Wakil Bebas Tidak Boleh Sertai Mana Mana Parti

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 127 hits
Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman menegaskan keenam enam mereka akan terus berkhidmat di kawasan masing masing sebagai ahli parlimen bebas Malah katanya peruntukan 49 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas iaitu mereka tidak boleh me...
Hari Tu Diorang Suruh Peminat Terkejut Penampilan Terkini Penyanyi Shima Tidak Lagi Berhijab

Hari Tu Diorang Suruh Peminat Terkejut Penampilan Terkini Penyanyi Shima Tidak Lagi Berhijab

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 153 hits
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Teringin Shima mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila dia tampil dengan imej terbaru di media sosialnya Shima yang sebelum ini tampil dengan imej bertudung labuh mengejutkan netizen apabila...
Mysalam 2024 Permohonan Semakan Status Tuntutan Terkini

Mysalam 2024 Permohonan Semakan Status Tuntutan Terkini

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 196 hits
MAKLUMAN TERKINI KELULUSAN STATUS KELAYAKAN MYSALAM 2024 PROSES TUNTUTAN Dalam Belanjawan 2024 Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan bagi tempoh dua tahun lagi Antara manfaat MySalam 2024 adalah pembayaran tunai RM8...
Apa Dah Jadi Tampil Feminin Pakai Skirt Penampilan Terkini Taecyeon 2pm Buat Ramai Tergamam

Apa Dah Jadi Tampil Feminin Pakai Skirt Penampilan Terkini Taecyeon 2pm Buat Ramai Tergamam

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 205 hits
Selain merupakan seorang idola dan pelakon berbakat Taec yeon juga sering mendapat perhatian kerana penampilannya yang maskulin Artikel Berkaitan Namun baru baru ini Taec yeon telah terlibat dengan penggambaran khas bersama majalah Kitto me...
Untuk Filem Terkini Elok Dibuat Filem Bertajuk Lebai Tak Bohong

Untuk Filem Terkini Elok Dibuat Filem Bertajuk Lebai Tak Bohong

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 142 hits
Zuwairi Md Yusof Mohon Shafiq Yusof Haslam buat filem Anak Menantu Hantu PN nanti kompem pecah panggung sambutannya Kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagunya bukan sagon IDRIS AHMAD kehkehkeh Abang dia Syamsul kan buat filem KAWA...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut