Mysalam 2024 Permohonan Semakan Status Tuntutan Terkini


MAKLUMAN TERKINI KELULUSAN STATUS KELAYAKAN MYSALAM 2024 & PROSES TUNTUTAN
Dalam Belanjawan 2024, Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan bagi tempoh dua tahun lagi.
Antara manfaat MySalam 2024 adalah pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.
Terkini, dimaklumkan bahawa penghantaran tuntutan bagi penerima mySalam yang didiagnos dari 2019-2023 hanya boleh dihantar sehingga 30 Jun 2024 saja.
Selepas tarikh ini tuntutan bagi diagnosis 2019-2023 tidak akan diterima lagi.
Kelayakan MySalam 2024 [KINI DIBUKA] Semakan kelayakan MySalam 2024 kini sudah dibuka bermula 7 Julai 2024 di portal MySalam. Bagi peserta yang layak, sekiranya anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan atau didiagnosis dengan penyakit kritikal bermula 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Anda boleh menghantar tuntutan tersebut melalui portal MySalam bermula 7 Julai 2024. Sila pastikan semua dokumen tuntutan dan maklumat akaun bank anda adalah lengkap dan tepat.
Apakah MySalam 2024? MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
Ketika awal diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).
Dalam Belanjawan 2024, Skim Perubatan MADANI akan diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta yang akan memanfaatkan 700,000 rakyat, dan meneruskan skim MySalam bagi tempoh dua tahun lagi.
Tujuan MySalam Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.
Kelayakan & Manfaat MySalam 2024 Penerima mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Keluarga Malaysia.
Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam, melalui kiriman SMS ke nombor telefon seperti yang dikemaskini untuk program-program yang dinyatakan di atas.
Penerima Bantuan Sara Hidup
Berumur antara 18 hingga 65 tahun; Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun; Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun. Kategori BSH
Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal. Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti. Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.
NOTA: Dimaklumkan bahawa peluasan skim mySalam kepada kumpulan M40 akan ditangguhkan buat masa ini.
Anda boleh rujukan terma dan syarat kelulusan tuntutan MySalam 2024 di pautan berikut: Terma dan Syarat
Cara Semakan Kelayakan / Pendaftaran Sila rujuk langkah di bawah untuk semakan status kelayakan MySalam 2024 anda.
Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my dengan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk MySalam terdekat :
Nama HospitalAlamatNo. TelKetersediaan KioskHospital Alor GajahPejabat Hospital, Hospital Alor Gajah, Alor Gajah, 78000, MelakaYAHospital AmpangJalan Mewah Utara, Ampang, 68000, Selangor03-42896000YAHospital Bahagia Ulu KintaTanjong Rambutan, Ulu Kinta, 31250, Perak05-5332333TIDAKHospital Balik PulauBalik Pulau, Balik Pulau, 11000, Pulau Pinang04-8669333YAHospital BalingJala Hospital, Baling, 09100, Kedah04-4701333YAHospital BantingJalan Sultan Alam Shah, Banting, 42700, Selangor03-31871333YAHospital Batu GajahJalan Changkat, Batu Gajah, 31000, Perak05-3663333YAHospital BauBatu 1 ½, Jalan Bau-Lundu, Bau, 94000, Sarawak082-763711YAHospital BeaufortPeti Surat 40, Beaufort, 89807, Sabah087-212333YAHospital BeluranKarung Berkunci No : 02, Beluran, 90109, Sabah089-511233/333YAHospital BentongHospital Bentong, Bentong, 28000, Pahang09-2223333YAHospital BesutJalan Pasir Akar, Jerteh, Besut, 22000, Terengganu09-6971130/200YAHospital BetongJalan Betong, Betong, 95707, Sarawak083-472821YAHospital BintuluJalan Nyabau, Bintulu, 97000, Sarawak086-255899YAHospital Bukit MertajamJalan Kulim, Bukit Mertajam, 14000, Pulau Pinang04-5497333YAHospital Changkat MelintangLambor Kanan, Parit, Bota, 32900, Perak05-3761333YAHospital DalatJalan Oya-Dalat, Dalat, 96300, Sarawak084-863213TIDAKHospital DaroJalan Itol, Daro, 96200, Sarawak084-823620YAHospital Duchess Of KentKM 3.2, Jalan Utara, Sandakan, 90000, Sabah089-248 600YAHospital DungunHospital Dungun, Dungun, 23000, Terengganu09-8483333YAHospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, KluangKM 5, Jln Kota Tinggi, Kluang, 86000, Johor07-7787000YAHospital GerikJalan Intan, Grik, 33000, Perak05-7911333YAHospital Gua MusangBandar Baru, Gua Musang, 18300, Kelantan09-9121133YAHospital Hulu TerengganuBatu 23, Jalan Kuala Berang, Kuala Berang, 21700, Terengganu09-6813333/120YAHospital JasinHospital Utama, Jasin, 77000, Melaka06-5294262YAHospital JelebuTaman Bukit Petaling, Kuala Klawang, 71600, Negeri Sembilan06-6136355YAHospital JeliBandar Jeli, Jeli, 17600, Kelantan09-9440092YAHospital JempolHospital Jempol, Bandar Seri Jempol, 72120, Negeri Sembilan06-4592000YAHospital JengkaBandar Jengka, Maran, 26400, Pahang09-4662333YAHospital JerantutTaman Jaya, Jerantut, 27000, Pahang09-2663333YAHospital JitraJalan Changlun, Jitra, 06000, Kedah04-9174333YAHospital KajangJalan Semenyih, Kajang, 43000, Selangor03-89133333YAHospital KamparJalan Hospital, Kampar, 31500, Perak05-4653333TIDAKHospital KanowitJalan Kanowit/ Durin, Kanowit, 96700, Sarawak084-752333YAHospital KapitJalan Memora, Kapit, 96800, Sarawak084-796333YAHospital KemamanJalan Da’ Omar, Cukai, Kemaman, 24000, Terengganu09-8513333YAHospital KeningauPeti Surat 11, Keningau, 89007, Sabah087-313000YAHospital Kepala BatasJalan Bertam, Kepala Batas, 13200, Pulau Pinang04-5793333YAHospital KinabatanganW.D.T 200, Kinabatangan, 90020, Sabah089-561858YAHospital Kota BeludPeti Surat 159, Kota Belud, 89158, Sabah088-976333YAHospital Kota MaruduPeti Surat 255, Kota Marudu, 89108, Sabah088-661984YAHospital Kota TinggiJalan Tun Habah, Kota Tinggi, 81900, Johor07-8831131/32YAHospital Kuala KangsarJalan Sultan Idris Shah 1, Kuala Kangsar, 33000, Perak05-7763333YAHospital Kuala KraiJalan Kota Bharu, Kuala Krai, 18000, Kelantan09-9611300YAHospital Kuala Kubu BharuJalan Hospital, Kuala Kubu Bharu, 44000, Selangor03-60641333YAHospital Kuala Lipis09-3123333YAHospital Kuala LumpurJalan Pahang, Kuala Lumpur, 50586, Kuala Lumpur03-26155555YAHospital Kuala NerangKuala Nerang, Kuala Nerang, 06300, Kedah04-7867333YAHospital Kuala PenyuW.D.T. 35, Kuala Penyu, 89740, Sabah087-853100YAHospital KudatPeti Surat 22, Kudat, 89057, Sabah088-613333YAHospital KulimJalan Mahang, Kulim, 09000, Kedah04-4272733YAHospital KunakW.D.T. 150, Kunak, 91209, Sabah089-894100YAHospital LabuanPeti Surat 81006 Labuan, Labuan, 87020, Labuan087-596888TIDAKHospital Lahad DatuPeti Surat 60065, Lahad Datu, 91110, Sabah089-895111YAHospital LangkawiBukit Tekuh, Jalan Padang Maksirat, Langkawi, 07000, Kedah04-9665333YAHospital LawasJalan Hospital, Lawas, 98850, Sarawak085-283781YAHospital LimbangJalan Pandaruan, Limbang, 98700, Sarawak085-211200YAHospital LunduJalan Sekambal, Lundu, 94500, Sarawak082-735311YAHospital MachangJalan Pasir Puteh, Machang, 18500, Kelantan09-9741300/301YAHospital MarudiJalan Pungor, Marudi, 98050, Sarawak085-755511YAHospital MelakaJalan Mufti Haji Khalil, Melaka, 75400, Melaka06-2892344YAHospital MersingJalan Ismail, Mersing, 86800, Johor07-7993333YAHospital Mesra Bukit PadangPeti Surat 11342, Kota Kinabalu, 88815, Sabah088-240984TIDAKHospital MiriJalan Cahaya, Miri, 98000, Sarawak085-420033YAHospital Muadzam ShahMuadzam Shah, Rompin, 26700, Pahang09-4523333YAHospital MukahJalan Haji Mohamed Pauzi, Mukah, 96400, Sarawak084-871333YAHospital Orang AsliKM 24, Jalan Pahang Lama, Gombak, 53100, SelangorYAHospital Pakar Sultanah FatimahJalan Salleh, Muar, 84000, Johor06-9521901YAHospital PaparPeti Surat No. 6, Papar, 89607, Sabah088-913333YAHospital Parit BuntarJalan Sempadan, Parit Buntar, 34200, Perak05-7163333YAHospital Pasir MasJalan Meranti, Pasir Mas, 17000, Kelantan09-7932300YAHospital PekanJalan Batu Balik, Kampung Mengkasar, Pekan, 26600, Pahang09-4223333YAHospital Permai Johor BahruJalan Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru, 81200, Johor07-2311000TIDAKHospital PitasPeti Surat 88, Pitas, 89100, Sabah088-676100YAHospital PontianJalan Alsagoff, Pontian, 82000, Johor07-6873333YAHospital Port DicksonKM 11, Jalan Pantai, Port Dickson, 71050, Negeri Sembilan06-6487333YAHospital Pulau PinangJalan Residensi, Pulau Pinang, 10990, Pulau Pinang04-2225333YAHospital PutrajayaPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 7, Putrajaya, 62250, Putrajaya03-83124200YAHospital Queen ElizabethKarung Berkunci N0.2029, Kota Kinabalu, 88586, Sabah088-517555YAHospital Queen Elizabeth IILorong Bersatu, Jalan Damai Luyang, Kota Kinabalu, 88300, Sabah088-245249YAHospital Raja Perempuan Zainab IIJalan Hospital, Kota Bharu, 15000, Kelantan09-7452000YAHospital Raja Permaisuri BainunJalan Hospital, Ipoh, 30400, Perak05-2533333YAHospital Rajah Charles Brooke MemorialBt 13, Jalan Puncak Borneo, Kota Padawan, Kuching, 93250, Sarawak082-611123TIDAKHospital RanauPeti Surat 65, Ranau, 89300, Sabah088-875266YAHospital RaubJalan Tengku Abd Samad, Raub, 27600, Pahang09-3553333YAHospital Rehabilitasi CherasJalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala Lumpur03-91453400TIDAKHospital RompinJalan Kg Kolam Kuala Rompin, Rompin, 26800, Pahang09-4141305YAHospital SaratokKM 1, Jalan Saratok, Saratok, 95400, Sarawak083-436311YAHospital SarikeiJalan Rentap, Sarikei, 96100, Sarawak084-653333YAHospital Seberang JayaJln Tun Hussein Onn, Perai, 13700, Pulau Pinang04-3827333YAHospital SegamatKM 6 Jalan Genuang, Segamat, 85000, Johor07-9433333YAHospital SelamaJalan Taiping, Selama, 34100, Perak05-8394233YAHospital SelayangLebuhraya Selayang-Kepong, Batu Caves, 68100, Selangor03-61203233YAHospital SempornaPeti Surat 80, Semporna, 91307, Sabah089-781522YAHospital SentosaBatu 7, Jalan Penenrisen, Kuching, 93250, Sarawak082-612321TIDAKHospital Sultan Idris Shah Serdang Hospital SerdangJalan Puchong, Kajang, 43000, Selangor03-89475555YAHospital Seri ManjungSeri Manjung, Seri Manjung, 32040, Perak05-6881333YAHospital SerianBandar Serian, Serian, 94700, Sarawak082-874311YAHospital SetiuBandar Permaisuri, Setiu, 22100, Terengganu09-6090333YAHospital Shah AlamPersiaran Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam, 40000, Selangor03-55263000YAHospital SibuBatu 5 ½, Jalan Ulu Oya, Sibu, 96000, Sarawak084-343333YAHospital SikPekan Sik, Sik, 08220, Kedah04-4695333YAHospital SimunjanJalan Gunung Ngeli, Simunjan, 94800, Sarawak082-803984YAHospital SipitangPeti Surat 250, Sipitang, 89857, Sabah087-822296YAHospital Slim River05-4508000YAHospital Sri AmanJalan Hospital, Sri Aman, 95007, Sarawak083-322151YAHospital Sultan Abdul HalimJalan Lencongan Timur Bandar Amanjaya, Sungai Petani, 08000, Kedah04-4457333YAHospital Sultan Hj Ahmad ShahJalan Maran, Temerloh, 28000, Pahang09-2955333YAHospital Sultan IsmailJalan Persiaran Mutiara Emas Utama, Taman Miount Austin, Johor Bahru, 81100, Johor07-3565000YAHospital Sultanah AminahJalan Persiaran Abu Bakar Sultan, Johor Bahru, 80100, Johor07-2231666YAHospital Sultanah BahiyahKM 6, Jln Langgar, Alor Setar, 05460, Kedah04-7406233YAHospital Sultanah Hajjah KalsomTanah Rata, Cameron Highlands, 39000, Pahang05-4913333YAHospital Sultanah Nora IsmailJalan Korma, Batu Pahat, 83000, Johor07-4363000YAHospital Sultanah Nur ZahirahJalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 20400, Terengganu09-6212121YAHospital Sungai BakapSungai Jawi, Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, 14200, Pulau Pinang04-5824333YAHospital Sungai BulohJalan Hospital, Sungai Buluh, 47000, Selangor03-61454333TIDAKHospital Sungai SiputJalan Felda Lasah, Sungai Siput, 31100, Perak05-5983333YAHospital TaipingJalan Taming Sari, Taiping, 34000, Perak05-8204000YAHospital TambunanPeti Surat 10, Tambunan, 89657, Sabah087-774333YAHospital TampinJalan Haji Ahmad Zainuddin, Tampin, 73009, Negeri Sembilan06-4411511YAHospital Tanah Merah09-9545000YAHospital TangkakJalan Hospital, Tangkak, 84900, Johor06-9782792YAHospital Tanjung KarangJalan Besar, Tanjung Karang, 45500, Selangor03-32698333YAHospital TapahJalan Temoh, Tapah, 35000, Perak05-4011333YAHospital TawauPeti Surat 80, Tawau, 91007, Sabah089-773533YAHospital Teluk IntanJalan Changkat Jong, Teluk Intan, 36000, Perak05-6213333YAHospital Temenggong Seri Maharaja Tun IbrahimHospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya, Kulai, 81000, Johor07-6623333YAHospital Tengku Ampuan AfzanJalan Air Putih, Kuantan, 25100, Pahang09-5133333YAHospital Tengku Ampuan JemaahJalan Hospital, Sabak Bernam, 45200, Selangor03-32163333YAHospital Tengku Ampuan RahimahJalan Langat, Klang, 41200, Selangor03- 33723333YAHospital Tengku AnisJalan Pasir Puteh, Pasir Puteh, 16800, Kelantan09-7843333YAHospital TenomPeti surat 97, Tenom, 89907, Sabah087-735577YAHospital Tuanku Ampuan NajihahKM 3, Jalan Melang, Kuala Pilah, 72000, Negeri Sembilan06-4818001YAHospital Tuanku FauziahJalan Kolam, Kangar, 01000, Perlis04-9738000YAHospital Tuanku Ja’afar SerembanJalan Rasah, Seremban, 70300, Negeri Sembilan06-7623333YAHospital TuaranPeti surat 996, Tuaran, 89207, Sabah088-788317YAHospital TumpatJalan Kelaburan, Tumpat, 62000, Kelantan09-7263000YAHospital Umum KuchingJalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching, 93586, Sarawak082-276666YAHospital Wanita dan Kanak-Kanak SabahKarung Berkunci 187, Kota Kinabalu, 88996, Sabah088-522600YAHospital YanBatu 25 , Jalan Yan, Yan, 06900, Kedah04-4655333YAInstitut Kanser NegaraNo 4, Jalan P7, Presint 7 , Putrajaya, 62250, Putrajaya03-88925555YAInstitut Perubatan RespiratoriJalan Pahang, Kuala Lumpur, 53000, Kuala Lumpur03-40232966YAPusat Jantung SarawakJalan Expressway Kota Samarahan, Samarahan, 94300, Sarawak082-668111YAPusat Kawalan Kusta NegaraJalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, Selangor03-61561321TIDAKPusat Perubatan Universiti MalayaLembah Pantai, Kuala Lumpur, 59100, Kuala Lumpur60379494422YAHospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan MalaysiaJalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000, Kuala Lumpur60391455555YAHospital Universiti Sains MalaysiaJalan Raja Perempuan Zainab 2, Kampus Kesihatan, Kota Bharu, 16150, Kelantan6097673000YAHospital Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaJalan Sultan Hj Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200, Pahang95912500YAPusat Pakar Perubatan UiTM PPUiTMJalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, Selangor603 6126 5000TIDAKHospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur3, Jalan 4/27a, Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 53300, Kuala Lumpur03-4145 4200TIDAKHospital Angkatan Tentera, LumutPengkalan TLDM, Lumut, 32200, Perak05-683 7090TIDAKHospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, MelakaKem Terendak, Terendak, 76200, Melaka06-357 3201YAHospital Tentera Darat, GemasGemas, Negeri Sembilan, Gemas, 73400, Negeri SembilanTIDAKHospital Angkatan Tentera Wilayah Kota KinabaluJalan Universiti, Kota Kinabalu, 89200, Sabah011-3603 6612TIDAKHospital RembauKampung Masjid Tanah, Pedas, 71300, Negeri Sembilan06-6860600YAHospital Pengajar Universiti Putra MalaysiaPersiaran Mardi – Upm, Serdang, 43400, Selangor03-97695001YAHospital Tunku AzizahJalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur, 50300, Kuala Lumpur03-26003000YAHospital Al-Sultan Abdullah UiTMBandar Puncak Alam, , Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan, Puncak Alam, 42300, Selangor03-3396 3000TIDAKHospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKMJalan Yaacob Latif, , Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala Lumpur03-9174 8888TIDAKHospital Sultan Ismail PetraKM 6, Jalan Kuala Krai – Gua Musang,, Kuala Krai, 18000, Kelantan09-09611666TIDAKHospital CyberjayaPersiaran Sepang, Cyber 11, Cyberjaya, 63000, Selangor03-83124200TIDAKHospital BeraTaman Kerayong Jaya, Teriang, 28200, Pahang09-2509323TIDAKHospital PendangKampung Manggol Pauh, Pendang, 06700, Kedah04-7251000TIDAK Cara Buat Tuntutan Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:
I. Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
II. Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Tuntutan MySalam COVID-19 Bagi pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19, mySalam memerlukan nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis tersebut.
Manakala pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia, perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dikemukakan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan.
Manfaat penggantian pendapatan akan dibayar bagi kemasukan ke hospital di mana-mana Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, pusat kuarantin yang mempunyai kemudahan hospital, pusat kuarantin yang tidak mempunyai kemudahan hospital, atau kuarantin di rumah (home quarantine).
Tuntutan kepada mySalam perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal mySalam.
Log masuk ke portal mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima/ pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup, dan kata laluan. Sila hubungi hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.
SILA RUJUK TUTORIAL BERGAMBAR DI BAWAH:


Hanya penerima mySalam yang layak dan POSITIF COVID-19 sahaja boleh membuat tuntutan berkaitan COVID-19 di bawah manfaat Hospitalisasi pada tahun 2022.
Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tuntutan adalah seperti berikut:
KategoriDokumen Yang Diperlukan untuk Penghantaran TuntutanPositif menghidap COVID-19 di hospitalNota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis.Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.Positif menghidap COVID 19 dan sedang/telah menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Kuarantin/ kediaman sendiri.Surat Perintah Isolasi dan Surat Pelepasan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang. **Sila dapatkan Surat Perintah Isolasi dan Surat Pelepasan Isolasi yang ditandatangani oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia berserta cop rasmi yang jelas dari CAC/PKD yang berhampiran.
Penerima mySalam masih boleh mengemukakan tuntutan berkaitan diagnosis positif COVID-19 di bawah manfaat Hospitalisasi untuk tahun 2022, sekiranya telah dimasukkan ke hospital panel mySalam atau telah diarahkan menjalani kuarantin (Surat Perintah Isolasi/Kuarantin (Annex 14) dan Pelepasan Kuarantin (Annex 17) yang dikeluarkan oleh Pegawai Pusat Kesihatan Daerah (PKD) adalah diperlukan).
Untuk rujukan, tuntutan berkaitan kuarantin berkaitan kes kontak rapat (di mana diagnosis COVID-19 adalah negatif) hanya diterima bagi tarikh kuarantin hingga 31 Oktober 2021 dan tuntutan perlu dikemukakan selewatnya pada 31 Disember 2021. Sebarang tuntutan berkaitan kuarantin di rumah selepas tarikh 31 Disember 2021, hanya akan diterima bagi diagnosis positif COVID-19. Makluman berkenaan perkara ini juga telah dibuat di laman web mySalam, sejak 12 Oktober 2021.
Bermula April 2022, mySalam akan menerima tuntutan Hospitalisasi dari penerima mySalam yang dikenakan arahan kuarantin berkaitan kes Positif COVID-19 & menerima sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) dari aplikasi MySejahtera. Tuntutan menggunakan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) yang diterima adalah setakat tarikh kuarantin 30 April 2022.
Tangkap layar (screenshot) dari MySejahtera diterima tanpa perlu mendapatkan pengesahan dari pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tarikh akhir untuk menyerahkan tuntutan, bagi tuntutan menggunakan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) adalah 30 Jun 2022. Tuntutan menggunakan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) yang diterima selepas tarikh tersebut TIDAK AKAN diterima.
Berapa Lamakah Tuntutan Diproses? Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.
Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.
Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.
Contoh permohonan yang lulus adalah seperti berikut:
Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda.
Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.
Anda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut:


Pertanyaan & Maklumat Lanjut Untuk sebarang pertanyaan berkenaan MySalam 2024, anda boleh hubungi Pusat Panggilan MySalam yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 888 938 atau boleh juga emailkan ke alamat berikut: [email protected] atau lawat kios MySalam di Hospital Kerajaan terdekat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/mysalam-2024/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mysalam-2024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mpfl 2024 Senarai Pasukan Jadual Perlawanan Keputusan Terkini Julai

Mpfl 2024 Senarai Pasukan Jadual Perlawanan Keputusan Terkini Julai

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 127 hits
MPFL Malaysia Premier Futsal League atau Liga Futsal Premier Malaysia adalah salah satu kejohanan futsal paling dinanti nantikan di Malaysia Sejak diperkenalkan MPFL telah berjaya menarik minat peminat futsal dari seluruh negara sekaligus m...
Ramalan Terkini Untuk Eur Usd Pada 19 Julai 2024

Ramalan Terkini Untuk Eur Usd Pada 19 Julai 2024

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 178 hits
Bank Pusat Eropah dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah Apa yang mengejutkan ialah penilaian pesimis yang sangat ketara terhadap ekonomi zon euro oleh Bank tersebut Ini mencadangkan bukan sahaja pelonggaran dasar monetari yang leb...
Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Cara Semakan Arah Kiblat Malaysia

Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Cara Semakan Arah Kiblat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 325 hits
FENOMENA ISTIWA ADZAM DAN SEMAKAN ARAH KIBLAT DI MALAYSIA Pada 15 Julai 2024 Isnin bersamaan 9 Muharram 1446H 5 27 PM akan berlakunya fenomena Istiwa Adzam Istiwa A dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah Fenomena ini berl...
Semakan Kiblat Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Malaysia

Semakan Kiblat Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 214 hits
ISTIWA ADZAM 2024 DI MALAYSIA AYUH SEMAK ARAH KIBLAT PADA 15 JULAI 2024 INI Istiwa A dzam adalah satu fenomena di mana matahari transit atau berada di atas Kaabah yang berlaku dua kali setahun Keadaan ini membolehkan orang ramai di negara i...
Ibita Permohonan Bantuan Ipt Pulau Pinang 2024

Ibita Permohonan Bantuan Ipt Pulau Pinang 2024

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 216 hits
Perhatian bagi bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA IPTS atau Politeknik di seluruh Malaysia anda boleh memohon bantuan i Bita oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang iBita adalah sebuah sistem atas talian Sistem Bantuan Pendafta...
Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Ipt Johor 2024

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Ipt Johor 2024

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 136 hits
PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT YAYASAN PELAJARAN JOHOR AKAN DIBUKA PADA 3 JULAI 2024 HINGGA 20 OGOS 2024 Permohonan ini dibuka kepada semua yang layak memohon Sila rujuk syarat permohonan dan maklumat lanjut di bawah Apakah Skim Ba...
Skim Jaminan Kredit Perumahan 2024 Syarat Cara Permohonan

Skim Jaminan Kredit Perumahan 2024 Syarat Cara Permohonan

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 268 hits
Tahukah anda seseorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap masih boleh memiliki rumah melalui sebuah insiatif kerajaan yang digelar sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan Pada 24 Februari 2023 melalui pembentangan Belanjawan 2023 Kerajaan ...
5d4n Dalat Ho Chi Minh Mui Ne 2024

5d4n Dalat Ho Chi Minh Mui Ne 2024

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 190 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Hari terakhir dan episod alkisah percutian KK bakal berakhir disini aduh sekejap saja kan rasanya lima hari berlalu rasa macam baru dua hari di Vietnam haha tapi begitulah setiap cerita pasti akan ada p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization