Playing Tourist At Central Market Kuala Lumpur


Playing Tourist at Central Market Kuala Lumpur | Assalamualaikum and hi 💓 😊 
Lama benar rasanya tak ke Central Market @ Pasar Seni. Lama sangat! Dulu masa kerja di Shah Alam, bas no 2 akan berakhir di Bas Stand Klang, KL, iaitu LRT Pasar Seni sekarang. Dari situ kena berjalan hingga ke Pudu Raya sebab bas ke Seremban menunggu di situ (sebelum berpindah beratur tepi jalan di hadapan Pasar Seni, sekarang dah kembali ke Pudu Sentral). Kadang kala sebelum ke Puduraya aku akan singgah di Pasar Seni tengok orang melukis potret. Ralit tengok. Kagum betul dengan bakat para pelukis professional tu berbanding aku yang hanya tahu lukis orang lidi 😁 Beberapa tahun kebelakangan banyak kali juga berada di kawasan sekitar tak tetapi tak masuk ke Central Market.
Pintu masuk utama ke Pasar Seni @ Central Market Kuala Lumpur. Bertentangan dengannya ialah LRT Pasar Seni.
Kiri - Pejabat pos Besar Kuala Lumpur. Kanan - bangunan Dayabumi. Selepas kenduri di rumah abang ipar aku hari tu aku decided untuk tidur di KL je untuk jimat masa. Kalau patah balik Seremban kami kena golek tayar 41km esoknya golek lagi 72 km ke KL. Lebih baik tidur KL walaupun kosnya lebih tinggi. Hauk betul hotel yang aku pilih tu hahhhahah.... anak aku si Bangteh yang asalnya tak nak ikut kemana-mana sebab tak berapa sihat sudahnya ikut kakaknya berjalan hehee.. Tilam, air-cond ok tapi tv tak boleh on, pintu tak boleh kunci dari dalam hmm...aku masuk pun dah tengah malam time orang sapu sampah di Petaling Street jadi diam diam je lah. Aku cangkuk pintu dengan hanger. Cuma rasa selamat sebab nak masuk ke area bilik kena guna access card.

Sesiapa yang nak berjalan-jalan di Pasar Seni/Petaling Street atau melawat Kwai Chai Hong  atau cafe hopping di China town boleh parkir kenderaan anda di kawasan parkir berhampiran Balai Polis Trafik Jalan Bandar. Lagi senang nampak dari jauh Hotel Four Seasons by Sheraton, haa sebelah je. RM11 sekali masuk tapi untuk ke Pasar Seni kena berjalan 400 meter. Ok je parkir situ boleh singgah kedai coklat Beryls, boleh ambil gambar kat kedai-kedai lama, boleh singgah beli bunga segar, boleh ke Merdeka 118... Jika nakkan ketenangan fikiran bolehlah parkir sini. Di Pasar Seni ada parkir berbayar ikut jam



Pasar Seni - Pusat Menghimpun Khazanah Seni MalaysiaBangunan yang asalnya pasar basah awam ini mula dibina pada 1888 iaitu 136 tahun lalu. Asalnya tempat berjual-beli bagi penduduk dan pelombong sebelum bertukar menjadi tempat menghimpun barangan seni dan kraf. Jangan tak tahu, di sekitar Masjid Jamek tu dahulunya perkampungan Melayu sebelum beransur-ansur hilang. Kali terakhir Pasar Seni diubahsuai adalah pada tahun 2020 menjadikan keadaannya seperti sekarang

Pasar Seni Kuala Lumpur ialah tempat yang mesti dilawati oleh pelancong. Banyak hasil kraf dikumpulkan di sini termasuk alat mainan yang dimainkan sewaktu aku kecil dulu. Tetiba rasa rindu. Kedai "Arch" antara yang lama bertahan. Aku dari dulu lagi berkenan dengan barangannya sebab unik dan halus buatannya. Pernah dulu beli beberapa kad yang depannya gambar perempuan berkebaya nyonya. Cadangnya nak bagi kawan masa birthday/anniversary sudahnya terperuk dalam laci sampai kuning bertompok. Sayang nak bagi orang 😊
Di dalam Pasar Seni ada pasaraya Pasar Besar. Apa yang menarik di sini, aku agak, semua barangan buatan Malaysia termasuk produk IKS. Kebanyakannya dibungkus menarik tapi ada je yang dalam plastik lutsinar. Mungkin untuk menghadirkan aura pasar basah tu. Paling aku suka seksyen kopi dan daging salai, banyak pilihan beb. Aku beli Zus latte bancuh sendiri hehehe...tak pernah lagi beli kopi Zus kat kedai

Di tingkat atas bahagian tekstil dan cenderahati juga. Banyak batik lukis dari Terengganu, kaftan, kemeja dan lain-lain. Ada satu kedai perfume juga, wangi je... tak pasti inspirasi dari yang asli atau imitasi. Aku cari Dune dari Christian Dior tapi takde. Minyak wangi lama agak susah nak dapat

Penekanan kepada seni dijelaskan dengan transformasi bahagian Annexe yang menempatkan galeri seni elektik termasuk Illusion 3D Art Museum dan Art House Gallery. Lorong Seni pula pula ialah sudut seni yang menempatkan 10 studio yang memaparkan hasil kerja menarik dari penggiat seni tempatan.
Susunatur dalam bangunan dibuat berkonsepkan gerai sepertimana pasar tradisi Kuala Lumpur sejak 1800. Ada Lorong Melayu, Cina Selat dan Lorong India di sayap barat. Medan selera di tingkat dua.


Kopi pelbagai jenis kalau tak silap ada empat rak.
Rempah-ratus. Sebahagiannya diimport sebb kita tak tanam.
Suka sangat gamabr-gambar di tin rasa nak buat koleksi.

Bola takraw dan papan congkak. Masa pergi Myanmar dulu aku belikan bola takraw untuk anak main di sekolah. Masa tu tengah musim dia. Ini semua dalam pasaraya Pasar Basah.
Hasilan Sarawak.
Annexe - belakang. Di kiri kanan ada gerai jualan juga.
Berseni betul tangan beliau.
Masa aku beli fridge magnet, penjual tu tanya "akak dari mana?"
"Seremban"
KAHKAHKAH.... berdekah kami bertiga 😁😁😁  Macam orang jauh sangat.
Fridge magnet yang menarik hati

Di bahagian Annexxe ini ada painting workshop oleh Ainna Artwork. Penuh meja petang Ahad tu. Exha Hub (tingkat satu) pula buat upcycle workshop. Mereka guna plastik terpakai buat beg dan aksesori wanita.
*****
Masa di sana ada seorang front liner sedang bercakap dengan kawan dia sambil memaki-maki seseorang dengan bahasa kesat dan lucah. Astaghfirullah.... aku ni pelawat dan pelanggan, juga pernah bertugas sebagai front liner. Malu aku dengar perkataan-perkataan yang keluar dari mulut orang sekarang. Nampak tak, secara tak sengaja pelanggan terdengar dan ia sangat tidak bagus untuk syarikat. Ingatlah, bila kita bekerja kita membawa imej syarikat sekali. Central Market tu tempat tumpuan pelancong. Jadi front liner kena banyak sabar. Kalau tak tahan nak marah, kau masuk masuk office pi membebel kat sana.












© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2024/11/playing-tourist-at-central-market-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 281 hits
Indonesian Architects Week Kuala Lumpur 2024 Equatorial SynaesthesiaIndonesian Architects Week in Kuala Lumpur 2024 curated by Rizki Supratman and Trianzani Sulshi brings together the horizons of 70 architects architectural firms from 11 pr...
Revolutionizing Pool Experiences Smartpools Introduces Asia S First Natural Mineral Water Swimming Pool In Kuala Lumpur

Revolutionizing Pool Experiences Smartpools Introduces Asia S First Natural Mineral Water Swimming Pool In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 158 hits
Live the Water LifeIn an exclusive event at Route 77 Harley Davidson on Jalan Ampang SmartPools showcased a transformative swimming pool technology that redefines health wellness and environmental safety in aquatic recreation The event titl...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 1195 hits
SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPURCHRISTMAS DINNERExperience a Unique Peranakan Christmas Buffet at Santa Grand Signature Kuala LumpurThis holiday season Santa Grand Signature Kuala Lumpur invites you to immerse yourself in an unforgettable...
Konsert For Revenge Perayaan Patah Hati Kuala Lumpur

Konsert For Revenge Perayaan Patah Hati Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 225 hits
Friday 6th December 2024Konsert for Revenge Perayaan Patah Hati Babak 1 Kuala Lumpur Miebird Projects bakal mempersembahkan konsert Perayaan Patah Hati Babak 1 Kuala Lumpur yang akan menampilkan band emo terkenal masa kini asal Bandung Indo...
Dikejar Polis Dari Muar Sampai Ke Kuala Lumpur

Dikejar Polis Dari Muar Sampai Ke Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 198 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myMuar Polis memburu pemandu sebuah sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux berwarna hitam yang menghilangkan diri selepas dikejar polis sejauh 180 kilometer pagi tadi Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Rai...
Central Selangor Umno Negotiating Settlement Over Src S Rm19 5m Suit

Central Selangor Umno Negotiating Settlement Over Src S Rm19 5m Suit

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 243 hits
The High Court in Kuala Lumpur today was told that Umno and Selangor Umno are in the midst of negotiating a settlement with SRC International Sdn Bhd and two of its subsidiaries over the allegation of receiving RM19 5 million from the compa...
800 Motorists On Penang S Second Bridge Get Vouchers To Visit Tourist Spots

800 Motorists On Penang S Second Bridge Get Vouchers To Visit Tourist Spots

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 165 hits
Motorists using the Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah Bridge to enter Penang were given vouchers to selected tourist destinations in Penang today BATU KAWAN Jambatan Kedua Sdn Bhd today distributed 800 vouchers to four selected tourist desti...
Polis Berkas Empat Lelaki Dipercayai Terlibat Aktiviti Jual Air Ketum Dalam Serbuan Di Tanjung Lumpur

Polis Berkas Empat Lelaki Dipercayai Terlibat Aktiviti Jual Air Ketum Dalam Serbuan Di Tanjung Lumpur

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 90 hits
KUANTAN Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran air ketum ditahan dalam satu serbuan di Tanjung Lumpur di sini pada Sabtu Ketua Polis Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kesemua yang ditahan b...
Waffle Hongkong Ice Cream Sedap Di Ao Nang Landmark Night Market

Waffle Hongkong Ice Cream Sedap Di Ao Nang Landmark Night Market

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 186 hits
26 9 2024 29 9 2024 Khamis Ahad 27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di Malamnya kami pergi Ao Nang Landmark Night Market Kami pergi berasingan Daus membonceng makcik naik motor Besan dengan topa naik tuktuk Menantu membonceng cik yuyi denga...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini