Pkr Sarawak Akan Lancar Tawaran 6 Teras Strategi



KEADILAN Sarawak akan melancarkan manifesto ‘Makmur Bersama KEADILAN’ dalam masa terdekat.
Menurut Pemangku Pengerusi Parti KEADILAN Rakyat Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, manifesto tersebut akan dilancarkan pada tarikh lawatan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri itu pada 2 Disember ini.
Kata, Abang Zulkifli, manifesto akan dirangka dengan 6 Teras Perubahan, 17 Strategi Pelaksanaan dan 46 Inisiatif Kemakmuran untuk dihadam oleh rakyat Sarawak yang ketinggalan dalam pembangunan berbanding Semenanjung.
“Sarawak negeri yang cukup kaya dengan sejarah kepelbagaian kaum, budaya, agama dan sumber alam yang luar biasa.
“Walau bagaimanapun selama lebih daripada 5 dekad, kekayaan dan kemakmuran negeri Sarawak telah dibolot atau dirampas oleh segelintir golongan pemimpin elit dan kroni. Ramai pemimpin yang mempunyai kekayaan terlalu besar dan hidup sangat mewah, sementara ramai rakyat Sarawak hidup di bawah garis kemiskinan dan menderita,” kata Abang Zulkifli dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, kekayaan negeri selama ini tidak digunakan dengan cekap, telus, adil dan amanah untuk membangunkan negeri dengan sama rata dan memastikan kemajuan serta kemakmuran dikongsi bersama.
Tambahnya, Sarawak antara negeri yang mempunyai daerah termiskin di Malaysia dan masih terlalu ramai rakyat Sarawak yang tiada bekalan elektrik, air bersih, kemudahan kesihatan sempurna malah peluang pekerjaan yang mantap untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
“Selama 58 tahun, kerajaan Barisan Nasional dan kini Gabungan Parti Sarawak telah gagal menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas untuk rakyat.
“Ternyata sepanjang tempoh itu juga kebanyakan ‘Key Performance Indicator’ (KPI) kerajaan Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak telah gagal ditepati,” katanya lagi.
Antara hal yang dijanjikan dalam manifesto adalah:
Teras 1: Sarawak Sihat Sejahtera, menumpukan kepada peningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan Rakyat Sarawak khasnya golongan miskin.
Teras 2: Sarawak Makmur fokus kepada penjanaan sektor ekonomi dengan pewujudan peluang pekerjaan baru untuk Rakyat Sarawak, dana khas pemulihan sektor pelancongan dan sokongan untuk peniaga kecil dan sederhana (SME) melalui skim Sarawak Berniaga, Sarawak Digital dan Mikrokredit. Fokus utama juga akan diberikan kepada kemajuan sektor pertanian, penternakan dan perikanan. Selain daripada itu, Rancangan Pembangunan Pertanian Moden Luar Bandar (SELDA) yang berpaksikan kepentingan rakyat luar bandar akan menyediakan tanah untuk rakyat yang tiada tanah dan memberikan peluang perkerjaan yang baik melalui usaha pertanian lestari.
Teras 3: Reformasi Infrastruktur Asas melibatkan pembekalan air, elektrik dan internet ke seluruh Sarawak.
Teras 4: Reformasi Pendidikan akan fokus kepada semua sekolah rendah dan menengah daif di Sarawak agar dibaik pulih dengan segera.
Teras 5: Reformasi Hijau dan Alam Sekitar meliputi Polisi Perhutanan Lestari dan penghentian pembinaan Empangan Raksasa Hidro.
Teras 6: Transformasi Perkhidmatan Awam fokus kepada Khidmat Awam Bergerak di luar bandar bagi memudahkan rakyat luar bandar mendapat kemudahan kesihatan, kebajikan, pendaftaran dan pembankan. Reformasi Pentadbiran Anti-Rasuah juga
ditekankan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33570

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sarawak Sarawak Pkr Accuses State Dap Colleagues Of Refusing To Negotiate

Prn Sarawak Sarawak Pkr Accuses State Dap Colleagues Of Refusing To Negotiate

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 259 hits
PRN Sarawak Sarawak PKR accuses state DAP colleagues of refusing to negotiate A statement issued by the Council accused Sarawak DAP of refusing to negotiate in an open and transparent manner over certain seats and for not responding to requ...
Prn Sarawak Pkr Dakwa Dap Tidak Telus Bincang Agihan Kerusi

Prn Sarawak Pkr Dakwa Dap Tidak Telus Bincang Agihan Kerusi

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 221 hits
PRN Sarawak PKR dakwa DAP tidak telus bincang agihan kerusi PKR Sarawak mendakwa rakan sekutunya DAP Sarawak enggan berunding secara terbuka dan telus sekurang kurangnya membabitkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri menjelang pilihan raya n...
Pkr Tiada Peluang Di Sarawak Kata Pemimpin Pbb

Pkr Tiada Peluang Di Sarawak Kata Pemimpin Pbb

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 198 hits
Abdul Karim Rahman Hamzah berkata PKR berada di kedudukan paling lemah di bawah kepimpinan yang ada ketika ini Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media di Kuching hari ini Naib Presi...
Prn Sarawak Dap Minta Pkr Usah Bazir Masa Tenaga Lagi

Prn Sarawak Dap Minta Pkr Usah Bazir Masa Tenaga Lagi

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 249 hits
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien meminta PKR negeri itu tidak membazir masa dan tenaga membicarakan isu agihan kerusi Pakatan Harapan yang didakwa mereka sebagai tidak sah Sebaliknya Chong berkata lebih baik untuk PKR memberi fokus p...
Pkr Lenyap Lepas Prn Sarawak Pbb Jangan Celupar

Pkr Lenyap Lepas Prn Sarawak Pbb Jangan Celupar

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 231 hits
Kenyataan pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Seri Abdul Karim Hamzah kononnya KEADILAN akan lenyap selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak hujung tahun ini dilihat angkuh dan tidak berpijak di bumi nyata Menurut Ketua Penerangan KEA...
Bakul Makanan Tunai Kepada B40 Antara Manifesto Pkr Sarawak

Bakul Makanan Tunai Kepada B40 Antara Manifesto Pkr Sarawak

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 238 hits
Kemudahan kesihatan di seluruh Sarawak yang tergadai dijadikan salah satu teras dalam manifesto KEADILAN untuk Pilihan Raya Negeri ke 12 Naib Presiden KEADILAN Sarawak Dr Michael Teo Yu Keng berkata sebagai seorang doktor beliau percaya Sar...
Dap To Blame For Clashes Over Seats Says Sarawak Pkr

Dap To Blame For Clashes Over Seats Says Sarawak Pkr

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 364 hits
PH chairman Anwar Ibrahim has said that he was not worried over the issue of contests between PKR and DAP in certain seats ahead of the Sarawak elections PETALING JAYA The Sarawak PKR leadership council has accused Sarawak DAP of refusing t...
Pkr Wants Sarawak Election Deferred Because Covid

Pkr Wants Sarawak Election Deferred Because Covid

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 403 hits
PKR president Anwar Ibrahim wants the 12th Sarawak state election postponed if data shows the public s health and safety will be at risk due to Covid 19 To postpone the election there have to be discussions related to safety and health If h...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara