
Cuma, melalui khabar kawan-kawan, dikatakan kemeriahan seperti dulu itu sudah tiada lagi ketika ini.Di MITC ini, setiap penjuru penuh dengan para penyokong parti dan orangramai yang datang dari seluruh negara.
Untuk bergerak ke sana sini pun terpaksa berasak-asak dan mengambil sedikit masa.Para peniaga yang menjual pelbagai cenderamata, buku, makanan, baju dan sebagainya tidak ketinggalan memeriahkan lagi suasana.
Dengan jumlah perwakilan seramai 2,600, pemerhati 1,500 dan ditambah lagi pas di saat-saat akhir sebanyak 3,000, tetamu jemputan serta media daripada seluruh dunia, dewan MITC terasa kecil jadinya.Yang lebih mengujakan, setiap kali diteriakkan perkataan “Reformasi” atau “Lawan Tetap Lawan” di dalam dewan, mereka yang di luar dewan juga turut sama melaungkannya dengan penuh semangat.Tidak dinafikan, kemeriahan kongres ini bukan saja kerana PKR kini sudah menjadi kerajaan dengan penampilan sebagai parti terbesar dan paling dominan dalam PH, tetapi juga disebabkan ramai yang ghairah dan bersemangat untuk memberi sokongan kepada Presiden parti itu, Anwar yang bakal mengambil alih teraju pentadbiran negara daripada Tun Mahathir pada tahun depan.
Dengan itu, cuba bayangkan bagaimana tambah meriahnya lagi Kongres Nasional PKR tahun depan setelah Anwar disahkan menjadi Perdana Menteri?Untuk itu, demi keselesaan dan sebagai lambang kedudukan PKR sebagai parti dominan dalam PH yang menguasai kerajaan, rasanya sudah sampai masa untuk parti itu berfikir ke arah memiliki bangunan dan dewan sendiri seperti PWTC.
Lagi pun dengan usia sudah 20 penubuhannya dan sokongan pelbagai kaum juga makin mengukuh, PKR tidak harus menoleh ke belakang lagi dalam perjuangannya.Dengan memiliki bangunan serta dewan sendiri segagah PWTC, PKR pasti lebih mampu ke depan meneruskan perjuangan, selain dapat memberi keselesaan dan kebanggaan kepada ahli dan penyokong itu daripada seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Lagi pula, berbanding parti-parti lain, hanya PKR yang ada cawangan dan cabang di semua 222 kawasan Parlimen dalam negara. (ShahbudinHusin 07/12/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |