Pkr Di Mana Dalam Landskap Politik Tanah Air



PKR harus gusar apabila kalah kesemua kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri
Melaka dan Sarawak di penghujung tahun 2021. Senario ini mencungkil persoalan selanjutnya, di manakah kedudukan PKR dalam landskap politik tanahair pada masa akan datang?
Bukan untuk nostalgia, tetapi imbasan sejarah berikut menjelaskan sedikit sebanyak kebuntuan PKR sekarang, juga ketidakpuasan rakyat terhadapnya.
Kegemilangan era Pakatan Rakyat
PKR ditubuhkan pada 4 April 1999, dilambung gelombang Reformasi lantaran pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Mata lebam Anwar dijadikan ikon untuk menggembleng kuasa rakyat.
Meminjam singkatan KKN daripada Indonesia ketika itu, pembangkang menggegarkan Barisan Nasional dengan isu korupsi, kronisme dan nepotisme dalam PRU10 pada tahun 1999.
Anwar kembali untuk menyusun semula blok pembangkang sebelum PRU12 pada 8 Mac 2008. Atas robohan Barisan Alternatif, Anwar dirikan Pakatan Rakyat. Tahap seni Anwar untuk memungkinkan kemustahilan berada pada kemuncak apabila berjaya menggandingkan dua parti yang bertentangan ideologinya, iaitu PAS dengan DAP.
Ramai yang percaya bahawa seandainya kedua-dua parti pembangkang ini mengambil jalur politik yang lebih sederhana, gandingan ini mampu menjadi alternatif untuk menggantikan BN satu hari nanti.
Bukan itu sahaja, Anwar menyusun strategi untuk membina momentum menjelang pilihan raya umum. Lingam Tape (atau lebih diingati dengan correct, correct, correct…), skandal PKFZ (Port Klang Free Zone) didedahkan sebelum PRU12, dan skandal NFC (National Feedlot Corporation, atau lebih dikenali dengan Lembu Kondo) dan sebagainya, sebelum PRU13 pada 5 Mei 2013.
Gerakan massa dikerah, misalnya himpunan Bersih, anti-Lynas, Himpunan Kebangkitan Rakyat dan sebagainya. Anwar ketika itu ditampilkan sebagai harapan untuk membebaskan Malaysia daripada pemerintahan UMNO-BN.
STRUKTUR PIMPINAN YANG TEMPANG
Apa yang terpampang di depan mata, langkah PRU15 semakin dekat, sama ada dalam tempoh 6 bulan, atau paling lewat, setahun lebih dari sekarang.
Apakah skandal penyelewengan atau salahguna kuasa kerajaan yang didedahkan, satu demi satu, untuk membina momentum masyarakat ke arah menuntut perubahan? Apakah kita merasai kehangatan suasana politik, dan tergerak hati untuk memangkah kertas undi, meskipun berdepan dengan risiko dijangkiti Covid-19, selain membayar harga tambang pengangkutan yang melambung?
Hampir tiada. Malah ramai tertanya-tanya, benarkah PKR-Pakatan Harapan mahu menghadapi PRU15 dengan apa yang seadanya sekarang?
Cuba kita meneliti struktur pimpinan PKR sedia ada. Jawatan timbalan presiden dikosongkan, sementara beberapa orang naib presiden pula tidak pasti status keaktifan mereka. Nurul Izzah pernah meletakkan jawatan selaku naib presiden, dan Rafizi Ramli pula pernah mengumumkan keputusan meninggalkan dunia politik, tetapi nama kedua-duanya kekal terpahat di laman rasmi PKR sebagai naib presiden.
Apa yang pasti, mereka tidak lagi berada di barisan paling depan, atau terserlah seperti dahulu.
KETEMPANGAN STRUKTUR PIMPINAN
PKR telah berlanjutan sejak “Langkah Sheraton”, yang berlaku hampir genap dua tahun.
Rakyat gagal membayangkan, andainya PKR menjadi kerajaan persekutuan, siapakah calon menterinya?
Lebih-lebih lagi, PKR kelihatan masih belum menyelesaikan isu retakan dalam parti secara tuntas. Sebagaimana yang sedia maklum, sekumpulan pemimpin yang dilihat dekat dengan bekas timbalan presiden, memilih untuk kekal bersama PKR sungguhpun Azmin Ali dipecat.
Apakah mereka diterima? Adakah perdamaian telah dicapai? Adakah mereka akan dinamakan sebagai calon dalam PRU15, seandainya memenuhi kelayakan?
Kesemuanya kekal kabur, sedangkan PKR hanya perlu membuat satu keputusan – sama ada mereka dianggap sisa pengkhianat yang harus disingkirkan dari PKR, ataupun kisah silam dipadamkan dan mereka diberi tempat dalam parti untuk meneruskan perjuangan politik mereka.
Dari perspektif sebagai pengamat, semakin awal kata putus dicapai, semakin adil untuk kedua-dua pihak – sama ada melanjutkan perjuangan bersama, atau memulakan perjuangan baru masing-masing.
Bayangkan, jikalau keputusan ini diheret sehingga ambang hari penamaan calon, dan dipancung nama penyandang dari senarai calon pada saat-saat akhir, bukankah ia bakal menimbulkan ketidakpuasan penyokong akar umbinya, yang boleh jadi mensabotaj kempen parti?
Pada masa yang sama, kedengaran juga cadangan “khemah besar” dari masa ke masa. Ia mencungkil keraguan orang ramai, apakah “khemah besar” yang dimaksudkan? Jikalau rakan seperjuangan berdekad-berdekad dalam parti pun gagal dirangkumi, hanya kerana pernah sewaktu dengan Azmin, parti mana pula yang mahu dirangkumkan ke dalam khemah besar?
Bersatu yang sememangnya mengkhianati PH? Atau Pejuang pimpinan Mahathir, yang boleh tahan tebal nasionalisme Melayunya? Tidakkah ironi bunyinya?
Hakikatnya, “perdamaian dalam parti” terlalu enteng untuk Anwar yang pernah menggandingkan DAP dan PAS, misi yang hampir mustahil. Ia menjelaskan mengapa semakin ramai penyokongnya berasa kecewa, seolah-olah Anwar bukan lagi Anwar yang dikenali pada tahun 2008 – Anwar yang digeruni kerana dilihat sebagai ancaman terbesar kepada penguasa; Anwar yang digalaskan dengan harapan, bukannya sasaran untuk dipersendakan dengan sindiran.
Malah, ada yang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang sedang dilakukan Anwar sekarang?
KEDUDUKAN PKR
Suka atau tidak, Anwar dan PKR berpisah tiada. Sedekad dahulu, pernah saya secara berseloroh menyindir, “Ramai calon PKR yang menang hanya bergantung kepada gelombang tsunami. Undi Cina disumbangkan oleh DAP, sementara undi Melayu disumbangkan oleh PAS. Calon PKR sekadar bergaya dalam poster yang berlatarbelakangkan sosok Anwar.
Mereka mengharapkan Anwar turun untuk berceramah di konsituensi mereka ketika tempoh kempen, kemudian mereka menumbuk udara bersama Anwar, sambil berteriak Re-for-ma- si!”
Apa yang pasti, formula ini gagal memenangkan mereka kali ini. Malah mereka perlu bersedia untuk “PRU15 tanpa kempen fizikal”. Maknanya, mereka perlu berusaha sendiri untuk menawarkan perkhidmatan, membina kredibiliti, meraih sokongan dan undi daripada konsituensi yang ditandingi. Faktor ini mungkin antara kunci utama kemenangan calon dalam PRU15.
Apapun, ketepikan seketika faktor ini, kerana saya ingin melanjutkan perbincangan tentang kedudukan PKR dalam landskap politik tanahair. PKR benar-benar diuji sejauh mana sokongan Melayu yang diraihnya dalam PRN Melaka, tanpa kehadiran PAS dan Bersatu dalam pakatannya kali ini. Kesudahannya pahit untuk ditelan, namun inilah realitinya.
Untuk saya, gerakan Reformasi yang dicetuskan 23 tahun dahulu tetap menuaikan hasil cuma kita berdepan dengan senario politik baru. Jikalau ditelaah keputusan PRN Melaka, barangkali kita boleh mentafsirkan sebegini: Pengundi Melayu yang tetap menolak kleptokrat, kini mempunyai Bersatu sebagai alternatif; pengundi Muslim yang lebih cenderung kepada nilai agama, akan memilih PAS; dan pengundi yang selesa dengan gaya hidup yang lebih sekular, bakal mengekalkan Umno. Malangnya, PKR bukan pilihan utama Melayu, sama ada pengundi Melayu jemu dengan politicking dalam PKR, ataupun tidak selesa dengan keberadaan DAP dalam gandingan Pakatan Harapan.
Apapun, tiba masa PKR melakukan “soul-searching”-nya, untuk mengenalpasti kedudukannya dalam landskap politik tanah air. Apa yang membezakan antara PKR dengan Umno, PAS, Bersatu, Amanah dan DAP? Misalnya, apa bezanya agenda anti-rasuah antara PKR dengan Bersatu? Apa bezanya jalur dan fahaman agama antara PKR dengan PAS dan Amanah? Apa bezanya pemimpin Cina dalam PKR dengan DAP?
PKR perlu bersedia untuk masa depan, andainya sistem pilihan raya Malaysia dirombak, diperkenalkan sistem perwakilan nisbah, misalnya. Dalam sistem perwakilan nisbah, jikalau parti A meraih 30 peratus undi popular, maka 30 peratus kerusi akan diagihkan kepadanya. Sekali imbas, parti politik tradisi yang memiliki ideologi atau imej yang jelas seperti PAS dan DAP, tidak bimbang dengan kedudukan mereka. Malah, parti kecil seperti PSM dan MUDA, bakal menempah kerusi di dewan perundangan, kerana sokongan pengundinya boleh dikumpulkan dari setiap pelosok negara.
Persoalannya, apakah PKR memiliki ideologi dan imej yang jelas? Adakah PKR memiliki asas sokongan yang solid dan stabil, untuk melayakkan pemimpin mereka ke dewan perundangan? Hakikatnya, bukan sahaja sukar untuk membuktikan kecekapan dirinya sebagai parti pemerintah, malah untuk menjadi pembangkang, saingannya pun semakin sengit.
Satu ketika dahulu Muda, Pejuang, Parti Kuasa Rakyat dan sebagainya mungkin boleh diperlekehkan, tetapi ingat, pada zaman yang tidak menentu ini, PH menduduki tangga ketiga dari segi jumlah undi popularnya di beberapa kawasan dalam PRN Melaka dan Sarawak.
Malang umpama air bah, baik PKR bersedia untuk senario paling buruk.
LIM HONG SIANG


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/01/pkr-di-mana-dalam-landskap-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyanyi Tanah Air Yang Putuskan Jadi Politisi Giring Tengah Jadi Sorotan

Penyanyi Tanah Air Yang Putuskan Jadi Politisi Giring Tengah Jadi Sorotan

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 264 hits
Baru baru ini nama Giring trending di media sosial lantaran menyampaikan kritik soal proyek sirkuit Formula E yang nyatanya memang belum dimulai
Teknologi Alihkan Air Banjir Bawah Tanah Bukan Stail Nusi Nak Belat Air Ke Penang

Teknologi Alihkan Air Banjir Bawah Tanah Bukan Stail Nusi Nak Belat Air Ke Penang

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 251 hits
Mekanisma macam mana MAOUDC ni berfungsi Limpahan air sungai disalurkan ke selinder gergasi Bila hujan reda air dalam silender ni dipam ke Tokyo Bay Sebelum hujan lebat sampah sampah dah dikutip untuk pastikan sampah tak bersepah sumbatkan ...
Tekan Penurunan Air Tanah Pemerintah Bangun 4 Spam Di Jakarta

Tekan Penurunan Air Tanah Pemerintah Bangun 4 Spam Di Jakarta

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 158 hits
Pemerintah pusat dan pemerintah provinsi DKI Jakarta menandatangani nota kesepahaman MoU untuk mengerjakan proyek pipanisasi air minum bagi masyarakat di DKI Jakarta MoU ini ditandatangani oleh Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Ba...
Lebih 100 Lokasi Tanah Runtuh

Lebih 100 Lokasi Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 188 hits
BH ONLINE Orang Asli membawa bekalan makanan dan keperluan harian menuju ke kampung di Genting Peras yang terputus hubungan kerana runtuhan cerun dekat Kuala Klawang Foto NSTP AIZUDDIN SAAD KUALA LUMPUR Sebanyak 121 tanah runtuh berlaku di ...
121 Insiden Tanah Runtuh Sepanjang Monsun Timur Laut 2021 2022

121 Insiden Tanah Runtuh Sepanjang Monsun Timur Laut 2021 2022

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 227 hits
BERNAMA Nadma berkata beberapa agensi kerajaan sedang mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu Tanah runtuh yang berlaku berhampiran asrama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pada 27 Disember Gambar Bernama Sebanyak...
Projek G Cans Terowong Bawah Tanah Mampu Lindungi Tokyo Daripada Dilanda Banjir Video

Projek G Cans Terowong Bawah Tanah Mampu Lindungi Tokyo Daripada Dilanda Banjir Video

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 207 hits
Projek G Cans Terowong Bawah Tanah Mampu Lindungi Tokyo Daripada Dilanda Banjir VIDEO TOKYO salah satu bandar paling padat di planet ini adalah rumah kepada salah satu sistem kawalan banjir yang paling besar pernah dicipta Ia hampir tidak d...
Tanah Runtuh Lima Jalan Di N Sembilan Masih Ditutup

Tanah Runtuh Lima Jalan Di N Sembilan Masih Ditutup

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 168 hits
AGENDA DAILY Anggota bomba dan PGA melakukan operasi menyelamat mangsa akibat tanah runtuh di Jalan Genting Peras Kuala Klawang Gambar FB Lima jalan di negeri ini yang terjejas akibat tanah runtuh susulan hujan lebat dan banjir baru baru in...
Jual Tanah Beli Ikan Koi Rm300 000

Jual Tanah Beli Ikan Koi Rm300 000

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 222 hits
Jual tanah beli ikan koi RM300 000 INILAH yang dikatakan sanggup bergolok bergadai hanya semata mata ingin memuaskan nafsu memiliki ikan koi Alasannya minat dalam penternakan ikan koi dan ingin memiliki ikan berkualiti tinggi dari Jepun tel...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep