Teknologi Alihkan Air Banjir Bawah Tanah Bukan Stail Nusi Nak Belat Air Ke Penang
Mekanisma macam mana MAOUDC ni berfungsi. Limpahan air sungai disalurkan ke selinder gergasi. Bila hujan reda, air dalam silender ni dipam ke Tokyo Bay (Edo River).
Sebelum hujan lebat, sampah-sampah dah dikutip untuk pastikan sampah tak bersepah & sumbatkan sistem perparitan bila banjir melanda.
Anti disaster radio. Benda ni sekali dengan torch light & boleh charge telefon juga. Sangat convenient.
ZUNITA RAMLI
Apa yang kita boleh belajar dari Jepun dari segi pengurusan bencana alam?
1. TEKNOLOGI ALIHKAN AIR BANJIR BAWAH TANAH (MAOUDC)
Seperti yang saya pernah tulis sebelum ni, di Jepun ada satu sistem bawah tanah yang dinamakan MAOUDC. Binaan gergasi bawah tanah ni berfungsi untuk mengalihkan air banjir dari bandar Tokyo dan kawasan sekitar ke Tokyo Bay dengan efisyen lepas banjir reda.
Caranya, bila limpahan air sungai di Tokyo berlaku, ia akan masuk ke selinder gergasi yang sangat besar (boleh muat statue of liberty besarnya). Bila hujan dah reda, air dari selinder akan dipam ke Tokyo Bay. Kali terakhir digunakan adalah tahun 2017 dan telah jimatkan kos pembersihan sekitar RM5.8 bilion.
2. AMARAN AWAL DI MEDIA
Beberapa hari sebelum jangkaan bencana bakal berlaku, semua media dah keluarkan amaran. Televisyen, radio, dan sebagainya mengeluarkan amaran bencana alam bakal berlaku. Mereka juga mengeluarkan statistik kemusnahan dari kejadian sebelumnya. Ini menyebabkan orang awam bersedia mental dan fizikal hadapi sebarang kemungkinan.
3. ALERT SYSTEM DI TELEFON BIMBIT
Selain tu di Jepun, mereka juga ada alert system di mana jika berlaku sebarang bencana alam yang tak diduga seperti gempa bumi contohnya, mereka di kawasan yang terlibat akan dapat notifikasi amaran di telefon bimbit. Notifikasi ni bukan macam SMS biasa tu ye, notifikasi amaran ni didatangkan dengan bunyi dan gegaran yang sangat kuat sampaikan orang tidur pun boleh terjaga! Notifikasi ni sangat penting sebab ia memberi sedikit masa untuk orang selamatkan diri.
4. PEMBESAR SUARA / RADIO
Untuk yang tak ada telefon bimbit, setiap kawasan kediaman ada pembesar suara. Teringat pengalaman masa Taufan Hagibis 2019, pengumuman untuk kawasan setempat, macam tempat evakuasi dan sebagainya diumumkan dekat pembesar suara dari masa ke semasa. Kalau di Malaysia, saya kira pembesar suara di masjid sangat berguna untuk tujuan sebegini.
Untuk orang tua yang tak ada telefon bimbit, mereka juga boleh dapat info dari masa ke semasa dengan guna “anti-disaster radio”. Radio ni akan update situasi dari masa ke semasa, bila nak kena evakuasi dan sebagainya kepada pendengar.
5. SISTEM LEVEL EVAKUASI
Sistem evakuasi di Jepun saya kira agak sistematik kerana mereka dah siap tetapkan level-level tertentu untuk golongan siapa yang perlu dievakuasi & keseriusan bencana ketika itu. Prioriti evakuasi diberikan kepada orang tua, wanita mengandung dan kanak-kanak. Ini penting untuk beri lebih masa pada mereka yang lebih “fragile” untuk menyelamatkan diri dan elakkan suasana kelam kabut untuk selamatkan diri.
6. PASUKAN PENYELAMAT
Ikut survival rule 3s,
Seseorang manusia takkan boleh tahan lebih dari;
- 3 minit tanpa udara
- 3 jam dalam cuaca ekstrim (sangat panas atau sangat sejuk)
- 3 hari tanpa air
- 3 minggu tanpa makanan
Jadi tak hairanlah jika pasukan penyelamat Jepun meletakkan jangkamasa maksima 3 hari untuk selamatkan mangsa bencana. Teringat masa banjir besar berlaku di Kagoshima awal tahun ni, helikopter dan segala macam teknologi dikerahkan kurang tempoh 24 jam untuk menyelamat.
7. BEG KECEMASAN
Di Jepun, kebanyakan mereka dah didedahkan dengan penyediaan beg kecemasan, apa yang perlu ada di dalam beg dan sebagainya. Biasanya beg kecemasan ni dah siap disediakan & diletakkan di tempat yang mudah nak capai jika berlaku kecemasan.
8. SAMPAH DIKUTIP
Iya, kutip sampah sebelum berlakunya bencana alam! Nampak janggal, bukan? Tetapi ianya amat penting.
Sebelum ni ada 2 foto banjir di Jepun yang tular, ramai memuji betapa bersihnya banjir di Jepun. It takes two to tango. Ianya memerlukan kerjasama semua pihak, untuk mendapat tahap kebersihan seperti itu.
Bila pihak berkuasa dah keluarkan amaran bencana pada tarikh tertentu, pihak pengurusan sampah akan mengutip sampah terlebih dahulu (seperti jadual). Ini untuk memastikan sampah tidak terapung dan bersepah semasa banjir dan seterusnya akan menyebabkan saluran sungai, longkang tersumbat. Ini akan menyebabkan keadaan bertambah buruk.
—
Sampai bila kita nak tanggung kerugian harta dan nyawa sebab kurang manfaatkan teknologi yang ada? Memang, secanggih mana pun teknologi tetap takkan dapat tandingi kuasa Yang Masa Esa. Tapi Dia juga tak kurniakan akal dan fikiran kepada manusia, untuk sia-sia.
Iqra’.
—
Pada yang masih ingin menyumbang pada tabung kutipan susu, boleh salurkan juga di sini
CIMB 8008674426
Zaineeta Global PLT
.
#CatatanZunitaDiJepun
ps: Special thanks to Tn Ibrahim Abd Azizand Pn Huda Hudhudfor some info about this post.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/12/teknologi-alihkan-air-banjir-bawah.html