Pkr Cuba Mengaburi Rakyat Malaysia



Oleh Khaliq Mehtab, ADUN Bertam, Pulau Pinang
Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Hassan Abdul Karim baru-baru ini telah memuatnaik suatu rencana berbentuk “Q&A” bertajuk “DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG” seolah ianya adalah satu soal jawab berkenaan undang-undang negara. Sebenarnya, rencana tersebut hanyalah satu lagi helah PKR untuk menderhakai titah YDPA yang menyeru supaya ahli politik mengenepikan permainan politik demi kebaikan negara.
Soal jawab dalam rencana tersebut adalah untuk memesongkan pemikiran rakyat bahawa tiada kesan mudarat jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan dan Anwar Ibrahim pula diangkat menjadi PM9.
Rencana tersebut mengandaikan jika Belanjawan 2021 ditewaskan, ini boleh memaksa Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai PM dan Anwar Ibrahim secara otomatis boleh menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Inilah angan-angan PKR. Inilah juga angan-angan penyokong Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh. Hakikatnya ialah, jikapun Tan Sri Muhyiddin ditumpaskan, di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, calon angan-angan Mat Jenin ini juga perlu mendapatkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Dari perkiraan berikut, jikapun sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin jatuh dari 114 ke 100, namun adalah jelas tiada seorang pun dari calon Mat Jenin ini mempunyai sokongan majoriti:
Anwar Ibrahim            –           92
Dr Mahathir                 –             3
Tengku Razaleigh      –             2
YB Pasir Gudang itu juga khilaf bila mengandaikan seolah-olah Tan Sri Muhyiddin tidak lagi mempunyai ‘locus standi’ untuk menasihati YDPA untuk mengisytihar darurat atau membubarkan parlimen. Malah rencana itu berkhayal bahawa aktiviti dan kehidupan seharian rakyat jelata akan berjalan seperti biasa dibawah ‘norma baharu’. Ini dijadikan asas bagi PKR berterusan menggadaikan nasib dan nyawa rakyat demi percaturan politik mereka untuk mencabar Belanjawan 2021 sebagai alasan menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin sedang negara dilanda krisis pandemik Covid-19 dan kegawatan ekonomi sedunia. Tetapi mesej utama YB Hassan Abdul Karim ialah “Jangan bimbang”, negara tetap utuh dengan PKR dan Anwar Ibrahim. Lupakah YB Hassan bahawa PKR yang menjadi tunggak pemerintahan PH pernah menipu rakyat jelata dengan janji-janji manis palsu yang menumbangkan mereka sendiri.
Mungkin YB Hassan lupa, tetapi rakyat jelata yang mengalami nasib malang masih ingat!
Saya menyeru YB Hassan supaya kembali kepada realiti. Ingatlah negara kini sedang dilanda gelombang ketiga wabak Covid-19. Statistik kes jangkitan seharian telah mencecah 4 angka. Kes-kes di Semenanjung kini telah menyamai kes jangkitan di Sabah. Lembah Klang, nadi ekonomi negara, kini mencatatkan lebih banyak kes seharian baru berbanding Sabah. Prihatin dengan hal ini, YDPA telah menyatakan keyakinan baginda terhadap Tan Sri Muhyiddin dan menasihati ahli-ahli politik untuk mengenepikan perbezaan politik bagi meluluskan Belanjawan 2021 demi kebaikan negara.
Tetapi lagu yang dimainkan PKR adalah bercanggah dengan seruan dan titah nasihat YDPA. PKR masih terus mengapi-apikan isu ini dengan berbagai alasan dan helah.
Jelas sekali PKR mendahulukan cita-cita politik Anwar Ibrahim lebih dari kebajikan rakyat Malaysia. Itulah objektif sebenar rencana tersebut iaitu untuk mengaburi rakyat bahawa kegagalan Belanjawan 2021 tidak membawa mudarat kepada negara dan rakyat jelata.
Kepalsuan pertama ialah hujahnya bahawa jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, Tan Sri Muhyiddin tidak mempunyai pilihan selain meletakkan jawatan. Ini tidak benar. Di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, seorang PM hanya perlu meletakkan jawatan bilamana tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ini dikenali sebagai usul tidak percaya. Di Malaysia, usul bagi meluluskan belanjawan bukanlah usul undi percaya.
Tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang PM yang tidak mendapat undi kelulusan belanjawan perlu meletak jawatan. Ini hanya sekadar konvensyen. Malah, sekiranya Belanjawan 2021 gagal diluluskan, pemerintah hari ini berhak untuk merangka belanjawan baru.
Kepalsuan kedua rencana tersebut ialah bahawa PM tidak akan ada ‘locus standi’ untuk membubarkan parlimen atau untuk mengisytiharkan darurat. Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan jelas sekali menyatakan bahawa jika PM gagal semasa usul undi percaya, beliau mempunyai pilihan samada menasihati YDPA untuk membubarkan parlimen atau meletak jawatan. Sebagai penjelasan:-
“43(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”
Ini bermakna bahawa walaupun menurut konvensyen, belanjawan dianggap sebagai usul undi percaya, PM masih mempunyai budi bicara untuk meminta YDPA membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya baru.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Belanjawan 2021 bukanlah usul undi percaya. Sekiranya pun gagal, Tan Sri Muhyiddin akan tetap kekal sebagai PM sehingga satu masa beliau sendiri  meletakkan jawatan. Pada ketika ini, Tan Sri Muhyiddin sebagai PM masih mempunyai hak untuk menasihati YDPA bagi mengisytihar darurat. Di bawah Perkara 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan, YDPA hendaklah menerima nasihat PM.
Supaya lebih jelas kepada YB Hassan, perlu diingatkan bahawa PM telahpun menasihati YDPA berkenaan pengisytiharan darurat. YDPA belum lagi dan tidak pernah menolak nasihat tersebut. Malah, melalui kenyataan media bertarikh 28 Oktober 2020, YDPA telah menzahirkan keyakinan penuh kemampuan Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui kepimpinan negara pada saat negara sedang diuji dengan pelbagai krisis ini. YDPA juga menggesa ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Semalam 18 November 2020, YDPA telahpun mengisytiharkan darurat bagi kawasan parlimen Batu Sapi. Pengisytiharan tersebut disambut baik oleh semua pihak termasuk Parti Warisan Sabah yang menyokong dan menerima bahawa mengelakkan pandemik adalah lebih penting dari pilihanraya.
Sebaliknya, ahli politik PH terutamanya PKR di Semenanjung masih lagi dengan tipu helah politik mereka. Hari ini 19 November 2020, MalaysiaNow mendedahkan bahawa PKR telah menyediakan kertas kerja perancangan bagaimana untuk menentang nasihat baik YDPA dan menewaskan Belanjawan 2021 sebagai satu cara merampas kuasa untuk menjadi kerajaan baru. Mereka mempunyai perancangan halus membuat pembohongan kepada YDPA dan rakyat Malaysia seperti menanam tebu di tepi bibir (https://www.malaysianow.com/news/2020/11/19/lets-reject-the-budget-and-topple-govt-ph-mp-says-in-leaked-document/).
Ini membawa kepada kepalsuan ketiga dalam hujahan YB Hassan iaitu bahawa YDPA berkuasa untuk memilih PM. Perlu diingatkan bahawa Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan pemilihan PM adalah budi bicara YDPA. YDPA berhak melaksanakan pertimbangan peribadinya tentang siapa yang baginda merasakan mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. YB Hassan perlu ingat bahawa Tan Sri Muhyiddin telah pun meluluskan pelbagai rang undang-undang termasuk peruntukan bekalan tambahan dan undang-undang utama lain, walaupun dikatakan dengan majoriti tipis. Ini cukup membuktikan bahawa beliau mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Walaupun YDPA telah menzahirkan sokongan padu kepada Tan Sri Muhyiddin, namun PH masih mahu merealisasikan khayalan menjulang Anwar Ibrahim sebagai PM9 dengan cara menewaskan Belanjawan 2021.
Telah terbukti semasa Anwar menghadap YDPA pada 13 Oktober 2020, “majoriti kuat dan meyakinkan” yang dilaung-laungkan Anwar sebenarnya tidak wujud. Malah Anwar tidak berunding dengan rakan gabungan PH semasa dia membuat kenyataan media tersebut. Lim Guan Eng jelas menyatakan bahawa dia terkejut dengan kenyataan Anwar kerana dia  sedang berkempen di Sabah pada ketika itu. Malah Lim Guan Eng  jelas menyatakan bahawa DAP tidak akan bekerjasama dengan UMNO. UMNO pula menyatakan bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan DAP. Jadi dari manakah “majoriti kuat dan meyakinkan” yang ajaib ini muncul? Gabungan mana yang PKR bayangkan akan disatukan untuk mendapat majoriti Dewan Rakyat?
Hujahan terakhir YB Hassan juga terkeliru bila dia mengatakan Belanjawan 2021 tidak penting dalam membendung Covid-19. Adalah jelas bahawa hujahan ini karut. Semua ahli ekonomi bersatu suara bahawa Belanjawan 2021 amat diperlukan untuk merangsang pemulihan ekonomi negara semasa pandemik Covid-19 sedang membadai. Pandemik Covid-19 telah meletakkan negara dalam keadaan darurat ekonomi. Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukan bahawa YDPA boleh mengisytiharkan darurat bila kehidupan ekonomi negara terancam. Tanpa Belanjawan 2021, tiada dana dapat digunakan untuk mengurus negara bagi tahun hadapan. Tiada peruntukan bagi rakyat yang menderita akibat krisis kesihatan yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Sebenarnya, inilah muslihat PKR. Mereka mahu memaksakan kegagalan Belanjawan 2021, memaksakan perletakan jawatan PM dan mencapai hasrat melantik Anwar Ibrahim sebagai PM baru dengan menyalah tafsirkan Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan untuk memaksakan perbelanjaan awam. Semua ini bagi memenuhi cita-cita peribadi Anwar Ibrahim. Ini adalah khayalan semata.
Mereka gagal mengambil kira bahawa YDPA mungkin membubarkan parlimen, mungkin mengisytiharkan darurat atau mungkin melantik semula Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM berdasarkan majoriti yang dimilikinya yang melebihi majoriti calon Mat Jenin lain.
Mereka gagal mengambil kira bahawa sekiranya pilihanraya perlu dijalankan, negara mungkin terjerumus dalam krisis kesihatan terburuk dalam sejarah. Mereka gagal mengambil kira kesan buruk yang dibawa oleh ketidakstabilan politik terhadap ekonomi negara yang rapuh dan masih dalam proses pemulihan. Ini telah pun terbukti dalam pilihanraya negeri Sabah yang lalu sehingga memaksakan YDPA mengisytiharkan darurat pada 18 November 2020 bagi mengelakkan pilihanraya kecil Batu Sapi.
PKR cuba memperdaya rakyat bahawa permainan merbahaya mereka tidak membawa kesan mudarat. Mereka sedang cuba mengaburi fakta bahawa hasrat mereka ini sebenarnya adalah menderhakai titah nasihat YDPA. PKR bukan berhasrat untuk melakukan yang terbaik bagi kebajikan rakyat marhaen sedang negara dilanda kegawatan dan pandemik. Mereka hanya mahu mencapai cita-cita peribadi Anwar Ibrahim. Jangan terperdaya lagi dengan janji-janji kosong. Hentikan mengaburi rakyat!
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/11/19/pkr-cuba-mengaburi-rakyat-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Masa Dan Rugikan Duit Rakyat Malaysia Tak Setuju Jika Plkn Dihidupkan Semula

Buang Masa Dan Rugikan Duit Rakyat Malaysia Tak Setuju Jika Plkn Dihidupkan Semula

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 236 hits
Program Latihan Khidmat Negara merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi rakyat Malaysia yang terpilih setelah tamat sekolah menengah Kem ini dibina bertujuan untuk memupuk semangat cintaka...
Belanjawan 2021 Tiga Fokus Utama Kebimbangan Rakyat Perlu Dipinda O2 Malaysia

Belanjawan 2021 Tiga Fokus Utama Kebimbangan Rakyat Perlu Dipinda O2 Malaysia

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 249 hits
Kerajaan disaran meminda Rang Undang Undang Perbekalan 2021 dalam memastikan penyampaian yang lebih menyeluruh dapat dinikmati rakyat Penganalisis Penyelidikan O2 Malaysia Anis Anwar Suhaimi berkata ia meliputi tiga perkara asas iaitu ranta...
Pkr Dakwa Mahathir Cuba Gagalkan Usaha Ph Jadi Kerajaan

Pkr Dakwa Mahathir Cuba Gagalkan Usaha Ph Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 188 hits
November 14 2020 Kenyataan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai cubaan untuk mengkhianati serta menggagalkan usaha Pakatan Harapan bagi mendapatkan semula kerajaan kata Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Aki...
Antara Makanan Cina Popular Di Malaysia Yang Perlu Cuba

Antara Makanan Cina Popular Di Malaysia Yang Perlu Cuba

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 495 hits
Bersama dengan makanan Melayu dan India makanan kaum Cina juga tidak kurang hebatnya Apa yang lebih menariknya lagi makanan cina di Malaysia turut boleh di cuba oleh kaum lain kerana ada banyak restoran cina muslim di sini Dari gerai tepi j...
Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 497 hits
loading Ketika ini tular satu platform yang menawarkan satu pulangan yang lumayan dengan hanya menekan tanda suka ikut dan kongsi di media sosial Sudah pastinya jaringan ini menarik perhatian sesiapa sahaja apatah lagi individu yang terkesa...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


How To Be Happy

Pre Season Perlawanan Ud Castellonense Vs Jdt

Melaksanakan Perintah Allah Itu Bagaikan Obat Pahit Tetapi

Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds