Keadilan Cadang 7 Langkah Perangi Penipuan Kewangan Atas Talian




 Jenayah penipuan kewangan atas talian yang semakin berleluasa sewajarnya ditangani segera oleh Kerajaan BN - PN.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, jenayah tersebut sehingga kini telah menyebabkan 20,000 mangsa ditipu saban tahun dengan jumlah kerugian mencecah RM660 juta.

Katanya, rakyat hairan melihat kerajaan Malaysia seolah olah tidak mempunyai cara untuk menangani jenayah berkenaan sedangkan kerajaan negara jiran telah memperkenalkan undang undang yang lebih ketat.

Tegas Fahmi, jenayah penipuan atas talian tidak akan berjaya dibanteras jika kerajaan hanya mengeluarkan panduan kepada orang awam bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

"Memang ada langkah-langkah yang perlu diambil oleh pendeposit atau pemegang akaun, contohnya dengan tidak menekan sebarang pautan dari pihak yang tidak diketahui atau memuat turun sebarang aplikasi yang tidak menggunakan Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.

"Tetapi pihak Kerajaan dan juga bank-bank mempunyai kewajipan moral untuk mengambil tindakan proaktif, kerana jenayah-jenayah scammer ini berasaskan penipuan atau penyamaran identiti yang berniat jahat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, tengah hari tadi.Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mencadangkan 7 tindakan yang perlu diambil oleh pihak berkuasa bagi membantu mangsa, memperkemas sistem dan mengelak lebih ramai lagi rakyat yang menjadi mangsa scammer.

"Pertama, mewujudkan pusat sehenti bantuan mangsa scammer yang melibatkan agensi-agensi berkaitan termasuk SKMM, PDRM, BNM, ABM, AIBIM, Jabatan Peguam Negara dan lain lain. Sekurang-kurangnya tiga tempat, di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching, serta satu pusat koordinasi anti-scammer pelbagai agensi berpangkalan secara fizikal di Bank Negara Malaysia

"Kedua, mengubah sistem pengesahan bagi perbankan dalam talian iaitu dari SMS TAC kepada sistem yang lebih selamat dan tepat identiti, contohnya pengesahan berdasarkan hanya peranti-peranti yang didaftar pemilik akaun dengan bank, serta mengarah bank-bank atau institusi kewangan untuk melakukan pengesahan secara panggilan bagi transaksi yang melibatkan jumlah besar, berulang atau transaksi di luar kebiasaan aktiviti akaun bank tersebut," katanya.

Kepada pihak perbankan, Fahmi mencadangkan agar diwujudkan satu mekanisme pampasan seperti Dana Pemulihan (Recovery Fund) yang sedang diusahakan Monetary Authority of Singapore.

Katanya, melalui dana itu mangsa scammer yang disahkan akan dapat bantuan pampasan sebaik mungkin. Juga kerajaan perlu meminda akta-akta berkaitan, contohnya Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta 642) supaya PIDM dapat menjamin atau menyediakan insuran dan pampasan bagi simpanan yang terkesan dengan jenayah scammer.

Fahmi juga mencadangkan agar kerajaan mengarahkan semua syarikat telekomunikasi untuk membuat hebahan khidmat awam melalui panggilan telefon mirip skrip dan dialog scammer dengan amaran untuk tidak mengendahkan panggilan pangilan scammer seperti itu.

"Selain itu, bank-bank dan serta mana-mana institusi kewangan lain yang terbabit dengan transaksi kewangan dalam talian (contohnya e-wallet) untuk menerbitkan di dalam laporan tahunan masing-masing jumlah kes scam serta jumlah yang dicuri berdasarkan laporan polis, supaya pemegang saham dan orang ramai tahu keadaan sebenar bagi setiap bank atau e-wallet serta dapat membuat keputusan yang bijak berkaitan simpanan mereka

"Kerajaan juga perlu mengadakan perbincangan dengan pengusaha platform digital media sosial yang paling kerap disalahguna oleh scammer untuk aktiviti jenayah bagi mengambil langkah-langkah pantas menghalang platform-platform tersebut daripada terus disalahguna untuk aktiviti scammer," katanya.

Pihak penguatkuasa pula, kata Fahmi, perlu segera mengenalpasti, menahan dan mendakwa di mahkamah mereka yang terlibat daalm panggilan scammer, menempat atau melindungi penjenayah scammer, serta merancang aktiviti scammer, termasuk dengan mendapatkan kerjasama ASEAN dan Interpol bagi menahan dan mengekstradisi penjenayah-penjenayah tersebut jika panggilan atau aktiviti jenayah scammer berpangkalan di luar negara.

"Saya berharap tujuh langkah ini akan dapat dilaksana segera bagi membantu memastikan duit simpanan rakyat kekal selamat, dan kepercayaan rakyat terhadap sistem perbankan dalam talian tidak luntur," kata Fahmi lagi.

Sidang media aitu juga turut mendedahkan mangsa terbaharu penipuan kewangan atas talian dari kumpulan Scam Victim Support yang mendedahkan setiap minggu mangsa dan taktik penipuan terbaharu scammer.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/keadilan-cadang-7-langkah-perangi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Cadang 7 Langkah Selesai Isu Scammers

Pkr Cadang 7 Langkah Selesai Isu Scammers

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 167 hits
PKR cadang 7 langkah selesai isu scammersPosted By on September 20 2022Jenayah penipuan kewangan atas talian yang semakin berleluasa sewajarnya ditangani segera oleh Kerajaan BN PN Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia Fahmi Fadzil jen...
Aksi Krisis Iklim Ratusan Aktivis Long March Dari Monas Ke Taman Dukuh Atas

Aksi Krisis Iklim Ratusan Aktivis Long March Dari Monas Ke Taman Dukuh Atas

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 313 hits
Aksi Krisis Iklim Ratusan Aktivis Long March dari Monas ke Taman Dukuh Atas Aksi tersebut digelar sebagai bentuk kekecewaan terhadap sikap pemerintah yang abai dalam menghadapi ancaman krisis iklim yang semakin nyata mengancam masa depan
Aplikasi Go Bank Islam Kini Hanya Menyokong Sistem Operasi Android 9 Dan Ke Atas

Aplikasi Go Bank Islam Kini Hanya Menyokong Sistem Operasi Android 9 Dan Ke Atas

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 195 hits
Bank Islam baru baru ini mengumumkan aplikasi Go by Bank Islam hanya akan menyokong sistem operasi Android 9 dan ke atas berkuat kuasa 21 September 2022 Menurut Bank Islam ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan peng...
Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Atas Jalan Raya

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Atas Jalan Raya

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 182 hits
Willie JudeBayi perempuan yang ditemui orang awam di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot Tambunan KENINGAU Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot ...
Terbaring Je Atas Katil 3 Bulan Alahan Teruk Rezeki Mawar Rashid Hamil Anak Ke 3

Terbaring Je Atas Katil 3 Bulan Alahan Teruk Rezeki Mawar Rashid Hamil Anak Ke 3

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 186 hits
Rezeki buat Mawar dan suami Patutlah agak lama diam rupanya pelakon dan usahawan Mawar Rashid mengumumkan dia kini sedang hamil anak ketiga Berita gembira berkenaan diumumkan pelakon berusia 27 tahun itu menerusi satu video di laman Instagr...
Sifu Saham Honeymoon Atas Kapal Tapi Ramai Pula Geram Bila Tengok Aksi Isteri Dia

Sifu Saham Honeymoon Atas Kapal Tapi Ramai Pula Geram Bila Tengok Aksi Isteri Dia

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 167 hits
Selepas hampir dua minggu pakar saham Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dicintai Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari nampaknya kini pasangan merpati dua sejoli itu sedang berbulan ma...
Bomba Selamatkan Pelajar Perempuan Murung Atas Bumbung Sekolah

Bomba Selamatkan Pelajar Perempuan Murung Atas Bumbung Sekolah

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 191 hits
Anggota bomba memujuk pelajar perempuan 19 tahun yang dipercayai kemurungan dari untuk turun dari bumbung tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di Alor Setar PETALING JAYA Seorang pelajar perempuan yang dipercayai kemurungan di bumbung sebua...
Dia Masih Cantik Baju Nampak Atas Dada Penonton Terpegun Lihat Keseksian Song Jihyo

Dia Masih Cantik Baju Nampak Atas Dada Penonton Terpegun Lihat Keseksian Song Jihyo

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 365 hits
Sejak mengubah stail pemakaian sepertinya kesemua gaya yang dikenakan oleh Song Ji hyo telah menjadi perhatian ramai ARTIKEL BERKAITAN Terbaru baju yang digayakan oleh pelakon wanita itu dalam Running Man telah menjadi bualan ramai Ketat me...
Pas Lupa Nak Bercakap Soal Moral Bila Terkena Atas Batang Hidung Sendiri

Pas Lupa Nak Bercakap Soal Moral Bila Terkena Atas Batang Hidung Sendiri

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 171 hits
Sikap berdolak dalih dan munafik Pas terselah dengan isu konsert Riuh Sokmo di Ketereh Kelantan baru baru ini Konsert Riuh Sokmo yang diadakan dari 16 September hingga 18 September telah menerima banyak kecaman dan teguran masyarakat tempat...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni