Pkr Cabang Gombak Tidak Perlukan Ketua Baharu
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
GOMBAK – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak tidak perlukan ketua baharu dan yakin dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari untuk mengemudi Gombak dan Selangor.
Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak, Muhammad Husaini Mohd Yunos berkata, PKR Cabang Gombak telah jauh meninggalkan fasa sukar dan siri pengkhianatan disebabkan Langkah Sheraton.
Menurutnya, Amirudin telah berusaha membina keyakinan kepada anggota parti Gombak untuk teguh bersama PKR.
“Ini jelas terbukti melalui kredibiliti dan kepemimpinan Amirudin yang kekal di tahap terbaik serta tidak terjejas sedikit pun kerana pengkhianatan bekas pemimpinnya.
“Kerja keras ini bukan sahaja diakui oleh anggota bawahan tetapi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberikan pujian secara terbuka menerusi program bersama anggota dan pimpinan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam sebuah portal berita yang memberitahu mempunyai masalah kepercayaan dengan kepimpinan Amirudin sebagai Ketua PKR Cabang Gombak.
Farhash akan mencabar Amirudin bagi jawatan Ketua PKR Cabang Gombak selain turut bersaing bagi kerusi Naib Presiden PKR.
Muhammad Husaini berkata, Farhash tidak perlu menjadi jaguh di Gombak susulan anggota parti tekad memberikan kepercayaan kepada Amirudin untuk kekal memimpin.
“Insya-ALLAH, kami berterima kasih dengan apa jua usaha dan daya memperkukuh parti di mana-mana tahap, namun kami istiqamah tidak memerlukan hero kesiangan untuk mengajar kami,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
Fasha Sandha Teruk Dikecam
30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun
Mawar Karim Akui Sedang Bercinta
Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)
The post PKR Cabang Gombak tidak perlukan ketua baharu appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/23/pkr-cabang-gombak-tidak-perlukan-ketua-baharu/