Pkpp Prasekolah Tadika Dibuka Rabu Ini Persiapan Rapi Buat Si Cilik


KUALA LUMPUR, 29 Jun – Menjelang pembukaan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta, yang dijadual bermula Rabu ini (1 Julai), ibu bapa semestinya sibuk menguruskan persiapan anak-anak selepas lebih tiga bulan tidak ke sekolah, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Dalam kalangan ibu bapa, pastinya ada yang masih ragu-ragu untuk menghantar anak ke sekolah, memandangkan negara masih belum diisytiharkan bebas COVID-19.
Justeru dalam hal ini, pihak pengurusan memainkan peranan utama memastikan pusat pendidikan itu bersedia, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi menjamin keselamatan si cilik, semasa waktu pembelajaran.
Aspek jarak sosial, pergaulan murid serta kebersihan sekolah perlu diberi perhatian, apa lagi melibatkan kanak-kanak yang sentiasa aktif dan gemar melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.
Selain prasekolah, tabika dan tadika yang akan dibuka semula pada 1 Julai, beberapa sektor lain turut dibenarkan beroperasi termasuk, pusat spa, ‘wellness’ dan urut kaki, aktiviti menonton wayang, teater dan ‘live event’, serta penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan.
Bermula tarikh itu juga, kerajaan turut membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan, pertunangan, majlis berkaitan keagamaan seperti tahlil, akikah, doa selamat, majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir, serta aktiviti riadah kolam renang di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar dan kolam renang persendirian.
Hari ini, merupakan hari ke-20 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sejak ia dikuatkuasakan pada 10 Jun lepas.
Jika dilihat, satu demi satu kelonggaran telah diberikan namun masyarakat diingatkan supaya tidak alpa dengan kebebasan yang ada, kerana negara masih berperang dengan COVID-19.
Orang ramai perlu terus meningkatkan pematuhan SOP seperti yang sering diingatkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang medianya, termasuk menjaga jarak sosial, kerap mencuci tangan, memakai pelitup separuh muka dan elak bertutur dengan jarak dekat.
Setakat semalam, jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal dua digit apabila 18 kes positif wabak itu, dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif dalam negara adalah 8,634 kes dengan kebolehjangkitan 195 kes.
Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal 121 kes atau 1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sumber: Bernama
The post PKPP: Prasekolah, Tadika Dibuka Rabu Ini, Persiapan Rapi Buat Si Cilik appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/29/pkpp-prasekolah-tadika-dibuka-rabu-ini-persiapan-rapi-buat-si-cilik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prasekolah Dan Tadika Dibuka Pada Rabu

Prasekolah Dan Tadika Dibuka Pada Rabu

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 263 hits
Menjelang pembukaan prasekolah tabika serta tadika kerajaan dan swasta yang dijadual bermula Rabu ini ibu bapa semestinya sibuk menguruskan persiapan anak anak selepas lebih tiga bulan tidak ke sekolah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan P...
Tadika Prasekolah Kembali Dibuka Pada 1 Julai

Tadika Prasekolah Kembali Dibuka Pada 1 Julai

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 351 hits
TADIKA dan Prasekolah telah mendapat kebenaran untuk beroperasi bermula 1 Julai 2020 Oleh yang demikian Sebanyak 6 216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan 7 887 milik swasta akan kembali dibuka Turut dibenarkan beroperasi semula ...
Semai Amalan Kebersihan Anak Anak Sebelum Prasekolah Tabika Dibuka

Semai Amalan Kebersihan Anak Anak Sebelum Prasekolah Tabika Dibuka

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 474 hits
KUALA LUMPUR 16 JUN Ibu bapa perlu menyemai kepentingan penjagaan kebersihan serta amalan jarak sosial kepada anak anak sebelum prasekolah dan tabika dibuka semula dalam tempoh dua minggu lagi Apatah lagi anak anak pastinya teruja bertemu k...
Prasekolah Tabika Dibuka Mulai 1 Julai Ikut Sop Menteri Kanan

Prasekolah Tabika Dibuka Mulai 1 Julai Ikut Sop Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 513 hits
SHAH ALAM 15 JUN Prasekolah dan tabika dibuka semula mulai 1 Julai ini selepas Kementerian Pelajaran Malaysia membentangkan tatacara operasi piawai hari ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas d...
Prasekolah Tadika Amp Tabika Dibenarkan Beroperasi Semula Mulai 1 Julai

Prasekolah Tadika Amp Tabika Dibenarkan Beroperasi Semula Mulai 1 Julai

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 525 hits
Bermula 1 Julai ini semua prasekolah tadika dan taman bimbingan kanak kanak akan dibenarkan beroperasi semula nbsp Kementerian Pendidikan juga telah menyediakan Prosedur Operasi Standard yang lengkap bermula sebelum kemasukan ka
Prasekolah Tabika Dibuka Semula 1 Julai

Prasekolah Tabika Dibuka Semula 1 Julai

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 494 hits
Semua prasekolah dan tabika akan dibenarkan kembali dibuka bermula 1 Julai ini menurut Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata keputusan itu melibatkan 6 216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan 7 887 buah milik swasta se...
Belum Bersedia Nutp Minta Kerajaan Tangguh Buka Prasekolah Tadika

Belum Bersedia Nutp Minta Kerajaan Tangguh Buka Prasekolah Tadika

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 374 hits
June 23 2020 Presiden NUTP Aminudin Awang berkata kebanyakan prasekolah dan tadika belum bersedia untuk beroperasi berikutan kekangan infrastruktur dalam memenuhi SOP yang ditetapkan KUALA LUMPUR Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan S...
Panggung Wayang Taman Tema Prasekolah Tadika Banyak Lagi Sektor Mula Beroperasi Hari Ini Bernama

Panggung Wayang Taman Tema Prasekolah Tadika Banyak Lagi Sektor Mula Beroperasi Hari Ini Bernama

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 412 hits
KUALA LUMPUR 1 Julai Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari ke 106 dan hari ke 22 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan hari ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi termasuk subsektor pelancongan dibenarkan beroperasi Apa yang m...
Nutp Minta Pembukaan Prasekolah Tadika Ditangguh

Nutp Minta Pembukaan Prasekolah Tadika Ditangguh

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 235 hits
MALAYSIAKINIKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia meminta agar kerajaan menangguhkan pembukaan prasekolah dan tadika yang dijadual bermula 1 Julai ini Presiden NUTP Aminudin Awang berkata pihaknya mendapati kebanya...
Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area

Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Reka Bentuk Minimalis Kotak Keras Dengan Reka Bentuk Sederhana Dan Warna Monokrom

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Startup Ecosystem And Innovation

Pelamindiy Dan Hantaran Simple

Tangani Isu Pencerobohan Tanah Secara Bijak Bukan Dengan Memusnahkan Hasil Kenyataan Media Ppim 11 04 2025

15 Foto Kuala Lumpur Yang Diolah Menjadi Style Ghibli Seperti Dalam Filem