Pkpb Tamat Atau Disambung


Foto- Dr. Noor Hisham KP Kesihatan Malaysia

PKPB tamat atau disambung? 
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung atau ditamat, soalan banyak ditanya ketika ini dan menjadi perbualan ramai. 
Sebelum ia dijawab, mari kita lihat situasi jangkitan COVID-19 di negara ini pada masa ini. 
Kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat tempatan semakin menurun dan kekal satu atau dua digit. Ia menepati unjurun KKM dan faktor menyumbang Ketepatan unjuran ini ialah kepatuhan rakyat Malaysia kepada SOP. 
Syabas kepada kita semua dan terima kasih kepada pasukan keselamatan seperti PDRM, ATM, APM dan Rela yang tegas terhadap segelintir yang 'ketegaq'. 
Namun, kepatuhan kita tidak selari dengan warganegara asing atau lebih khusus pekerja asing. Bagi warganegara asing yang ditahan di depoh tahanan, kita tidak perlu risau kerana dalam kawalan pihak berkuasa. 
Kes dalam kalangan pekerja asing ini terus meningkat kerana mereka tidak patuh SOP. Mereka hanya patuh SOP di tempat kerja tapi tidak apabila di tempat tinggal.  
Kita tidak boleh salahkan mereka kerana terpaksa tinggal berasak di ruang sempit. Mereka tiada pilihan. 
Mereka adalah pekerja asing yang datang ke negara kita kerana faktor kemiskinan. Jika diberi pilihan, sudah tentu mereka mahu berada bersama keluarga di negara sendiri. Tiada siapa pilih hidup dalam kesusahan. 
Jangan anggap peningkatan kes pekerja asing bukan masalah kita. Pekerja asing dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, Pakistan dan Indonesia ini sudah menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat kita. 
Hanya sebahagian kecil yang tinggal di tempat yang disediakan majikan seperti tapak pembinaan bagi sektor pembinaan.  Manakala pekerja asing sektor lain, sebahagian besar  tinggal di kejiranan kita. 
Ada yang bergaul mesra dengan kita, membeli barang keperluan di pasar raya sama dengan kita, bagi yang Islam, solat berjemaah dengan jemaah tempatan. 
Mereka sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat kita. Peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan pekerja asing  ini turut menjadi masalah kita. Apatah lagi, mereka mendapat jangkitan ini di negara kita

Peranan kecil yang kita boleh mainkan ialah memastikan mereka mematuhi SOP jika di tempat awam. 
Peranan lebih besar perlu dimainkan majikan. Penjarakan sosial di tempat tinggal pekerja asing ini menuntut pengorbanan kewangan kerana majikan perlu sediakan lebih banyak tempat tinggal supaya pekerja ini ada ruang untuk penjarakan sosial dan meningkatkan kebersihan. 
Di kala ini, kita semua sama ada majikan atau pekerja biasa perlu main peranan untuk membantu negara demi kelangsungan hidup kerana wabak ini telah menjejaskan kehidupan setiap orang. 
Dan selagi kes pekerja asing terus meningkat, walaupun hanya satu kes ia patut jadi kerisauan kita. 
Kepatuhan SOP oleh rakyat tempatan dan bukan tempatan perlu seiring.  Bila tidak seiring, dua-dua pihak tidak boleh hidup selesa. 
Peranan KKM ialah mengesan pekerja asing yang dijangkiti COVID-19 dan merawat mereka sehingga sembuh. Selepas sembuh, mereka kembali ke tempat tinggal. Risiko jangkitan semula boleh berlaku jika tiada penjarakan sosial di rumah dan amalan kebersihan yang tinggi. 
Jangkitan terus berlaku dan berlaku jika tindakan komitmen semua pihak untuk meminimakan kes pekerja asing ini

Adakah kita sebagai rakyat tempatan boleh rasa lega jika kes pekerja asing masih tinggi?  Sudah tentu tidak kerana diulangi, mereka sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat kita. 
Lihat kluster masih aktif melibatkan pekerja asing yang juga menjangkiti rakyat tempatan seperti Kluster Pedas, Kg Sg Lui, Jalan Chow Kit, Pasar Besar Jalan Othman, Pengawal Keselamatan Cheras, Selangor Mansion Pasar Borong KL dan Pudu. 
Malah, kluster paling baru dikesan, Pangsapuri Cheras turut merekodkan satu kes positif pekerja asing. 
Jika PKPB ditamatkan, KKM perlu pastikan jangkitan dalam pekerja asing terkawal kerana risiko ia merebak kepada rakyat tempatan adalah tinggi. 
Memang benar virus ini tidak boleh dihapus sepenuhnya. Mengawal kes rakyat tempatan dan pekerja asing sehingga tahap paling minima adalah satu keperluan untuk kita sama-sama kita jalani hidup seterusnya. Life must goes on. 
Adakah PKPB ditamat atau disambung?  Tiada siapa boleh jawab kecuali Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Sama-sama kita nantikan pengumuman sebelum hari terakhir, 9 Jun ini

Sumber: Facebook Rasmi KKM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://naimnikmat.blogspot.com/2020/06/pkpb-tamat-atau-disambung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambung Atau Tamat Pkpb Diketahui Esok

Sambung Atau Tamat Pkpb Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 335 hits
Muhyiddin Yassin Foto ihsan Bernama PUTRAJAYA 6 Jun Status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diterus atau ditamatkan dijangka bakal diketahui esok Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai pe...
Dokumen Persiapan Awal Berhubung Cadangan Sama Ada Pkp Tamat Atau Disambung Adalah Palsu

Dokumen Persiapan Awal Berhubung Cadangan Sama Ada Pkp Tamat Atau Disambung Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 480 hits
SEBENARNYA Menurut Majlis Keselamatan Negara Maklumat tersebut adalah palsu Jangan sebar atau kongsi SUMBER Saluran Telegram Rasmi MKN MAINKAN PERANAN ANDA Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berit
Keputusan Tamat Pkpb Bergantung Kepatuhan Rakyat Pada Sop Muhyiddin

Keputusan Tamat Pkpb Bergantung Kepatuhan Rakyat Pada Sop Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 365 hits
B Perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bergantung kepada keupayaan rakyat menjadikan perintah berkenaan Prosedur Operasi Standard sebagai resam biasa kehidupan mereka Perd...
Pkpb Disambung Lagi Berita Palsu Kata Ismail

Pkpb Disambung Lagi Berita Palsu Kata Ismail

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 327 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob PUTRAJAYA Menteri Kanan Ismail Sabri menepis laporan mendakwa kerajaan sudah memutuskan untuk menyambung perintah kawalan pergerakan bersyarat yang tamat 9 Jun sebagai palsu Orang ramai digalakkan layari la...
Masih Tiada Lagi Perbincangan Pkpb Dilanjutkan Atau Tidak Setakat Ini Ismail Sabri

Masih Tiada Lagi Perbincangan Pkpb Dilanjutkan Atau Tidak Setakat Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 311 hits
Menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kerajaan belum lagi memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilanjutkan atau sebaliknya Kita semua sedia maklum bahawa PKPB bakal berkahir...
Lagi Seminggu Fasa Lanjutan Pkpb Akan Tamat

Lagi Seminggu Fasa Lanjutan Pkpb Akan Tamat

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 415 hits
Lagi seminggu fasa lanjutan PKPB akan tamat 9 Jun 2020 Itu pun belum muktamad 1 3 bulan kawalan pergerakan apa kesan kepada diri sendiri dan
Pkpb Sambung Atau Tidak Tunggu Pm Umum Jam 3 00 Petang Ini

Pkpb Sambung Atau Tidak Tunggu Pm Umum Jam 3 00 Petang Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 535 hits
UALA LUMPUR Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilanjutkan atau tidak dijangka diketahui hari ini menerusi perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengumuman yang bakal disampaikan itu tepat pada m...
Tinggal 6 Hari Lagi Pkpb Dijadual Tamat Khabar Gembira Tetap Dinanti Rakyat

Tinggal 6 Hari Lagi Pkpb Dijadual Tamat Khabar Gembira Tetap Dinanti Rakyat

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 316 hits
Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID 19 apabila kes positif terus menunjukkan penurunan sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini Menuju kir...
Tun M Atau Dsai Pm Ke 9 Benarkah Ph Sedang Mengumpul Sokongan Mp Untuk Menjatuhkan Pn

Tun M Atau Dsai Pm Ke 9 Benarkah Ph Sedang Mengumpul Sokongan Mp Untuk Menjatuhkan Pn

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 312 hits
TINTAOk lah Dah alang alang ramai sangat yang masih dok kira jumlah MP masih ramai yang dok ulas mahukan Tun dan yang satu lagi ulas mahukan DSAI untuk jadi PM ke 9 Meh aku bagi sedikit pencerahan kronologi situasi semasa bagi mereka yang m...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair

How Does Private Equity Actually Work

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Juadah Hari Raya Sa

Kakitangan Jai Pahang Membuat Fitnah Harap Ambil Tindakan