Pkpb Boleh Dipendekkan Ke 2 Minggu Jika Lengkung Jangkitan Covid 19 Berjaya Diratakan Lebih Awal




Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang boleh dipendekkan daripada empat kepada dua minggu jika lengkung jangkitan COVID-19 berjaya diratakan lebih awal.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah mengehadkan pergerakan dari satu zon ke zon lain, daerah atau negeri  adalah tindakan terbaik untuk membendung penularan virus, sekali gus memutuskan rantaian jangkitan.


“Selagi ada pergerakan, berlaku pendedahan dan risiko kepada jangkitan. Tidak akan kembali kepada keadaan asal, sebab ini adalah norma baharu kerana virus itu sudah ada dalam komuniti.


“Kita perlu hidup dengan virus dan kita perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dengan amalan dan pencegahan jangkitan untuk terus hidup,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.


Beliau berkata ketika Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, yang menyaksikan semua sektor ditutup kecuali perkhidmatan penting dibenarkan, negara mengambil masa sekitar tiga bulan untuk membendung dan menangani virus tersebut.


Oleh itu, beliau berkata dengan pengalaman kerajaan daripada pelaksanaan PKP sebelum ini, sangat penting untuk mengimbangi antara ekonomi dan mata pencarian dengan membenarkan sektor berkenaan beroperasi namun terdapat beberapa sekatan.


Sabtu lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan, berkuat kuasa selama empat minggu bermula 9 Nov hingga 6 Dis depan.


Sementara itu, mengenai peningkatan kes di Negeri Sembilan hari ini, Dr Noor Hisham berkata terdapat enam kluster aktif direkodkan antaranya kluster Kaya, Lengkuk, Gedong dan Hentian.


“Kami telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tertentu, ujian calitan dan saringan ke atas mereka. Aktiviti kesihatan awam juga dijalankan, “ katanya.


Sebagai contoh di Port Dickson, Dr Hisham berkata walaupun kurang daripada 20 kes membabitkan pekerja, aktiviti kesihatan awam telah dilaksanakan di Mukim Jimah, iaitu kawasan tempat tinggal ramai pekerja.


Katanya, ini adalah pengurusan yang proaktif dalam melihat risiko, sambil menambah bahawa pengurusan risiko telah dilakukan untuk membolehkan campur tangan kesihatan awam dan langkah pencegahan.


Dr Noor Hisham berkata aktiviti Kementerian Kesihatan (KKM) untuk beberapa bulan akan datang adalah memberi tumpuan kepada COVID-19 dan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).


“Jika ada keperluan untuk melihat kepada peruntukan, ada semakan pertengahan penggal, kami akan memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan,” katanya.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/11/pkpb-boleh-dipendekkan-ke-2-minggu-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Mungkin Tamat Lebih Awal Jika Risiko Jangkitan Covid 19 Berkurangan

Pkpb Mungkin Tamat Lebih Awal Jika Risiko Jangkitan Covid 19 Berkurangan

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 333 hits
PKPB MUNGKIN TAMAT LEBIH AWAL JIKA RISIKO JANGKITAN COVID 19 BERKURANGANDalam sidang media petang 16 November 2020 Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata PKPB di Kedah Terengganu dan Johor mungkin ditamat jika ...
Pkpb Tamat Lebih Awal Jika Lekuk Penularan Diratakan Dr Noor Hisham

Pkpb Tamat Lebih Awal Jika Lekuk Penularan Diratakan Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 262 hits
Oleh Gambar hiasan Foto NSTP Nik Abdullah Nik Omar PUTRAJAYA Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di kebanyakan negeri boleh ditamatkan lebih awal jika negara berjaya meratakan lekuk penularan COVID 19 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr N...
Covid 19 Lebih 90 Peratus Kes Dari Negeri Dikenakan Pkpb

Covid 19 Lebih 90 Peratus Kes Dari Negeri Dikenakan Pkpb

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 366 hits
SHAH ALAM 1 NOV Lebih 90 peratus daripada 957 kes baharu Covid 19 hari ini dikesan dari negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kata ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 874 itu membabitkan kes Sab...
Berjaya Raih Kutipan Lebih Rm 5 Juta Ellie Suriati Kata Filem Mael Totey Tidak Boleh Jadi Penanda Aras Karya Kreatif

Berjaya Raih Kutipan Lebih Rm 5 Juta Ellie Suriati Kata Filem Mael Totey Tidak Boleh Jadi Penanda Aras Karya Kreatif

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 375 hits
Setelah mencipta kejayaan meraih kutipan lebih RM 5 juta sepanjang tayangan filem Mael Totey yang hanya ditayangkan di saluran berbayar Astro First itu mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana berjaya mengutip hasil kutipan yang tinggi s...
Covid 19 Risiko Jangkitan Lebih Tinggi Jika Parlimen Bersidang Lebih Lama Kp Kesihatan

Covid 19 Risiko Jangkitan Lebih Tinggi Jika Parlimen Bersidang Lebih Lama Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 203 hits
BernamaDr Noor Hisham berkata persidangan Parlimen yang terakhir ialah pada 23 Sept dan terdapat jurang selama enam minggu sebelum saringan dilakukan pada minggu lepas maka punca jangkitan tidak diketahui Gambar hiasan PUTRAJAYA Persidangan...
Kkm Kadar Boleh Jangkit Covid 19 Landai Sehingga 0 5 Tempoh Tiga Minggu

Kkm Kadar Boleh Jangkit Covid 19 Landai Sehingga 0 5 Tempoh Tiga Minggu

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 276 hits
PUTRAJAYA 4 NOV Kementerian Kesihatan Malaysia menjangkakan nilai kebolehjangkitan atau R naught Covid 19 boleh dilandaikan sehingga 0 5 dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata...
Covid 19 Boleh Dilandaikan Dalam 3 Minggu Noor Hisham

Covid 19 Boleh Dilandaikan Dalam 3 Minggu Noor Hisham

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 378 hits
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham yakin kementerian itu akan dapat melandaikan lengkungan Covid 19 dalam tempoh tiga minggu lagi Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baru dijangka terus meningkat secara purata sebanyak 971 ke...
Kini Anda Boleh Padam Fail Media Di Whatsapp Dengan Lebih Mudah

Kini Anda Boleh Padam Fail Media Di Whatsapp Dengan Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 180 hits
Jika anda seperti saya dan menyesal menyimpan semua fail fail yang dihantar melalui WhatsApp aplikasi permesejan tersebut baru sahaja memperkenalkan ciri dimana anda boleh membuang fail fail tersebut terus melalui aplikasi itu Untuk mengaks...
Lebih 10 000 Polis Dikuarantin 200 Dijangkiti Covid 19

Lebih 10 000 Polis Dikuarantin 200 Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 305 hits
Lebih 10 000 pegawai dan anggota polis dikuarantin manakala sekurang kurangnya 200 lagi sedang dirawat selepas disahkan positif Covid 19 kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin Katanya kadar jangkitan tinggi itu membantut keupayaan dan ke...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Power Of Storytelling In Marketing

Lirik Lagu Berharap Kau Kembali Fabio Asher

Bisikan Setan

Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan