Kkm Kadar Boleh Jangkit Covid 19 Landai Sehingga 0 5 Tempoh Tiga Minggu


PUTRAJAYA, 4 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan nilai kebolehjangkitan atau R-naught (R0) Covid-19 boleh dilandaikan sehingga 0.5 dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa kawasan di Lembah Klang dan Sabah berjaya menurunkan nilai R0 daripada 2.2 pada permulaan September lepas kepada 1.0 ketika ini.
“Jika ikut unjuran KKM dengan nilai R0 1.5, kita sepatutnya dapat kes baharu sebanyak 1,621 kes hari ini, sebaliknya dengan nilai R0 sekarang pada 1.0, kita catat 1,032 kes (hari ini).
“Kalau dalam tempoh dua minggu lebih kita dapat turunkan R0 kepada 1.0 (ketika ini), dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, kita boleh capai R0 0.5,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di KKM hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kajian sebuah universiti tempatan yang menjangkakan terdapat 5,000 kes baharu Covid-19 dalam tempoh dua minggu.
Dr Noor Hisham berkata KKM menjangkakan bahawa pada akhir tahun ini akan terdapat lonjakan kes Covid-19 kerana kementerian ketika ini menangani virus bermutasi yang menggantikan virus merebak, jadi kebolehjangkitan adalah sedikit lebih tinggi.
Beberapa negara turut berdepan pengalaman sama dengan Malaysia yang menyaksikan lonjakan kes secara mendadak, katanya.
Beliau berkata Malaysia melandaikan keluk Covid-19 menggunakan pendekatan intervensi kesihatan awam sebagaimana yang diuruskan di Kedah dan kaedah sedemikian akan terus digunakan bagi membendung Covid-19.
Ditanya mengenai isu lebih 20 pekerja dijangkiti di sebuah kilang elektronik di Bangi, Dr Noor Hisham berkata kementerian mendapati ada kaitan antara sembilan pekerja di kilang terbabit dengan kluster Hentian.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/11/kkm-kadar-boleh-jangkit-covid-19-landai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Kkm Berjaya Turunkan Kadar Boleh Jangkit

Tindakan Kkm Berjaya Turunkan Kadar Boleh Jangkit

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 311 hits
PUTRAJAYA 31 OKT Tindakan yang dilaksana selama lebih dua minggu oleh Kementerian Kesihatan dalam mengimbangi antara sektor kesihatan dan ekonomi telah berjaya menunjukkan hasil yang positif dengan penurunan kes kes kebolehjangkitan iaitu R...
Pkpb Boleh Dipendekkan Ke 2 Minggu Jika Lengkung Jangkitan Covid 19 Berjaya Diratakan Lebih Awal

Pkpb Boleh Dipendekkan Ke 2 Minggu Jika Lengkung Jangkitan Covid 19 Berjaya Diratakan Lebih Awal

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 457 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis Kelantan dan Pahang boleh dipendekkan daripada empat kepada dua minggu jika lengkung jangkitan COVID 19 berjaya diratakan lebih awal Ketua...
Kkm Sasar Bendung Penularan Dalam Tempoh 2 Minggu

Kkm Sasar Bendung Penularan Dalam Tempoh 2 Minggu

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 261 hits
PKPB menunjukkan hasil dengan bacaan R naught kini bawah 1 KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan kes Covid 19 di seluruh negara dalam tempoh dua minggu lagi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah be...
Covid 19 Boleh Dilandaikan Dalam 3 Minggu Noor Hisham

Covid 19 Boleh Dilandaikan Dalam 3 Minggu Noor Hisham

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 563 hits
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham yakin kementerian itu akan dapat melandaikan lengkungan Covid 19 dalam tempoh tiga minggu lagi Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baru dijangka terus meningkat secara purata sebanyak 971 ke...
Kembali Tiga Angka 823 Kes Baharu Covid 19 Lapan Lagi Maut

Kembali Tiga Angka 823 Kes Baharu Covid 19 Lapan Lagi Maut

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 320 hits
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif Covid 19 di Malaysia berjumlah 26 565 kes Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 25 Okt Kes baharu positif Covid 19 di negara ini dalam tempoh ...
Covid 19 Kadar Nilai Kebolehjangkitan Turun 1 1

Covid 19 Kadar Nilai Kebolehjangkitan Turun 1 1

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 292 hits
BH ONLINE KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan kadar nilai kebolehjangkitan atau R naught di Malaysia turun daripada 2 2 yang direkodkan pada permulaan gelombang ketiga kepada 1 1 Sehubungan itu ...
Tiga Pelajar Taayah Positif Covid 19

Tiga Pelajar Taayah Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 336 hits
IPOH Tiga pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah di Ipoh disahkan positif COVID 19 hasil ujian calitan atau 8216 swab test 8217 yang dijalankan minggu lalu Exco Agama Islam Dan Penerangan Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata tiga pelajar berk
Kkm 2 145 Pelajar Dijangkiti Covid 19 Sejak Februari

Kkm 2 145 Pelajar Dijangkiti Covid 19 Sejak Februari

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 316 hits
PUTRAJAYA 22 OKT Sebanyak 2 145 pelajar dikesan positif Covid 19 sejak Februari lalu hingga semalam menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Katanya sebanyak 1 257 pelajar dikesan positif pada gelombang ketiga pandem...
Kkm Nafi Data Covid 19 Dimanipulasi Ketua Pengarah Kesihatan

Kkm Nafi Data Covid 19 Dimanipulasi Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 349 hits
PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan Kementerian Kesihatan memanipulasikan data pandemik COVID 19 yang dilaporkan pihaknya Beliau berkata data COVID 19 dikumpulkan KKM sehingga 12 tengah hari setiap h...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka