Pkp3 0 Boleh Berjaya Ke Kalau Semua Kilang Kekal Beroperasi





MEMBENARKAN semua sektor ekonomi beroperasi seperti biasa semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara akan menggagalkan tujuan utama memerangi pandemik Covid-19 g, kata J Solomon.
Setiausaha agung Kesatuan Nasional Pekerja Bank (NUBE) berkata, ia akan lebih berkesan jika kerajaan hanya membenarkan sektor penting beroperasi, seperti dilakukan pada perintah sekatan pertama tahun lalu.

Antara perkhidmatan penting dibenarkan semasa PKP pertama adalah bekalan makanan, utiliti, penjagaan kesihatan, farmaseutikal, perkhidmatan penghantaran dan kurier, pengangkutan awam dan bidang industri pembuatan tertentu.
“Mengumumkan PKP di seluruh negara adalah keputusan yang baik tetapi membiarkan semua sektor ekonomi beroperasi seperti biasa tidak akan selesaikan masalah yang kita hadapi dengan segera.
“Dengan kebanyakan kluster Covid-19 berkaitan tempat kerja dan kilang, membolehkan tempat-tempat ini beroperasi bertentangan dengan tujuan asal PKP,” kata Solomon.
Malaysia mengenakan PKP menyeluruh mulai 12 Mei kerana kes meningkat melebihi 3,000 dan 4,000 dalam beberapa minggu terakhir, kurang sebulan setelah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berjanji tidak akan melaksanakan PKP di seluruh negara.

Perdana menteri berkata larangan rentas daerah dan negeri dan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan berkuat kuasa 10 Mei hingga 6 Jun, sementara sekatan lain akan bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun.
Ini adalah kali pertama kerajaan menguatkuasakan PKP selama empat minggu sedangkan sebelum ini dua minggu pada satu masa.
Muhyiddin berkata majikan diwajib melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30% kakitangan pengurusan pada setiap masa, sementara kilang-kilang dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Menurut data kementerian kesihatan, lebih 500 kluster tempat kerja dikesan setakat ini dan terus menyumbang sebahagian besar daripada laporan kluster harian Covid-19.

Solomon berkata kerajaan tidak belajar dari kejadian lalu dan terus mengulangi kesilapan sama.
Menjadikan Australia sebagai contoh, katanya negara itu akan melaksanakan sekatan total di sebuah bandar walaupun hanya satu kes dikesan.
Solomon tidak mengharap Malaysia mengikut langkah Australia tetapi PKP pertama membuktikan, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat, kes dapat dikawal.
“Apa yang kita lihat pada awalnya, itu adalah PKP yang baik dan ketat.
“Kita buat kesilapan sama berulang kali. Jadi, saya rasa ini bukan langkah yang tepat dan saya harap perdana menteri akan ambil perhatian.
“Kerajaan tidak boleh berkompromi dengan kesihatan dan keselamatan hanya untuk tujuan ekonomi. Jadi, saya rasa semua orang perlu bekerjasama,” katanya.

Pada 17 Mac, Muhyiddin berjanji tidak akan mengenakan PKP di seluruh negara.
Bagaimanapun, semalam perdana menteri berkata kerajaan Perikatan Nasional perlu mengambil langkah drastik menghentikan peningkatan jangkitan baharu Covid-19.
Malaysia mencatatkan 3,807 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 444,484 sementara jumlah kematian berjumlah 1,700. Jumlah kes aktif sekarang sebanyak 37,396 dengan 434 di unit rawatan rapi dan 224 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan mempunyai pandangan berbeza.
Beliau berkata penting bagi sektor ekonomi untuk beroperasi bagi mengelakkan negara mengalami kerugian besar.
Penting katanya untuk menyeimbangkan kehidupan dan mata pencarian.
“Jika kita tutup sektor ekonomi ini, maka kesannya terhadap ekonomi akan sangat serius, seperti PKP pertama yang menyaksikan negara mengalaami kerugian yang sangat besar.
“Jadi, saya tak fikir negara kita mampu tanggung kerugian seperti itu,” katanya.
Shamsuddin positif dengan pengumuman terkini, berharap PKP kali ini akan melandaikan lengkuk Covid-19 dan pada masa sama meningkatkan ekonomi ~ The Malaysian Insight.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/pkp30-boleh-berjaya-ke-kalau-sektor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp 3 0 Akan Berjaya Jika Semua Serius Patuh Sop

Pkp 3 0 Akan Berjaya Jika Semua Serius Patuh Sop

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 303 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR NOOR HISHAM ABDULLAHPUTRAJAYA Kementerian Kesihatan yakin dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 dan pematuhan prosedur operasi standard mampu melandaikan keluk penularan Covid 19 di negara ini Ketua P...
Dekat Due Semua Persiapan Dah Ready Cuma Bab Ni Ibu Lupa Boleh Jadi Stres

Dekat Due Semua Persiapan Dah Ready Cuma Bab Ni Ibu Lupa Boleh Jadi Stres

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 346 hits
Ramai ibu ibu akan buat persiapan awal menjelang kelahiran anak Siap barang keperluan anak Siap barang keperluan ibu Dah plan nak ke hospital mana Dah plan anak anak yang lain siapa nak jaga Banyak persiapan yang kita dah rangka sebelum ana...
Semua Solat Hajat

Semua Solat Hajat

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 276 hits
TERKINI Kuss semangat Berderau jantung aku Aku ingatkan Agong titah Parlimen dibuka atau Muhyiddin letak jawatan Rupa2nya Agong titah masjid surau serta rakyat adakan solat hajat selepas Maghrib esok mohon Allah SWT pelihara kesejahteraan r...
Stop Paksa Anak Hug Kiss Semua Orang Perkara Ni Ibu Bapa Perlu Sedar

Stop Paksa Anak Hug Kiss Semua Orang Perkara Ni Ibu Bapa Perlu Sedar

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 459 hits
Dari kecil lah anak anak perlu diasuh dan di didik tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan Pendidikan awal ini sangat penting untuk perlindungan diri mereka Ikuti perkongsian daripada Puan Walaupun anak masih kecil sudah t...
Sanggup Guna Duit Gaji Sendiri Kejayaan Cikgu Hebat Ini Harumkan Nama Sekolah Di Thailand Buka Mata Semua Pihak

Sanggup Guna Duit Gaji Sendiri Kejayaan Cikgu Hebat Ini Harumkan Nama Sekolah Di Thailand Buka Mata Semua Pihak

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 446 hits
Cikgu Sanggup Guna Duit Gaji Sendiri Kejayaan Cikgu Hebat Ini Bawa Pasukan Tarian Sekolah Ke Thailand Buka Mata Semua Pihak l Assalamualaikum Bukan mudah jadi seorang pendidik Banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam mendidik anak bangsa Na...
Pengunjung Membeludak Pemkot Bogor Tutup Semua Wisata Wahana Air

Pengunjung Membeludak Pemkot Bogor Tutup Semua Wisata Wahana Air

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 272 hits
Di Jakarta tempat wisata tutup Maka di Bogor juga tutup Kami tidak ingin pengunjung membeludak kata Bima Arya Minggu
Fakta Mengenai Perang Siber Yang Perlu Semua Orang Tahu

Fakta Mengenai Perang Siber Yang Perlu Semua Orang Tahu

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 449 hits
Fakta mengenai Perang Siber yang perlu semua orang tahu Assalamualaikum dan salam sejahtera Mungkin ramai yang dah sedia maklum dan mungkin ada yang belum tahu mengenai hebahan tentang Israel bakal memulakan Perang siber sebagai tindak bala...
Potret Ruang Tamu Nagita Usai Semua Furnitur Diganti Dengan Yang Baru Dan Mahal

Potret Ruang Tamu Nagita Usai Semua Furnitur Diganti Dengan Yang Baru Dan Mahal

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 329 hits
Nagita Slavina mempercantik area ruang tamu rumahnya dengan mengganti beberapa furnitur Bukan hanya itu ia pun membeli guci guci yang ditaksir Raffi Ahmad harganya mahal Seperti apa ya potretnya Simak ulasannya berikut ini
Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

12 Taman Taman Negara Di Sarawak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sle Autoimmune Disease

2 Koleksi Baru Louis Vuitton M A D Editions Yang Bakal Hebatkan Pengembaraan Anda

Saya Tak Pernah Kena Cakar Atau Terajang Adira Tepis Dakwaan Liar Bekas Madu Suruh Tanya Sendiri

Berita Basi Di Ayer Kuning

Dituduh Jadi Pembelot Bangsa Syahredzan Amp Rara Akan Saman Adun Kuala Sentul

China Dah Mula Guna 10g Tapi Ini Bukan 10g Yang Ramai Fikirkan