Fakta Mengenai Perang Siber Yang Perlu Semua Orang Tahu
Fakta mengenai Perang Siber (Cyberwarfare) yang perlu semua orang tahu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin ramai yang dah sedia maklum dan mungkin ada yang belum tahu mengenai hebahan tentang Israel bakal memulakan Perang siber sebagai tindak balas kepada serangan siber yang dimulakan oleh rakyat Malaysia. Ini adalah bertujuan sebagai satu bentuk sokongan kepada negara palestin. Hari ini, aku ingin kongsikan beberapa fakta mengenai apakah itu Perang Siber (Cyberwarfare) sebagai perkongsian buat kita semua.
Maksud Perang Siber (Cyberwarfare).
Umum dah tahu mengenai perang senjata. Ini kita boleh lihat situasi yang sedang berlaku di Gaza. Itu adalah perang senjata. Berbeza dengan perang siber, ianya lebih kepada peperangan sistem. Perang siber atau cyberwarfare menggunakan teknologi computer yang di gunakan untuk menganggu sistem aktiviti sesebuah negara atau organisasi.
Perang siber ini lebih terarah kepada serangan kepada sistem maklumat yang sememangnya disengajakan bagi tujuan strategik mahupun ketenteraan. Walaupun bunyi peperangan siber ini tidak sehebat perang sebenar, namun ianya juga mampu menghuru-harakan sesebuah negara.
Kesan peperangan siber (Cyberwarfare).
Apa yang bakal berlaku apabila sesebuah organisasi atau negara terlibat dengan perang siber? Bab ini aku suka nak kongsikan. Perang siber lebih kepada menyerang sistem komputer dan maklumat musuh. Dan serangan ini mampu melumpuhkan sistem kewangan sesebuah negara. Ianya juga digunakan dengan tujuan mencuri atau mengubah data rahsia dan akan melemahkan rangkaian, laman web serta perkhidmatan.
Dalam kata lain, sistem bank negara, ataupun apa sahaja yang menggunakan teknologi termasuk handphone mahupun laptop yang digunakan akan digodam melalui perang siber ini.
Bagaimana Perang siber (Cyberwarfare) ini berlaku.
Baik, bercerita bagaimana perang siber ini terjadi, ada 2 kaedah iaitu:
Dengan cara sabotaj sistem ketenteraan dan juga sistem kewangan sesebuah negara. Ini bertujuan untuk menganggu gugat operasi negara tersebut. Ianya juga bertujuan untuk menganggu sistem komunikasi, bahan bakar, dan pengangkutan.
Yang kedua adalah pemalsuan dan pelanggaran keselamatan. Ianya bertujuan untuk melumpuhkan rangkaian, perisian, komputer dan internet. ini bertujuan untuk mencuri atau mendapatkan maklumat rahsia dari institusi tertentu bagi tujuan ketenteraan, kewangan mahupun politik.
Bagi memudahkan kita semua faham mengenai bahayanya perang siber ini, cuba kita semua bayangkan teknologi lumpuh atau tiada. Handphone tak boleh guna, ataupun duit di dalam bank tiba-tiba hilang kerana dicuri atau dipindahkan. Maklumat rahsia di dalam sistem bocor, nampak kan bahayanya?
Atau cuba korang bayangkan, sistem kemasukkan ke sesebuah negara di godam. Kita tak boleh nak detect dah siapa yang masuk sebab teknologi tersebut dah dirosakkan. Apakah ianya berbunyi perang siber ini hanyalah biasa-biasa sahaja?
6 langkah yang perlu dilakukan bagi berhadapan dengan perang siber.
Baik, setelah mengetahui bahayanya peperangan siber ini, langkah seterusnya adalah kita perlu tahu, beberapa perkara penting yang boleh/mesti kita lakukan. Antaranya adalah:
Padam atau pindahkan segala data penting yang tersimpan di dalam handphone mahupun data online. Ini mungkin password atau dokumen penting kita.Kedua, hidupkan two step verification di setiap media sosial kita. Ini sangat penting untuk mengelakkan media sosial kita diceroboh.Ada yang minta untuk keluarkan semua duit di dalam bank. Dalam situasi ini, bagi mereka yang memiliki jumlah wang yang tidak banyak, boleh jadi nak keluarkan semua. Bagaimana pula dengan mereka yang memiliki wang dengan jumlah yang sangat banyak?Sentiasa kemas kini perisian keselamatan. Jangan klik apa sahaja email yang diragui. Sekarang pun dah banyak email meragukan yang masuk kan? Jangan sesekali klik. Boleh periksa dahulu setiap laman web yang ada. Jika ianya adalah benar, barulah klik.Jangan kongsikan maklumat penting terutamanya berkaitan keselamatan negara di dalam media sosial.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/05/fakta-mengenai-perang-siber.html