Pkp Rakyat Tiada Pilihan Wajar Disambung


KUANTAN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama wajar disambungkan lagi untuk memastikan angka jangkitan pandemik Covid-19 dalam komuniti turun di bawah 4,000 kes berbanding angka purata 5,000 sehari ketika ini.

Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan perlu memastikan industri dan sektor pekerjaan yang dibenarkan beroperasi ketika ini dipantau lebih ketat atau menutup operasi industri yang menyebabkan penularan jangkitan.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, mahu tidak mahu, PKP fasa pertama perlu dilanjutkan sehingga Hari Raya Aidiladha bulan depan.

Ini kerana, menurut beliau, statistik kes jangkitan positif ketika ini masih di atas garis bahaya dan langkah seterusnya memerlukan penguatkuasaan lebih ketat kerajaan dalam membendung penularan wabak.

“Rakyat kena berkorban kerana mereka terlibat secara langsung untuk memastikan penularan jangkitan positif wabak dikawal.

“Selain penguatkuasaan menyeluruh, usaha vaksinasi juga perlu agresif demi mencapai imuniti kelompok dengan segera,” kata beliau semalam.

Selain itu, Ahmad Shukri berkata, kerajaan juga perlu memastikan semua industri yang dibenarkan beroperasi menjaga prosedur operasi standard (SOP) termasuk membuat saringan ke atas pekerja mereka.

“Majikan kena bertanggungjawab melakukan saringan berkala ke atas pekerja dan menggalakkan mereka mengambil suntikan vaksin,” kata beliau.

Terdahulu, mengikut Pelan Pemulihan Negara, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba memberitahu, negara hanya boleh beralih ke fasa kedua jika purata kes Covid-19 berada di bawah 4,000 kes sehari selama tujuh hari berturut-turut.

Selain itu, penilaian bagi peralihan fasa juga akan dibuat mengikut kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) yang perlu mencapai paras 75 peratus dan sebanyak 10 peratus populasi telah divaksin.
Semalam, negara merekodkan jumlah positif 5,803 kes berbanding 5,812 kes kelmarin. PKP fasa pertama dijadual tamat esok. Pelaksanaan fasa pertama ini bermula 1 Jun lalu sebelum dilanjutkan dua minggu bermula pada 15 Jun lalu hingga Isnin ini

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pengurusan Industri Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr. Noraina Mazuin Sapuan pula berkata, keputusan melanjutkan PKP harus diteliti dengan lebih mendalam dari pelbagai aspek kerana kehidupan masyarakat semakin terhimpit apabila kerajaan hanya membenarkan sektor perlu beroperasi.

“Dengan penutupan pelbagai sektor bukan perlu, menyebabkan ramai pekerja dalam sektor tersebut terjejas kerana ada yang kena potong gaji dan ada yang hilang langsung pendapatan.

“Malah ada sektor memilih membuang pekerja kerana tidak mampu meneruskan operasi dan menampung kerugian kesan penutupan seperti diarahkan kerajaan,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan patut mempertimbangkan semula pelaksanaan PKP 3.0 selepas 28 Jun ini bagi mengelakkan lebih ramai terkesan dan yang sudah terkesan menjadi bertambah parah.

“Antaranya kerajaan PKP 3.0 hanya perlu diteruskan di kawasan yang masih mempunyai kes yang tinggi seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Namun jika PKP 3.0 fasa satu disambung lagi, kerajaan perlu segera memperkenalkan langkah-langkah tambahan pemulihan ekonomi untuk meminimumkan impak buruk ekonomi dan lebih penting rakyat boleh terus hidup,” kata beliau.

Jelasnya, antara langkah dicadangkan ialah kerajaan perlu menyediakan tambahan bantuan kewangan dan bukan kewangan bagi menyokong kesinambungan perniagaan, membantu majikan menampung pembayaran sewa bangunan, upah pekerja, subsidi bahan mentah dan memberi latihan kepada tenaga pekerja dan penganggur.

“Kerajaan juga perlu menghulurkan bantuan secara langsung kepada rakyat dalam bentuk kewangan dan barangan keperluan harian bagi memastikan tiada yang `teraniaya’ akibat PKP 3.0 yang mungkin disambung,” jelasnya.

Sementara itu, status pelaksanaan PKP 3.0 fasa pertama sama ada dilanjutkan atau tidak, akan diumumkan kerajaan hari ini.

Kenyataan yang tersebar di media sosial kononnya tempoh pelaksanaan PKP 3.0 fasa satu disambung lagi adalah palsu.

Tinjauan Mingguan Malaysia di laman sosial mendapati kebanyakan netizen seolah-olah sudah berputus asa untuk mendengar perkhabaran mengenai PKP 3.0 dan menyerahkan kepada kerajaan sama ada mahu melanjutkan PKP 3.0 atau sebaliknya. – MINGGUAN MALAYSIA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/pkp-rakyat-tiada-pilihan-wajar-disambung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Politik Disambung Lagi Rakyat Tambah Sakit Hati Kegagalan Mahiaddin Makin Meninggi

Pkp Politik Disambung Lagi Rakyat Tambah Sakit Hati Kegagalan Mahiaddin Makin Meninggi

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 279 hits
PKP penuh atau total lockdowan tapi tiga suku masak perlaksanaannya yang sepatutnya berakhir hari ini bukan saja tidak ditamatkan malah akan terus disambung lagi ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan bila titik akhirnya Bermula esok ia juga...
Jangan Bunuh Rakyat Dengan Kegagalan Pkp 3 0

Jangan Bunuh Rakyat Dengan Kegagalan Pkp 3 0

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 297 hits
Jangan bunuh rakyat dengan kegagalan PKP 3 0 Jangan bunuh rakyat dengan kegagalan PKP 3 0 kata Najib Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan tidak membunuh rakyat dengan kegagalan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 sebaliknya mengg...
Pm Umum Pkp Lanjut Lagi Rakyat G3sa Tutvp Semua Kilang

Pm Umum Pkp Lanjut Lagi Rakyat G3sa Tutvp Semua Kilang

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 277 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penular4n wab4k Cov1d 19
Pkp 3 0 Akan Terus Disambung Bantuan Moratorium Pinjaman Pengeluaran Wang Dari Kwsp Akan Diumumkan

Pkp 3 0 Akan Terus Disambung Bantuan Moratorium Pinjaman Pengeluaran Wang Dari Kwsp Akan Diumumkan

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 281 hits
The ReporterPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 tidak akan ditamatkan esok dan fasa pertama akan terus disambung Beliau berkata PKP 3 0 tidak akan ditamatkan sehingga angka kes positif Covid ...
Pkp 3 0 Bakal Disambung Lagi

Pkp 3 0 Bakal Disambung Lagi

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 467 hits
PKP 3 0 Bakal Disambung Lagi Menjelang tarikh akhir penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 pada 28 Jun ini kita semua tertunggu tunggu pengumuman kerajaan sama ada ia akan disambung atau beralih ke fasa seterusnya Ikut perkiraan ada...
Video Tidak Boleh Terus Dengan Pkp Dan Biar Rakyat Lapar Anwar

Video Tidak Boleh Terus Dengan Pkp Dan Biar Rakyat Lapar Anwar

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 191 hits
Tidak Boleh Terus Dengan PKP Dan Biar Rakyat Lapar Anwar By 15 June 2021 Pakatan Harapan berpandangan kerajaan tidak boleh meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan penuh
Rakyat Yang Gagal Patuhi Sop Dan Pkp

Rakyat Yang Gagal Patuhi Sop Dan Pkp

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 310 hits
Kita hok gagal Bkn kerajaan Bacalah dengan tenang 1 PKP Semula Marah kata kerajaan zalim 2 Laksana PKPB Marah kata ia tak cukup berkesan 3 Perketatkan SOP Marah sebab rasa terkongkong 4 Longgarkan SOP Marah sebab kes masih tinggi 5 Tak bole...
Rakyat Tak Larat Hidup Berimunisasi Pkp

Rakyat Tak Larat Hidup Berimunisasi Pkp

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 232 hits
Rakyat tak larat hidup berimunisasi PKP Sampai bila Oleh MOHD YUNUS YAKKUB Hari ini rakyat terus berkurung ekoran lanjutan tempoh Pe rintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 selama dua minggu lagi Kes harian Covid 19 ketika ini masih melebihi 5 000...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah