Pkp Politik Disambung Lagi Rakyat Tambah Sakit Hati Kegagalan Mahiaddin Makin Meninggi


 
PKP penuh atau total lockdowan tapi tiga suku masak perlaksanaannya yang sepatutnya berakhir hari ini bukan saja tidak ditamatkan, malah akan terus disambung lagi ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan bila titik akhirnya.
Bermula esok, ia juga tidak lagi dinamakan PKP penuh atau total lockdowan, tetapi dijenamkan sebagai fasa pertama Pelan Pemulihan Negara atau PPN untuk diselarikan dengan apa yang diumumkan secara tergesa-gesa oleh Mahiaddin Md Yasin sebelum majlis menghadap ketua-ketua parti terhadap Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, baru-baru ini.
Sepertinya perubahan nama PKP kepada fasa pertama PPN itu tidak ubah macam menukar nama Muhyiddin kepada Mahiaddin – tiada berubah apa-apa selain namanya saja.
Turut untuk pertama kali, fasa pertama PPN ini tiada had tempoh masanya sebagaimana PKP sebelum ini yang ditetapkan tempohnya hanya selama dua minggu sebelum dibuat pengumumman baharu.
Dengan fasa pertama ini tidak diketahui bila tarikh tamatnya, ditambah keseluruhan fasa dalam PPN ada empat semuanya, nampaknya hampir pasti sehingga hujung tahun kita semua akan hidup terkurung sebegini di mana kebebasan yang diberi akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Tidak boleh lagi merentas daerah, jauh sekali rentas negeri untuk menjenguk keluarga serta ibu bapa di kampung, kecuali keizinan akan diberi jika sudah tidak bernyawa lagi.
Perlaksanaan perintah mengurung rakyat ini mahu tidak mahu adalah merupakan satu lagi tanda kegagalan Mahiaddin dalam mengutus negara dan mengawal pandemik Covid19.
Sudah berulang kali disebutkan dan ditekankan oleh banyak pihak tentang perlunya kilang, industri dan tapak pembinaan ditutup sepenuhnya bagi tempoh tertentu lantaran di situlah banyak kes Covid19 berlaku, malangnya ia langsung tidak didengari oleh kerajaan.
Bukan setakat itu, dari hari ke hari juga, didapati semakin banyak keizinan kilang beroperasi diberikan MITI.
Akhirnya inilah jadinya, orang lain yang menjadi punca menularnya wabak, tapi rakyat yang tidak berdosa dipaksa berkurung sengsara di dalam rumah.
Dalam keadaan ini, ramai yang terjejas pendapatan terutama peniaga, pengusaha kecil-kecilan dan mereka yang bergaji hari.
Secara umum pula, rata-rata dan di mana-mana, kehidupan rakyat dikesan dan didapati jadi tambah tertekan serta sakit hati.
Bukan saja kemurungan dan pergaduhan dalam keluarga meningkat, kes bunuh diri dengan terjun bangunan, terjun jambatan dan gantung diri boleh dikata berlaku hampir setiap hari.
Apakah Mahiaddin tiada perasaan dalam keghairahannya memperalatkan PKP, darurat dan fasa demi fasa PPN untuk mengekalkan kuasanya yang tiada keabsahan sejak awal lagi?
Apa lagi mahu dikata tentang tindakan mengurung rakyat ini, selain terus berdalih-dalih membenarkan Sidang Parlimen kalau ia bukan bertujuan politik namanya?
Tidak rasa berdosakah Mahiaddin dan menteri-menteri kabinet, temasuk pemimpin daripada parti penjual agama dalam kerajaan melihat kesusahan dan derita rakyat ini dengan menolak, menangguh serta berdolak-dalik berkaitan moratorium automatik, lanjutan pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari KWSP, tidak memberi diskaun elektrik dan pelbagai sikap tidak pedul lagi yang ditunjukkan?
Ada kedengaran nak mengkaji bantuan pun hanya setelah rakyat bising dan menjerit di sana sini.
Apa sebenarnya jenis kerajaan yang kita ada ini, tidak keterlaluan rasanya kalau dikatakan tiada kerajaan lain yang seburuk berperangai sebegini?
Apakah Mahiaddin tidak faham dan tidak sedar lagi dengan pelbagai tanda pagar yang trending di laman makro Twitter, daripada #KerajaanGagal, kemudian #KerajaanBodoh, seterusnya #KerajaanBangsat dan terakhir ini #KerajaanPembunuh?
Sampai bila Mahiaddin dan menteri-menteri makan gaji buta dalam kerajaan mahu terus menekan dan menyusahkan rakyat, sudahlah tiada bantuan yang mencukupi, ditambah lagi dengan penguatkuasaan yang keras dan tidak bertolak ansur kepada rakyat jika mereka didapati melanggar SOP?
Malangnya banyak kes menteri-menteri yang melanggar SOP, disiasat saja memakan masa berbulan lamanya dan kebanyakan akhirnya seolah-olah senyap begitu saja.
Apakah beliau mahu menunggu ada rakyat terjun bangunan atau membakar diri di depan matanya baru mahu sedar diri?
Sekali lagi, kerajaan jenis apa yang kita ada ini sebenarnya?
Apakah Mahiaddin dan kerajaan PN ini mahu rakyat benar-benar bangkit, seterusnya menempah sejarah ditumbangkan seperti apa yang pernah berlaku di banyak negara Timur Tengah sebelum ini?


 (ShahbudinHusin 28/06/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/pkp-politik-disambung-lagi-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Rakyat Tiada Pilihan Wajar Disambung

Pkp Rakyat Tiada Pilihan Wajar Disambung

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 269 hits
KUANTAN Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama wajar disambungkan lagi untuk memastikan angka jangkitan pandemik Covid 19 dalam komuniti turun di bawah 4 000 kes berbanding angka purata 5 000 sehari ketika ini Bagi mencapai ma...
Jangan Bunuh Rakyat Dengan Kegagalan Pkp 3 0

Jangan Bunuh Rakyat Dengan Kegagalan Pkp 3 0

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 280 hits
Jangan bunuh rakyat dengan kegagalan PKP 3 0 Jangan bunuh rakyat dengan kegagalan PKP 3 0 kata Najib Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan tidak membunuh rakyat dengan kegagalan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 sebaliknya mengg...
Mahiaddin Seorang Yang Sejuk Dan Tiada Perasaan Sebab Itu Sengsara Rakyat Tidak Dipedulikan

Mahiaddin Seorang Yang Sejuk Dan Tiada Perasaan Sebab Itu Sengsara Rakyat Tidak Dipedulikan

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 222 hits
Hari ini 26 Jun bermakna kita sudah melalui 26 hari tempoh apa yang disebut oleh Mahiaddin Md Yasin sebagai total lockdown yang mula dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu Tetapi sebagaimana yang kita semua tahu total lockdown itu tidaklah benar b...
Hiburan Sakit Hati Pada Rezeki Orang Kaya Manusia Guna Istilah Istidraj Kukuhkan Pendapat Cetek Mereka Rizalman

Hiburan Sakit Hati Pada Rezeki Orang Kaya Manusia Guna Istilah Istidraj Kukuhkan Pendapat Cetek Mereka Rizalman

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 229 hits
Ingat tak baru baru ini kecoh apabila kebanyakan netizen menyelar tindakan pereka fesyen Datuk Rizalman yang dilihat memberikan ikan salmon yang berupa hadiah peminat kepada kucingnya BACA Didakwa Tak Hargai Pemberian Peminat Datuk Rizalman...
Pkp 3 0 Muia Tunjuk Kesan Positif Kata Lsmaii Sabri Sekaii Najib Razak Tampii Beritahu Apa Yang Rakyat Mahu Sekarang

Pkp 3 0 Muia Tunjuk Kesan Positif Kata Lsmaii Sabri Sekaii Najib Razak Tampii Beritahu Apa Yang Rakyat Mahu Sekarang

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 388 hits
Fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 di seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha melandaikan lengkuk jngkitan c0v1d 19 kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Anak Pkp Kot Fasha Sanda Tambah Ahli Keluarga Sambut 2 Baby Comel

Anak Pkp Kot Fasha Sanda Tambah Ahli Keluarga Sambut 2 Baby Comel

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 357 hits
Siapa jer yang tak suka akan si bulus yang comel dan gebu ini pasti semua suka dan geram apabila melihat si bulus bermain Pelakon terkenal Fasha Sandha memnag dikenali dengan sikap pencintanya terhadap kucing
Ganding Bahu Ketepi Politik Bantu Rakyat Kata Ahli Parlimen Dap

Ganding Bahu Ketepi Politik Bantu Rakyat Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 273 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin menyampaikan bantuan makanan kepada orang awam di sekitar Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin mencadangkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah mengarahkan Uni...
Ku Li Rasuah Politik Dan Kegiatan Lompat Parti Ganggu Tugas Dewan Rakyat

Ku Li Rasuah Politik Dan Kegiatan Lompat Parti Ganggu Tugas Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 198 hits
Astro AwaniKUALA LUMPUR Rasuah politik dan kegiatan lompat parti telah menganggu tugas Dewan Rakyat kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah Dalam satu surat kepada kepada Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun be...
Sakit Hati Karyawan Minimarket Di Makassar Curi Uang Dan Bakar Tempat Kerjanya

Sakit Hati Karyawan Minimarket Di Makassar Curi Uang Dan Bakar Tempat Kerjanya

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 235 hits
Kepolisian mengungkapkan SPF melakukan pembakaran dan pencurian karena sakit hati terhadap suprvisornya karena disuruh mengganti uang hasil penjualan pada Mei 2021 yang minus sebesar Rp6 juta
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching