Pkp Apa Yang Tersurat Dan Tersirat
*Yang Kita Nampak*
Pergerakan terbatasTidak boleh lagi ke sana kemari. Duduk dirumah setiap hari. Tiada bekerja hanya kutip gaji. Yang berniaga terputus pendapatan. Gelandangan makin gundah gulana. Anak- anak semua dirumah. Tidak dapat lagi pergi bercuti apatah lagi membeli itu ini
*Yang Kita TIDAK Nampak*
Allah beri kita luang masa bersama keluarga. Jika dulu susah bersua muka walau serumah. Yang bekerja Allah beri rehat untuk tumpu ibadah. Jika dulu selalu kata asik tak sempat. Yang niaga Allah sedang menguji keimanan untuk dinaikkan lagi darjat. Yang gelandangan Allah mahu dia tahu dia masih disayangiDisediakan tempat sempurna terurus segalanya. Allah tunjukkan mereka masih ada harapan. Menguji si kaya adakah sudi bersedekah. Anak2 sentiasa didepan mata bergurau bercerita. Yang pemboros sudah dapat berjimat.
*PKP Ramadhan menghampiri*
*Yang Kita Nampak*
Tiada lagi BazaarYang menjual pelbagai juadah. Tiada lagi terawih di masjid. Tiada lagi beli belahUntuk persiapan Raya.
*Yang Kita TIDAK Nampak*
Puasa itu untuk kita merasa seperti yang tiada. Bukan kenduri melayan tekak membazir dan berlebihan. Allah mahu kita hidupkan ibadah dirumah. Terangi rumah dengan Zikrullah. Allah rindu hambaNYA sekeluarga memujinya. Allah mahu kita insaf. Puasa bukan tentang pembaziran tapi tentang nenghargai rezeki. Menafaatkan apa yang ada.
*PKP - Raya bakal menjelma... Yang Kita Nampak*
Tidak dapat lagi melaram baju sedondon. Tak dpt tempah biskut raya selagi jenis yang ada. Tiada lagi duit raya untuk si anak. Tiada lagi duit raya untuk diberi sebagai sedekah. Tidak lagi dapat balik ke kampung.
*Yang Kita TIDAK Nampak*
Raya itu tanda kemenangan selesai berpuasa. Bersyukur dan bersederhana dgn apa yang ada. Allah mahu kita berjimat dan menghargainya bersama keluarga. Allah mahu kita didik anak apa itu Hari Raya. Raya untuk disyukuri dan di rai bukan untuk kutip duit raya. Mahu ingatkan kita sedekah itu bukan hanya pada hari raya. Allah mahu kita rasa menyediakan segalanya sendiri
Memasak juadah dan rai sekeluarga. Bukan balik melaram di malam raya. Ibu ayah berkeringat dikampung sediakan segala.
*PKP Yang Kita Nampak*
Tiada lagi ibadah haji dan umrah kerana wabah yang melanda
*Yang Kita TIDAK Nampak*
Allah mahu memberitahu Dia yang menentukan rumahnya utk di lawat atau tidak. Bukan kerana kau kaya berharta boleh pergi bila2 masa. Tempah hotel 3, 4, 5 bintang.
*PKP*
Allah bukan menghukum. Allah sedang mendidik kita. Mengingatkan kita yang telah banyak terkeluar landasan terutama yg membudayakan agama Allah. Allah sayang hamba2 NYA. Yang dicipta sebegitu sempurnaDengan penuh kasih sayang.
Wabak ini hanya dihantar untuk memberi amaran, mengingatkan dan mendidik kita agar kembali ke jalanNYA
#malaysia menang#kita mesti menang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2020/05/pkp-apa-yang-tersurat-dan-tersirat.html