Koleksi Air Tangan Resepicikmatahariku Sempena Fasa Pkp Pkpb Dan Juga Fasa Ramadan 1441 2020
As Salam,Koleksi Air Tangan #Resepicikmatahariku Sempena Fasa PKP, PKPB Dan Juga Fasa Ramadan 1441/2020- Pagi ini selesai breakfast berdua dengan Encik Suami, saya belek-belek photo dalam phone. Baru perasan agak banyak juga koleksi gambar air tangan masakan saya sepanjang PKP ni.Tambah lagi dengan kedatangan Ramadan, bertambah pelbagai koleksi masakan saya
Koleksi Air Tangan #Resepicikmatahariku Sempena Fasa PKP, PKPB Dan Juga Fasa Ramadan 1441/2020
Ada juga beberapa masakan harian yang saya tak simpan gambar sebab masakan harian tu bila-bila pun saya akan ulang masak contohnya masakan kari, tomyam, nasi lemak, masakan kicap dna banyak lagi. Orait, kali ini saya ingin throwback masakan saya sepanjang tempoh PKP dan PKPB.Seronok pulak bila ada resepi yang saya kongsi dalam blog, viewnya sudah menjangkau puluhan ribu walau baru sahaja saya publish dalam blog
Alhamdulillah.Allah juga sebaik-baik tempat kita mendapatkan pertolongan.Jika tanpa izin dan pertolonganNya, mana mungkin saya ada daya dan upaya untuk berkongsi resepi dan masakan itu semua kepada pembaca blog ini.Saya selalu percaya, sebagai hamba, tiada istilah pertolongan kecil jika ianya datang daripada Allah.Tuhan yang Maha Mulia dan Maha besar, mengurniakan pertolongan kepada kita, maka haruslah dalam pemikiran kita, kita yakin itulah sebesar-besar pertolongan yang kita dapat dariNya.Subhanallah.
Jom! saya kongsi koleksi #resepicikmatahariku yang telah saya kongsikan dalam blog sejak PKP dan PKPB-Seronok pulak tengok pelbagai pic kuih muih yang kita dah sediakan untuk family.Ada juga yang saya belum sempat share dan publish dalam blog kerana sebab yang tersendiri.InshaAllah, tempoh cuti yang ada ini akan saya usahakan untuk kongsi mana-mana resepi yang tertinggal
Terdapat hampir 50 jenis kuih muih dan masakan yang saya dah kongsi kepada pembaca blog dan kebanyakannya ada yang first try dan ada juga edisi ulangan.hehe
Mesti korang nak tahu, resepi mana yang sudah menjangkau ribuan views dan juga dah naik ke first page dalam Google search kan? Yup, meski ia resepi yang baru saya kongsi atau publish, dengan content yang asli maksudnya dari aspek penggunaan gambar, kandungan bahan dan juga strategi penulisan seo ( yang saya belajar dari banyak blogger senior )-InshaAllah, walaupun entri yang kita publish tu masih lagi baru, post tersebut masih tetap boleh dirank dengan baik sehingga naik ke first page Google Search.
Koleksi #resepicikmatahariku yang listed dalam first page Google search :1. Resepi Agar-agar Santan Tanpa Telur
Resepi agar-agar santan pandan tanpa telur antara yang berjaya berada di top first dalam Google search
Ini pula jika kita search dengan imej, resepi ini turut berada antara first top page.Saya pernah kongsikan cara dan tips bagaimana kita boleh jadikan foto dalam blog yang kita upload untuk menarik lebih banyak traffik ke blog. Jika dalam report oleh Google search, depa sebut ini sebagai search by image
2. Resepi Samosa Rangup Inti Sardin
Resepi Samosa sardin pula sangat cantik rank dia apabila betul-betul berada di tempat teratas mengatasi perkongsian menerusi video dalam Google search
Samosa sardin antara kudapan atau jenis hidangan ringkas yang mudah disediakan dan dibuat frozen.Jadi tidak hairanlah kalau resepi berkaitan samosa mudah mendapat perhatian
3. Resepi Agar-Agar Coklat
Selain agar-agar coklat, resepi saya yang lain iaitu agar-agar milo juga berada dirangking ke-2 dalam Google search. Kelebihan berganda jika kita buat entri follow up dan kedua-dua entri berada di first page google search :)
Seperti yang pernah juga saya kongsikan sebelum ini, banyak kelebihan jika kita buat entri follow up terhadap post kita yang popular supaya blog kita dapat engaged yang berterusan dari audience.InshaAllah
4. Resepi Kuih Seri Muka Yang Sedap
Untuk resepi kuih seri muka pula, walaupun sudah berjaya menembusi first page, tapi entri saya masih lagi berada di bawah, iaitu di tempat kelima.Saya dapati untuk keywords ini memang sangat banyak perkongsian tentang kuih seri muka, jadi saya harus bersabar untuk memastikan sedikit masa lagi post saya tentang tips buat kuih seri muka akan berada di top 3 sekurang-kurangnya.InshaAllah
Melalui search image juga, image kuih seri muka yang saya kongsikan dalam blog, berada dibaris ke 6 atau 7, masih di bawah. Bagi saya, ini merupakan hal biasa bila kita cuba target keywords yang sudah kuat dan mendapat views tinggi sedangkan post kita baru publish.Inilah cabaran jika kita ingin target keywords "panas" atau hot dalam pencarian
Orait, semoga sedikit perkongsian ini dapat beri panduan dan tips kepada mana-mana blogger baru yang ingin berblog atau ingin meningkatkan traffik blog.Banyak sebab kenapa kita sebagai blogger kena juga ambik tahu tentang rangking post yang kita publish.Walaupun kita niat pada asalnya berblog hanya sebagai diari atau kenangan, saya cadangkan supaya korang pelbagaikan lagi niat itu supaya kita dapat majukan blog
Logiknya, daripada kita kongsi aktiviti kita dalam blog sebagai kenangan atau diari, kan lagi bagus kalau pada masa sama, kita juga dapat beri manfaat untuk readers yang mungkin perlukan info yang kita miliki. Jadi, daripada niat asal itu, kita juga secara tak langsung dapat buat jariah dengan berkongsi info.Fikir-fikirkan :)
Selamat mencuba, sehingga bertemu di lain kesempatan :) InshaAllah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/05/koleksi-air-tangan-resepicikmatahariku.html