Cerita Our Hari Raya 2020 Pkp Stay At Home Kita Jaga Kita
hi semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020. Tarikh hari raya aidilfitri 2020 jatuh pada 24 Mei, cun sangat hari Ahad, so ada extra cuti sehingga hari Selasa.
Tapi, tahun ni rasanya hampir semua rakyat Malaysia berhari raya cara PKP , just stay at home kita jaga kita kerana wabak Covid-19 yang melanda satu dunia
Walaupun kita berjaga-jaga dari serangan Covid-19, itu bukan penghalang untuk kita berhari raya dan bukan sebab untuk kita tiada mood nak celebrate hari kemenangan kita selepas berpuasa Ramadhan selama sebulan kan
Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita
Biasalah kalau raya, mesti sinonim dengan baju raya dan menu raya. Dan tahun ni lagu raya kita jangan layan sangat. Sobs sobs nanti dengar lagu raya kan. ekeke.
Mrs Pip seperti tahun tahun lalu, baju raya memang siapkan awal-awal ... Awal tahun ni , mrs pip beli kain baju untuk suami dan anak-anak nak hantar jahit.
Baju mrs pip pula, kain tu mrs pip beli beberapa tahun lalu, tak sempat sempat nak jahit, so tahun lepas hantar jahit kat tailor. Warna a bit dark grey, fabric mix cotton satin kalau tak silap
Mulanya nak pakai baju raya tema mustard yellow pasal mrs pip dah beli baju kurung kaler tu awal tahun, tapi bila tenung banyak kali, kaler grey lagi nampak menarik, so mrs pip beli kain pasang kaler grey la juga untuk suami dan anak-anak.
Ingat nak dark grey, tapi seller kain bagitau yang ada cuma warna grey sahaja. mrs pip bedal main beli saja warna grey ni tanpa bagitau mr.Husband. ekeke
Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita
Fabric kain jenis SAKURA COTTON. Selesa sangat, tak panas dan senang nak iron. seperti tahun-tahun sudah, mrs pip beli kain pasang dengan TRUSTED SELLER yang FB Page dia saja ada lebih 80 ribu LIKES!
Dan ini tahun ke-tiga mrs pip berurusniaga beli kain pasang dengan seller ni
Boleh baca entry >>> Beli KainPasang MurahDanCantik Online di KainLulu
Alhamdulillah, mrs pip hantar jahit kain awal Febuari hari tu. Memang akan hantar awal kerana di tempat mrs pip ni, tailor tak ramai, so risau nanti kalau last minute tailor jahit cincai, sebab tu hantar awal.
Dan tailor yang mrs pip biasa hantar ni, jenis tailor yang tak suka ambil kain banyak-banyak. Dia bagitau, setiap tahun dia jahit baju memang limited, tak ambil banyak. Jahitan dia kemas, dan harga yang dia caj pun reasonable
Dan tudung masih recycle tudung tahun tahun yang lalu pasal mrs pip still belum bertemu dengan instant shawl yang menarik di hati. Instant shawl yang mrs pip pakai tu keluaran Avilia, dan malangnya laman web mereka sudah tidak beroperasi.
Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita
Pagi raya kita seperti biasa, mesti ambil family photos dulu sebelum memasak. Tahun ni berharap anak anak akan bagi kerjasama untuk gambar family ..
TETAPI, hurm .... susah nak dapat gambar terbaik, tapi bagi mrs pip setiap gambar yang diambil adalah cukup sempurna bagi pandangan seorang mommy
Nanti bila anak anak dah besar, kalau dorang tanya mana gambar raya dorang yang terbaik, hah mrs pip bagi tunjuk gambar raya yang banyak aksi ntah apa apa ni ... kejap buka mulut, kejap pursed lips, kejap keluar lidah .... adeh
Raya tahun ni , kita raya stay at home, kita jaga kita ... jangan gatal gatal nak open house ... Dan lagi satu, mukim kitorang dah ada yang positive Covid19 , dan ada family yang dah kena kuarantin! So stay safe semua ..
Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita
Cerita makan-makan pula, mr.Husband buat nasi briyani , rendang ayam dan isi ikan masak sos tiram bersama sayur bawang.
our Raya 2020
Dan kitorang juga ada buat sedikit kuih raya. Tahun ni kuih raya hanyalah kuih makmur , batang buruk, popiah cheese dan biskut coklat ala famous amos
Nak resipi biskut raya, korang boleh klik resipi di bawah ni. Atau boleh bookmark siap-siap tunggu ada masa baru buat :))
Resipi kuih makmur tanpa minyak sapi
Resipi Keropok Popiah Cheese
Resipi Biskut Coklat ala Famous Amos
Resipi batang buruk sedap guna 3 bahan sahaja tu mrs pip tak sempat nak share kat korang, nanti mrs pip dah siap tulis entry, mrs pip share ok. Sedap dan senang sangat nak buat batang buruk ni.
Dan yang nak resipi rendang ayam, bolehlah cuba
>>> Resipi Rendang Ayam (versi kurang pedas)
Kitorang celebrate raya di rumah mak mertua since rumah kami just bersebelahan, dan hanya buat gathering makan tengahari bersama mak mertua dan adik beradik mr.Husband yang tinggal just sebelah-sebelah rumah tak jauh mana pun rumah dorang bersama anak-anak buah
Walaupun raya tahun ni versi raya PKP stay at home kita jaga kita, dan suasana raya sebenar tidak terasa sangat, tapi mrs pip sekeluarga tetap gembira meraikan hari raya dalam keadaan yang sangat minimalist
Tahun ni juga anak-anak tiada baju raya extra, sorry kids mommy daddy tak belikan pasal risau nak shopping time-time Covid-19, so recycle pakai baju-baju melayu tahun-tahun sudah ..
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 PKP semua. Maaf Zahir Batin
Hugs & Kisses
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2020/05/cerita-our-hari-raya-2020-pkp-stay-at-home.html