Pkp 2 0 Bermula Sekatan Jalan Raya Dipergiatkan Tengah Malam Ini



KUALA LUMPUR: Sekatan jalan raya (SJR) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara akan diadakan kembali, seperti yang pernah dilaksanakan pada 18 Mac tahun lepas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan SJR kali ini lebih tegas dengan pasukan PDRM akan menjadi barisan hadapan dengan dibantu pihak tentera bagi memastikan usaha mengekang pandemik COVID-19 berjaya.
“Sekatan jalan raya akan kembali seperti dulu dan kini di semua kawasan termasuk yang terletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Walaupun pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) mempunyai kuasa yang sama dengan pihak polis (untuk mengadakan sekatan jalan raya sekiranya perlu) di bawah ordinan darurat yang baharu, tetapi kita (ATM) telah bersetuju bahawa kita hanya akan membantu sahaja,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan pelaksanaan PKP hari ini.
SJR akan bermula ditingkatkan tengah malam ini.
Di SELANGOR, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara akan melakukan tiga SJR dan empat penutupan jalan bagi daerah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, tiga SJR adalah di Lebuhraya Selat Klang Utara di hadapan Pusat beli belah AEON Bukit Raja; Plaza Tol Bukit Raja (arah Klang ke Shah Alam) dan Batu 10 Jalan Kapar (dari arah Kuala Selangor ke Klang).
Di JOHOR, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, 51 SJR diadakan di seluruh negeri ini melibatkan penugasan seramai 1,040 pegawai dan anggota polis dan menurutnya penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) ketika PKP juga akan diperhebat lagi.
Di PERAK, Ketua Polis Negeri, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, 16 SJR akan didirikan di sempadan negeri bermula tengah malam ini dan 352 pasukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan di seluruh negeri bagi memastikan PKPB yang dilaksanakan di Perak dipatuhi.
Sementara itu, di PULAU PINANG, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, 39 SJR akan dijalankan membabitkan 1,142 anggota polis, tentera, Jabatan Sukarelawan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sepanjang tempoh pelaksanaan PKP di negeri berkenaan.
“Selain menjalankan pemeriksaan di kawasan SJR turut dilaksanakan pemantauan di premis-premis termasuk kawasan tumpuan pelancong dan rekreasi,” katanya.
Di TAWAU, polis melaksanakan sembilan sekatan jalan raya Op COVID-19 berikutan PKP di seluruh Sabah dan Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas turut mengingatkan orang ramai supaya tidak keluar rumah sekiranya tiada keperluan atau tanpa alasan yang dibenarkan.
Mulai tengah malam ini SJR akan dilakukan di Kilometer 50 Check Point; Jalan Tiku; Batu 2 1/2 Jalan Apas; Jalan Kuhara; Jalan Tawau Lama; Jalan Tanjung Batu; Jalan Utara; Simpang Jambatan Putih dan Road Chek Point (RCP) di Jalan Kalabakan.
Di TERENGGANU, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, lima SJR termasuk di bahagian sempadan akan dilakukan berikutan PKPB di negeri itu.
“Kita ada 544 pegawai dan anggota untuk menjalankan SJR dan rondaan di semua tempat termasuk kawasan kampung.
“Saya amat berharap semua pihak dapat memahami tujuan sekatan ini dan patuhilah SOP yang telah ditetapkan,” katanya dan menambah tiga lokasi SJR di Kemaman iaitu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Paya Berenjut dan Tol Cheneh manakala di Besut, melibatkan Pachakan dan Tok Saboh.
Di PAHANG, Ketua Polis negeri, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, jumlah anggota bagi penugasan SJR mencukupi meskipun kini ramai anggotanya yang berkhidmat di lapangan akibat banjir melanda sembilan daerah di negeri itu.
Beliau berkata, kawalan di sempadan negeri juga akan diperhebatkan selain lokasi SJR dijangka melibatkan lebih daripada 20 kawasan.
Di NEGERI SEMBILAN, 17 SJR di seluruh negeri itu akan dilaksanakan, antaranya di jalan Lubok China/Melaka, Sungai Lui/Pahang, Tampin/Melaka dan Port Dickson/Sepang serta di plaza tol susur keluar masuk dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di tol Pedas, tol Seremban/Labu, tol Nilai/Plus, tol Pajam/Mantin dan tol Setul/Lekas.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, untuk tujuan itu, seramai 150 pegawai dan anggota PDRM akan ditugaskan mengawal laluan keluar masuk ke negeri ini dengan dibantu seramai 140 anggota ATM serta 60 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal pula dalam satu kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya akan melaksanakan tujuh penutupan jalan di beberapa kawasan pentadbirannya sehingga PKP ditamatkan.
Lokasi terlibat ialah jalan 4/56 Gasing Indah, Petaling Jaya; Jalan Persiaran Mahogani, Kota Damansara; Jalan Persiaran Jati, Kota Damansara; dan Jalan Persiaran Sungai Buloh, Kota Damansara; Lampu Isyarat PJU 8/1 Damansara Perdana; susur keluar Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ke Mutiara Damansara/Damansara Perdana; dan laluan masuk tol Damansara ke Bayu Putri.
“Orang ramai dinasihatkan agar terus berada di rumah serta mematuhi PKP agar jaringan wabak COVID-19 dapat diputuskan,” katanya dalam kenyataan. – Bernama
The post PKP 2.0 Bermula: ‘Sekatan Jalan Raya’ dipergiatkan tengah malam ini appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/13/pkp-2-0-sjr-dipergiatkan-tengah-malam-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Di Kelantan Bermula Tengah Malam Ini

Pkp Di Kelantan Bermula Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 260 hits
PETALING JAYA Perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan di Kelantan selama 14 hari bermula 16 hingga 29 Jan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata PKP dilaksanakan susulan peningkatan kes mendadak di negeri itu BERITA LANJUT MENYUSUL
Senarai Lengkap Lokasi Sekatan Jalan Raya Bagi Pkp 2 0 Selama 14 Hari

Senarai Lengkap Lokasi Sekatan Jalan Raya Bagi Pkp 2 0 Selama 14 Hari

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 985 hits
Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 telah bermula pada hari ini selama 14 hari dan akan dilanjutkan sekiranya kes convid masih tinggi Berikutan itu sekatan jalan raya telah di lakukan oleh anggota keselamatan negara untuk menghalang pergerakan ...
Pkp Grabfood Mengambil Tempahan Sehingga Pukul 7 Malam Sahaja

Pkp Grabfood Mengambil Tempahan Sehingga Pukul 7 Malam Sahaja

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 205 hits
Selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia waktu operasi untuk pelbagai perkhidmatan telah pun diubah Salah satunya adalah waktu operasi untuk kedai makan dan juga restoran yang dibenarkan sehingga pukul 8 malam sahaj...
Awani Ringkas Banjir Makin Buruk Di Sarawak Pkp Di Sibu Bermula Esok

Awani Ringkas Banjir Makin Buruk Di Sarawak Pkp Di Sibu Bermula Esok

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 304 hits
Banjir makin buruk di Sarawak PKP di Sibu bermula esok SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astr...
Kerajaan Pertimbang Sekatan Lebih Ketat Seperti Pkp Untuk Atasi Peningkatan Kes Covid 19

Kerajaan Pertimbang Sekatan Lebih Ketat Seperti Pkp Untuk Atasi Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 290 hits
Astro AwaniJelas sumber pakar kesihatan percaya sekatan itu boleh mengurangkan kadar kes harian sehingga 80 peratus Gambar fail KUALA LUMPUR Pihak berkuasa sedang mempertimbangkan langkah sekatan yang lebih tegas seperti dilaksanakan pada p...
12 Pasar Malam Di Sepang Ditutup Sepanjang Pkp

12 Pasar Malam Di Sepang Ditutup Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 309 hits
Oleh AMREE AHMAD Majlis Perbandaran SepangPUTRAJAYA Majlis Perbandaran Sepang memaklumkan semua 12 tapak pasar malam di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu ditutup selama dua minggu Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerak...
Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh Pkp Kementerian Kerja Raya

Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh Pkp Kementerian Kerja Raya

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 229 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerja kerja pembinaan perlu dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di negeri yang terlibat kecuali bagi kerja kerja yang disenaraikan Perkhidmatan Perlu kata Kementerian Kerja Raya Menurut kenyata...
Pecvt Sebelum Pkp Bermula Ramai Pengantin Serbu Pejabat Agama

Pecvt Sebelum Pkp Bermula Ramai Pengantin Serbu Pejabat Agama

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 267 hits
Umum mengetahui bermula 12 malam tadi Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan di enam negeri iaitu di Melaka Selangor Wilayah Persekutuan Sabah Putrajaya dan Pulau Pinang
Pkp Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021

Pkp Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 419 hits
PKP Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021 Selepas beberapa hari pengumuman PKPB dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk negeri Kelantan Dalam beberapa hari itu peningkatan kes Covid semakin membi...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever