Pisang Dengan 5 Khasiat Pentingnya


FMT ReportersBukan hanya sedap dimakan, pisang juga kaya dengan pelbagai khasiat.Pisang boleh ditemui di hampir semua negara di dunia, apatah lagi di negara Asia Tenggara seperti Malaysia di mana buah ini berasal. Ia sesuai dihidangkan pada setiap waktu dan acara. Selain enak dimakan, pisang juga kaya dengan pelbagai khasiat antaranya karbohidrat, kalium, magnesium, selenium, zat besi dan vitamin.
Pisang juga kaya dengan vitamin B6 yang diperlukan untuk kesihatan mental seseorang. Kekurangannya boleh membuatkan seseorang itu mudah letih dan marah serta susah tidur.
Jom lihat apakah khasiat lain:
1. Mengawal kadar gula dalam darah
Buah pisang kaya dengan serat. Ia membantu melambatkan penghadaman dan penyerapan makanan ke dalam darah. Ini akan mengekalkan gula pada kadar yang lebih stabil dan mengelakkan lonjakan gula secara tiba-tiba.
Namun, ini mungkin tidak terpakai untuk penghidap diabetes. Mereka harus mengelakkan mengambil banyak pisang yang masak penuh.
2. Meningkatkan sistem penghadaman
Serat di dalam buah ini juga turut membantu mempertingkat keberkesanan sistem penghadaman. Najis akan menjadi lebih lembut dan pergerakan usus bertambah baik. Sembelit dapat dikurangkan.
3. Membantu penurunan berat badan
Buah pisang merupakan makanan yang mengandungi rendah kalori dan tinggi serat. Dua faktor ini menjadikan ia pilihan yang baik untuk dimasukkan ke dalam diet and bagi mengurangkan berat badan.
Ia membantu memberikan kekenyangan dalam tempoh yang lebih lama. Ini membantu mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.
4. Sihat untuk jantung
Buah ini sangat popular dengan kandungan potassium, meskipun terdapat banyak lagi buah lain yang mengandungi potassium lebih tinggi seperti kurma dan durian. Walau bagaimanapun, potassium yang terkandung di dalamnya adalah penting untuk fungsi jantung.
Potassium yang mencukupi membantu jantung mengepam darah dengan sihat dan sekata. Namun, elakkan mengambil buah ini secara berlebihan jika mempunyai masalah buah pinggang.
5. Mengandungi antioksidan
Antioksidan adalah sangat penting untuk memastikan proses penuaan yang berlaku pada sel-sel di dalam badan tidak berlaku terlalu pantas. Penuaan tidak dapat dielakkan tetapi boleh dikawal.
Penuaan bukan sekadar untuk kekal cantik tetapi juga kekal sihat. Bukan sekadar kulit luaran, sel-sel pada organ dalaman turut mengalami penuaan.
Antioksidan dalam pisang seperti dopamine dan catechins mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung.
Tunggu apa lagi? Jadikan pisang hidangan berkala anda hari ini!
(*) Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/pisang-dengan-5-khasiat-pentingnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manfaat Khasiat Minyak Sacha Inchi

Manfaat Khasiat Minyak Sacha Inchi

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 518 hits
Buah sacha inchi yang matang boleh diproses menjadi minyak sacha inchi Minyak sacha inchi kaya dengan nutrisi atau khasiat yang banyak memberi kebaikan kepada kesihatan dan merawat atau mengurangkan kesan bahaya penyakit Sacha inchi kaya de...
Bayam Brazil Khasiat Dan Cara Tanam

Bayam Brazil Khasiat Dan Cara Tanam

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 390 hits
Bayam Brazil Khasiat dan Cara TanamAssalamualaikum Entry kali ni Ayue nak share tentang khasiat bayam brazil sebab Ayue memang ada tanam bayam brazil ni dekat rumah Tumbuh hijau segar bugar tanpa sebarang penjagaan yang remeh pun Selalunya ...
6 Khasiat Timun Kepada Kesihatan

6 Khasiat Timun Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 290 hits
Timun atau mentimun merupakan sejenis buah yang dimakan seperti sayur sayuran Ia berasal daripada Asia Tenggara yang di tanam hampir di seluruh dunia Timun berbentuk silinder dan berkulit hijau Timun bersifat sejuk telah digunakan sec
Khasiat Kopi Ramai Nak Tahu

Khasiat Kopi Ramai Nak Tahu

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 236 hits
Bagi pencinta kopi minuman ini adalah pendorong kepada tenaga pada tubuh Tidak hairan jika peminat kopi boleh minum lebih dari satu cawan kopi sehari Namun begitu kalau kita boleh mengatur cara kita minum kopi sehari hari ia boleh memberika...
7 Khasiat Halba Yang Perlu Anda Tahu

7 Khasiat Halba Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 194 hits
Adakah anda biasa menggunakan halba dalam masakan Jika anda tidak biasa menggunakannya mungkin juga anda sebenarnya pernah memakan hidangan yang mengandungi halba Contohnya masakan tradisi Terengganu Nasi dagang Tetapi tahukah anda apakah k...
Sedapnya Makan Ubi Keledek Ada Banyak Khasiat Tau

Sedapnya Makan Ubi Keledek Ada Banyak Khasiat Tau

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 765 hits
Sesekali menikmati keenakan ubi keledek yang digoreng dibakar direbus ataupun dibuat pengat memang terangkat selera Kalau kat kampung selalulah Lagipun ubi keledek salah satu makanan tradisional banyak khasiat nie menjadi kegemaran mak sis ...
Pentingnya Orang Perempuan Sediakan Tudung Kecemasan Di Dalam Rumah

Pentingnya Orang Perempuan Sediakan Tudung Kecemasan Di Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 302 hits
waktu macam ni memang perlukan tudung kecemasan Bukan apa bila ada tetamu mengejut macam ni ha camne tuh JAdi MF pun biasa sangkut tudung tudung segera ni kat dapur ruang tamu atau tandas supaya tak terkejut macam ni cukuplah tudung ni tudu...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Infinix Gt 20 Pro Antara Golongan Pertama Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Yang Menyokong Pubg Mobile Dalam 120fps

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kdn Fc Berputih Mata Di Laman Sendiri