Pisang Abu Goreng




Saya ingin kongsikan petikan dari video Kuliah Subuh Ustaz Ubaidillah Al Musawi dengan tajuk Jaga Allah. Percakapan kita ada baik buruk. Nabi kalau bercakap, semua benar belaka. Fitnah yang kita faham ialah bila kita hanya cakap benda tak betul. Sedangkan fitnah adalah termasuk pembunuhan, perbalahan, permusuhan dan menyimpang dari kebenaran. Fitnah adalah umpama gelap pada waktu malam.
Nabi bersabda, Aku tinggalkan kamu dengan 2 perkara iaitu Al Quran dan sunnah. Sunnah adalah benteng terakhir. Menutup pintu kemurkaan Allah.
Hadis riwayat Ibnu Abbas, satu hari aku naik unta dok belakang nabi. Unta nabi bawa orang. Ini sifat tawadduk Nabi, di mana nabi sendiri buat. Seperti biasa, Nabi ambil peluang untuk berdakwah. Bila bermusafir, jangan tinggalkan dakwah, nasihat dan kebaikan. Ini setengah orang bila melancung, tak jaga aurat. Tinggal agama bila dalam musafir. Sedang agama patut dibawa di mana sahaja kita berada.
Nasihat Nabi ialah jangan mengumpat saudara kamu. Adakah kamu suka makan bangkai saudara kamu sendiri. Ilmu ada tapi tak amal. Bila masuk lewat ke masjid tegur budak budak buat bising. Ini pahala kita patut dapat walaupun datang lewat ke masjid.
Nasihat Nabi, Kamu jaga Allah. Kita hamba, kita perlukan Allah. Tiba tiba hadis kata kita kena jaga Allah. Apa maksudnya? Maknanya kamu jaga perintah Allah, jaga agama Allah, syariaat Allah. Allah suruh solat, zakat, Haji, jangan ambil harta orang secara haram, jangan dekati zina, jangan berkata suatu yang kamu tak tahu, jangan cela orang lain. Kalau kamu jaga Allah, Allah jaga kamu. 
Dalam hidup, kita perlu penjagaan Allah. Maksudnya malaikat jaga kita, akan catat amal tanpa cuai, apa kamu cakap, tulis dan buat, semua malaikat catat kecil atau besar, baik atau jahat. Tengok waiter tak pakai tudung, kita pun dapat dosa. Kita tengok orang lelaki berniaga pakai gelang, kita tak tegur. Ini juga dosa. Kita pulak beli barangan yang dia jual.
Ada yang jaga kamu setiap orang. Ada orang fitnah kita, jangan risau. Ada Allah yang akan balas semua perbuatan mereka. Dekat mati, kami akan tunjuk pada mereka sehingga terbeliak mata. Itu janji Allah. Allah tak tidur. Allah tunggu masa tepat untuk balas. Allah jaga. Jangan ingat kita tak mati nak buat aniayai kat orang.
Kedua, Allah jaga kita dari semua perkara tak elok. Jadikan malaikat bergilir gilir dari depan belakang siang malam menjaga manusia sebagai perintah dari Allah. Setiap orang ada 2 malaikat jaga depan belakang. Jika Allah tak izin berlaku, malaikat akan tahan dari berlaku. Tak jadi accident kerana Allah jaga.
Masa tidur, Allah jaga. Allah yang mematikan setiap jiwa. Ketika tidur, Allah genggam roh dan tak dipulangkan roh sehingga ajal kematian. Allah tentukan. Cara nak Allah jaga kamu ialah jaga Allah. Jaga ketaatan pada Allah, jaga perintah Allah. Sebagaimana Allah jaga pemuda Al Kahfi. 309 tahun tidur. Tak terbayang dek akal kita. Tak mati, tak makan, tak minum tanpa ada orang sedar. Anjing jaga dalam keadaan mata terbuka walhal sedang tidur. Tidur dalam mata celik sebagai perlindungan dari musuh.
Kamu jaga Allah dengan perkara sunnah kamu buat Allah sayang. Belum minta dah bagi. Kalau nak minta sesuatu, minta dengan Allah dulu sebelum minta petua. Ini tidak. Bila doktor kata tak ada ubat, baru nak minta dengan Allah. Sepatut sebelum jumpa doktor, dah berdoa minta dari Allah. Allah jaga kesihatan kita, kerja kita, tak mengeluh dengan manusia. Jangan mengeluh kat facebook dulu.
Hidup kita sentiasa rasa ada Allah. La Tahzan jangan sedih jangan dukacita kerana Allah ada bersama. Allah ada bersama. Setiap masa, minta dan mengadu dengan Allah. Garam pun minta dengan Allah. Nabi kata kalau berkumpul 1 dunia untuk celakakan kamu. Tak akan berlaku selagi Allah tak izinkan.

Saya rasa ramai orang Kelantan yang suka makan pisang Abu. Kalau di sana dipanggil pisang kebatu. Lagi lagi yang isinya warna kuning. Kalau tak suka pisang Abu, maknanya belum cukup lagi keKelantanannya. Haa gituuu…
Pisang ni bukan sahaja sedap dimasak pengat, sira atau goreng tapi juga sedap direbus. Pisang rebus adalah makanan sarapan yang sangat terkenal di Kelantan. Kalau guna pisang lain tak sama rasanya dengan pisang ini. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

Pisang Abu GorengOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 sikat pisang Abu1 cawan tepung beras¼ cawan tepung gandumSedikit serbuk kunyitGaram1 sudu besar minyak panas
Cara cara:Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati. 
Panaskan minyak dan ambil 1 sudu minyak panas dan masukkan ke dalam adunan tepung. Kacau rata dan sedia untuk digunakan. 
Pisang dibelah menjadi 3 keping. Celup dalam tepung dan goreng dalam minyak yang panas. Goreng sehingga pisang sedikit timbul dan sedikit keperangan. 



Angkat dan tos. Sedia untuk dinikmati. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/09/pisang-abu-goreng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang Di Restoran Jasmin

Makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang Di Restoran Jasmin

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 134 hits
Assalamualaikum WBT BANYAK sungguh gambar makanan dalam galeri handphone Sk ni ha Apa ke tidaknya asal makan jer nak kena ambil gambar dulu Cuba juga tak nak ambil gambar tapi tak boleh janggal jadinya hahahaha Ikut tarikh pada gambar 11 Ju...
Bihun Goreng Tanpa Sayur

Bihun Goreng Tanpa Sayur

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 117 hits
Haha tayang gambar makanan dari kuali aje punyalah malas nak placing lawa lawa dalam pinggan tak tahulah nak cakap pemalas level apa Mama Yan ni yer MY suka nak tulis tulis aje Malas nak ambil gambar lawa lawa Ni bihun yang MY goreng untuk ...
Breakfast Mee Goreng Roti Jala Kuah Kari

Breakfast Mee Goreng Roti Jala Kuah Kari

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 120 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Sarapan pagi untuk hari ni ada dua menu iaitu mee goreng dan juga roti jala kuah kari Jarang jarang sekali tau CCL makan mee dan CCL bukanlah seorang pengemar mee goreng Entah tiba tiba pagi ni teringin p...
Resepi Nasi Goreng Udang Wantan Goreng

Resepi Nasi Goreng Udang Wantan Goreng

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 92 hits
NASI GORENG UDANG WANTAN GORENGBahan 2 cawan nasi sejuk lerai2kan1 sudu besar udang kering rendam kejap dan toskan ditumbuk10 biji cili padi ditumbuk 1 ulas bawang putih ditumbuk1 biji bawang merah ditumbuk2 biji bawang merah dihiris6 batan...
Nasi Goreng

Nasi Goreng

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 92 hits
Assalamualaikum Salam Khamis Pagi ni LM buat nasi goreng untuk bekal dan sarapan anak Tapi si Syahim saja yang bawa bekal sebab Aish demam panas sejak petang semalam sampai kami terpaksa ambil dari sekolah Kakak pula takmo bawa bekal nasi g...
Mee Segera Goreng

Mee Segera Goreng

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 132 hits
Assalamualaikum Salam Isnin Pagi ni LM cuma gorengkan mee segera yang tiada Perencah untuk sarapan dan bekal anak ke sekolah Mee segera yang biasa LM guna biasanya brand Cintan Eh tapi dah terbiasa sebut instant noodle tu megie Kalau menu n...
Cara Buat Mi Sanggul Goreng Basah Makan Panas Panas Memang Sedap

Cara Buat Mi Sanggul Goreng Basah Makan Panas Panas Memang Sedap

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 209 hits
Kebiasaannya nak buat mi goreng basah kita gunakan mi kuning tapi boleh juga diganti dengan mi sanggul Rasa mi sanggul goreng basah ini memang sedap terutama kalau makan panas panas Nak cuba Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Cara buat mi s...
Cempedak Goreng

Cempedak Goreng

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 86 hits
Cempedak goreng tempat kalian berapa harganya Ipar LM kata rm10 dapat 9 ketul Dik Ad kata di Behrang rm2 dapat 4 ketul kalau tak silap LM Alhamdulillah besar dan tebal ulas cempedak yang abang ipar LM beri minggu lepas ni Ada sebiji lagi be...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab