Bihun Goreng Tanpa Sayur



Haha... tayang gambar makanan dari kuali aje.punyalah malas nak placing lawa lawa dalam pinggan.tak tahulah nak cakap pemalas level apa Mama Yan ni...yer.. MY suka nak tulis tulis aje.Malas nak ambil gambar lawa lawa...
Ni bihun yang MY goreng untuk makan malam kami sekeluarga..Kadang kadang anak anak ni taknak makan nasi..Diorang nak makan mihun lah.. mi goreng la.. jemput-jemput & lempeng lah...Layan aje la kan...Tapi tulah..Masak untuk anak anak ni,tak payah letak sayur,Nanti diorang kuis kuis sampai sakit mata kita ni tengok,Baik tak payah letak sayur,Lahu je diorang makan.Mata sedap memandang,Hati pun senang..
Bihun MY ni,walaupun merah Mak Ngah,Tapi taklah pedas sangat.Sebab Mama Yan beli cili kering yang tak pedas.Kat pasar minggu selalu ada jual beberapa jenis cili kering..Dia dah ada bagi kategori dah..Cili kering pedas, kurang pedas, tak pedas.dan semestinya Mama Yan ambil yang tak pedas.Dah la guna cili kering yang tak pedas,Lepas kisar, Mama Yan guna dua sudu makan aje.Malas nak masak pedas pedas...


Resepi Bihun Goreng 
1 bungkus bihun 2 biji bawang merah saiz sederhana besar4 ulas bawang putihsejemput ikan bili 2 sudu cili kering kisar - (dalam 8-10 tangkai cili kering)3 ekor sotong saiz sederhana (takde takpe)10 ekor udang dibuang kulit (takde takpe)3 sudu sos tomato2 sudu sos cili2 sudu sos tiramGaram secukup rasagula 3 suduMinyak untuk menumisSecawan air - jika perlu
Cara memasak bihun goreng:
1. Rendam bihun dalam air masak suhu bilik. Guna air masak ye, untuk elak bihun menyerap bau klorin air paip. Nak guna air bertapis pun ok juga. Suhu air, jangan guna air panas, nanti bihun benyek benyai...
2. Sementara rendam bihun, bolehlah mula kupas bawang dan kisar bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili kering kalau takde simpan stok cili kering kisar.
3. Potong sotong kecil kecil. Kopek kulit udang. kalau taknak buang kulit pun boleh juga.MY saja buang siap siap sebab nanti anak anak makan tak comot.Eh bukan anak anak, anak sorang je tu yang makan sentiasa comot... Si Ucid tu.Anak yang lain makan bersih aje...hahahaKalau takde udang dan sotong boleh ganti dengan ayam, takpun ganti dengan fishball fishcake.Lauk ni pilihan.Ni sebab MY kehabisan stok ayam... belasah la apa yang ada dalam freezer.
4. Tumis bahan kisar dalam minyak yang telah dipanaskan.Kemudian masukkan cili kisar.Kacau sehingga cili dan bawang betul betul masak.
5. Masukkan lauk pauk ayam ke, udang ke, sotong ke, fishball ke...
6. Kacau kacau bagi air lauk tu keluar... 
7. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula.
8. Kacau rata dan masukkan pula bihun yang telah direndam tadi.
9. Kacau rata bihun sehingga bihun betul betul lembut.Kalau belum cukup lembut tambahkan air lagi.
10. Sedia untuk dihidangkan


Sikit je letak cili kisar tu. Buat warna merah je.Anak anak MY ada yang suka dan kuat pedas macam Ucid,Ada yang suka pedas tapi tak berapa kuat macam abang dengan Moq,Ada yang langsung tak kuat pedas macam Mijan, Sarah dan Aril,Mama Yan dan suami dua dua suka pedas,Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni,suami MY dah kurang makan pedas.Mama Yan kurangkan makan pedas sejak mengandungkan Aril.Tapi boleh aje nak makan pedas sekali sekala.Sekarang?Huhuhu... makan pedas sikit memang ulang alik ke bilik termenung aje la..

Nampak macam mewah pulak letak ayam sotong ek..Sebab takde dalam jadual nak masak bihun ni,Tu yang terpaksa letak apa yang ada dalam freezer

ada orang suka rendam bihun dalam air panas, kemudian toskan.Lepas tu masa masak tinggal gaul gaul je.Tapi MY selalu rendam dalam air sejuk suhu bilik aje.Lepastu dalam kuali letak air lagi untuk bagi dia lembut.Pada MY kalau macam ni rasa bihun tu lebuh sedap lagi sebab dia resap air bumbu.tapi kalau buat macam nu,lambat sikit la masaknya..Kena guna tenaga juga untuk menggaul.
Okay senang je kan masak bihun goreng.Paling mudah nak disediakan.Kiranya kalau ada tetamu datang,Ini antara menu yang ekonomi, mudah dan cepat la nak disediakan.Sekian, wassalam.


 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2024/09/bihun-goreng-tanpa-sayur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang Di Restoran Jasmin

Makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang Di Restoran Jasmin

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 127 hits
Assalamualaikum WBT BANYAK sungguh gambar makanan dalam galeri handphone Sk ni ha Apa ke tidaknya asal makan jer nak kena ambil gambar dulu Cuba juga tak nak ambil gambar tapi tak boleh janggal jadinya hahahaha Ikut tarikh pada gambar 11 Ju...
Cempedak Goreng

Cempedak Goreng

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 82 hits
Cempedak goreng tempat kalian berapa harganya Ipar LM kata rm10 dapat 9 ketul Dik Ad kata di Behrang rm2 dapat 4 ketul kalau tak silap LM Alhamdulillah besar dan tebal ulas cempedak yang abang ipar LM beri minggu lepas ni Ada sebiji lagi be...
Pantau Bukan Haram Kan Industri Sayur Warga Asing

Pantau Bukan Haram Kan Industri Sayur Warga Asing

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 145 hits
Kebun sayur haram diusahakan pendatang asing di Alor Gajah Melaka Foto ihsan Persekutuan Penanam Sayur1 Persatuan pengguna gesa kerajaan pantau kebun haram diusahakan pekerja asingKUALA LUMPUR Beberapa persatuan pengguna meminta pihak berku...
Sayur Dua Ringgit Satu Bakul

Sayur Dua Ringgit Satu Bakul

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 100 hits
AssalamualaikumKisah LM ke pasar setiap hujung minggu pasti dah jemu korang membacanya Tapi setiap kali ke Pasar Pudu ni LM sentiasa teruja membeli walau hanya beli sayur saja Hehe Pakchoy LM ambil 1 bakul saja sebab tak plan nak masak sayu...
Bakwan Sayur Rangup Resipi Mudah Pikat Selera Anak Yang Cerewet Makan

Bakwan Sayur Rangup Resipi Mudah Pikat Selera Anak Yang Cerewet Makan

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 156 hits
Sedapnya Bakwan Sayur rangup ni Bila cicah dengan sos lagi bertambah enak Buat yang pening fikir nak masak apa untuk sarapan makan pagi dan minum petang bolehlah cuba resipi Bakwan ni Masak macam ni boleh pikat selera anak Yang cerewet maka...
Sayur Satu Bakul Seringgit

Sayur Satu Bakul Seringgit

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 117 hits
Assalamualaikum Restock barang basah untuk kegunaan seminggu dua Minggu lepas tak beli barang sebab pulang ke kampung maka minggu ni perlu beli stok serba sedikit agar mudah nak masak barangnya sudah tersedia Cili besar cili api merah dan c...
Mee Segera Goreng

Mee Segera Goreng

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 126 hits
Assalamualaikum Salam Isnin Pagi ni LM cuma gorengkan mee segera yang tiada Perencah untuk sarapan dan bekal anak ke sekolah Mee segera yang biasa LM guna biasanya brand Cintan Eh tapi dah terbiasa sebut instant noodle tu megie Kalau menu n...
Pisang Abu Goreng

Pisang Abu Goreng

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 76 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari video Kuliah Subuh Ustaz Ubaidillah Al Musawi dengan tajuk Jaga Allah Percakapan kita ada baik buruk Nabi kalau bercakap semua benar belaka Fitnah yang kita faham ialah bila kita hanya cakap benda tak betul...
Masak Nasi Lemak Sotong Goreng Tepung Berhati Hati Di Jalan Raya

Masak Nasi Lemak Sotong Goreng Tepung Berhati Hati Di Jalan Raya

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 125 hits
Assalamualaikum WBT MALANG memang tidak berbau tetapi sentiasalah berhati hati dalam apa jua keadaan Sk masih ingat sejak sekolah rendah pun kita telah diajar cara hendak melintas jalan toleh kiri toleh kanan kemudian toleh kiri lagi sekali...
Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang Elite Edge Takaful Etiqa

Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Kalau Banjir Dulu Mb Terengganu Ke New Zealand Kali Ini Ke Manchester Uk

Asus Bakal Buat Majlis Pelancaran Maya Untuk Ces 2025

Gelaran Raja Utara Milik Kedah Fans Penang Bengang Tak Boleh Makan Lawan Tak Bergaji Netzkorner

Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua Bunga Nak Jadi Kakak Dah