Pirake Slim Jadi Ruang Menilai Mahathir Dan Anwar


ULASAN
Mohd Zaidi Aziz. Foto: BH.TAHNIAH diucapkan kepada Umno-BN kerana berjaya mengekalkan kerusi DUN Slim dalam pilihan raya berakhir semalam dengan memperolehi majoriti 10,945 menerusi calonnya, Mohd Zaidi Aziz. Kemenangan dengan majoriti besar itu menggembirakan UBN. Nama lagi kemenangan, ia menggembira pihak yang mendapatnya.

Berbagai ulasan segera telah dibuat oleh para pemerhati dan penganalisa politik berhubung kejayaan BN itu, serta unjuran dan pencitraan politik selepas ini. 
Rata-rata ulasan itu saya dapati kesimpulan dibuat, kekalahan calon bebas, Amir Khusyairi Tanusi yang dinaungi parti belum didaftar Pejuang pimpinan OT95 ialah kerana OT95 itu sendiri.

Implikasi dan beban diterima Amir yang bertanding menggunakan lambang Pokok diletakkan kerana dia disokong OT95, Dr Mahathir Mohamad. 
Nafsu politik.
Ada anggap dan membuat tafsiran politik, nasib diterima calon bebas itu memberi gambaran Dr Mahathir sudah tidak mempunyai pengaruh lagi. Kemerosotan undi diraih Amir itu dikaitkan dengan sikap pengundi yang bosan dengan gelagat dan nafsu politik OT95 yang tidak pernah kendur. Undi di Slim kepada calon BN itu dikira protes kepada OT95 bukan suara naluri sebenar mereka yang berada di atas pagar. 

Kalau benar begitu, maka rentetan daripada sebab kekalahan calon bebas itu tentu menjadi tanda tanya untuk kerusi Slim dan nasib politik negara di masa akan datang. Bagaimana pun saya tidak kira suasana dan mood di Slim akan terhimbau ke negeri Bawah Bayu yang akan mengadakan Pirane para hujung September nanti. Apa yang berlaku di Slim terlalu kecil untuk mengarus hingga ke Sabah. 
Persoalannya apakah kerusi itu akan dapat ditawan pembangkang apabila OT95 sudah tidak berada dalam cakrawala politik lagi ketika itu?  Ini perkara yang boleh disangkutkan dengan apa yang berlaku kalau di Slim benar OT95 jadi faktor penyebab kemerosotan undi Amir seperti dianalisakan itu. 

Kalau benar begitu bermakna BN tidak boleh rasa selesa untuk menghadapi kerusi Slim dan pilihan raya negara akan datang sekiranya OT95 sudah pensiun daripada politik

Sehubungan daripada kekurangan undi diraih calon sokongan pembangkang itu, (yang memungut hanya 2,115 undi) juga memberi dua indikator lain. Bahawa kesan politik juga diterima oleh mereka yang bersama OT95 dan tidak bersama OT95. 
Di sini saya lihat, Parti Amanah Negara (Amanah) yang begitu "memerut" kepada OT95 menerima tempiasnya juga. Kerabat OT95 yang aktif membantu calon bebas adalah kalangan pemimpin Amanah. Hampir semua pemimpin Amanah turun berkempen walaupun sekadar menyatakan solidariti kepada calon bebas.  
Justeru kegagalan calon bebas itu turut sama terpikul oleh Amanah. Orang akan menganggap bahawa di Slim Amanah tidak ada penyokong dan pemimpin parti itu gagal untuk menarik penyokong dan ahli Pas di Slim yang juga rakan dan kawan mereka sebelum ini. Apakah kehadiran mereka, toh menjadi liabiliti kepada calon bebas?
Berbeza apa dialami Anwar Ibrahim yang dilihat tidak mempedulikan Pirake itu berada dalam tanda tanya. Apakah kekurangan undi calon bebas disokong OT95 itu berlaku kerana tanpa penglibatan Anwar dan keadaan ini menyebabkan penyokong dan ahli Keadilan tidak gemas untuk turun mengundi? Terutamanya pengundi bukan Melayu yang dilihat lebih seronok mendengar retorika berbanding cerita lapok Mahathir mencerca Najib Razak. 
Jika perkiraan ini benar bermakna Anwar juga menjadi faktor kepada kekurangan undi calon bebas itu.

Apakah sekiranya Anwar ikut jejak kaki ke Slim masuk ke Felda Tronoh atau Besout, maka jumlah undi akan berbeza, atau tambah mengurangkan lagi? Citra Anwar sebagai pemimpin rakyat lebih terang daripada citra Mahathir. 
Dalam hal ini apabila Anwar tidak turun beliau terselamat daripada dibuat andaian atau dijadikan ukuran. Dan sekiranya Anwar menjadi faktor pengundian, di masa akan datang di Slim dan dimana-mana juga keadaan seperti Slim akan berubah dengan adanya penglibatan Anwar

Undi fundamental.Sesuatu yang menarik kalau diperhatikan kepada pencapaian BN di Dun Slim apabila membandingkan dengan empat pilihan raya lalu. Undi fundamental BN di Slim berdasarkan empat pilihan raya umum sebelum ini adalah sekitar 8,000. Undi fundamental ini datang daripada kalangan Melayu kerana Dun Slim itu diwakili oleh lebih 70% pengundi Melayu.  

Piraum 2004, BN meraih (8,318), Piraum 2008 (8,233), Piraum 2013 (11,152) dan Piraum 2018 (8,327). Manakala undi diraih Pas untuk empat Piraum itu, 2004 (3,443), 2008 (4,707), Piraum 2013 (7,299), [tertinggi], Piraum 2018 (4,103).

Memerhati dan menyimpul angka-angka ini boleh dirumuskan undi fundamental menjadi aset BN sebanyak 8,000 manakala Pas 5,000. Dimana jika dicampur keduanya undi aset ini berjumlah 13,000.
Apabila calon BN Zaidi mengutip jumlah undi 13,060 semalam, ia merupakan kombinasi undi fundamental Umno dengan Pas berdasarkan pencapaian kedua-dua parti itu sebelum ini

Justeru kedudukan kerusi itu di masa akan datang bergantung kepada kekompatan kerjasama Umno dengan Pas, dan juga ketiadaan OT95 dan penglibatan peribadi Anwar disitu. Kedudukan itu akan berubah dan Slim bukan boleh dikatakan kerusi tetap atau kekal kepada BN selama-lamanya. Dengan berlaku perubahan pola-pola lain seperti taraf pengundi, isu mendatang, krisis dalam parti memerintah kini (PN) ia turut mengubah kedudukan kerusi Slim kepada BN itu.  

Dari sisi lain, keputusan pilihan raya Slim tidak memberi apa-apa kesan kepada Bersatu dibawah pimpinan Muhyiddin Yassin sekarang ini. Ternyata undi dipungut calon Bersatu dalam Piraum 15 lalu yang berada dalam Pakatan Harapan (PH) sebanyak 6,114 tidak membawa kesan besar atau mempengaruhi kemenangan besar calon BN, Zaidi
 Sebaliknya sekiranya apa berlaku di Slim itu suatu realiti, ternyata muafakat antara Umno dengan Pas bakal menjadi satu gelombang politik baru khususnya di kawasan-kawasan kerusi yang didominasi oleh orang Melayu. Kemungkinan meletusnya gelombang ini tidak boleh diremehkan, dan ia menjadi kenyataan kalau Umno dan Pas (MN) dapat menguruskan dengan baik persiapan under ground yang dilakukan oleh Bersatu untuk mengekalkan kerajaan yang dibentuk menerusi pemalingan itu. 
Perkara yang boleh diperkirakan juga ekoran kehilangan ramai pengundi di Slim (dimana hanya 68.4% sahaja yang keluar), yang tidak hadir bakal menjadi penentu dan pencorak Dun Slim di masa akan datang. Lebih 30% pengundi yang tidak hadir itu boleh menjadi penentu di masa akan datang. 
Dipercayai mereka yang enggan keluar mungkin terdiri daripada penyokong atau ahli PKR yang geli geleman dengan sikap OT95 yang dianggap menganiaya tokoh mereka, Anwar Ibrahim atau pun orang tidak berparti yang sudah muak dengan tingkah dan gelagat politik. [wm. 10:58 am 30/08/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/08/pirake-slim-jadi-ruang-menilai-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Berdendam Dengan Tun Mahathir Punca Tidak Bantu Calon Di Prk Slim

Anwar Berdendam Dengan Tun Mahathir Punca Tidak Bantu Calon Di Prk Slim

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 492 hits
PEMIMPIN dari parti Tun Mahathir mengatakan perletakkan calon pejuang yang hanya berani menggunakan lambang pokok dalam PRK Slim tempohari bertujuan untuk memperkenalkan parti pejuang adalah bodoh Ini umpama menganiaya calon dari parti Tun ...
Tanya La Ot95 Tu Kenapa Anwar Tidak Di Slim Buat Tanya Pulak

Tanya La Ot95 Tu Kenapa Anwar Tidak Di Slim Buat Tanya Pulak

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 260 hits
Buat buat tanya plak nape Anwar tak berkempen di Slim Tanya saka tu siapa yang tak perlukan kerjasama Anwar Itu pun atas ihsan peribadi ada la beberapa pemimpin Keadilan datang kempen di Slim Memang patut kalah pun dan memang patut ramai ta...
Pasca Prk Slim Anwar Tun Perlu Kerjasama Semula Lawan Pn

Pasca Prk Slim Anwar Tun Perlu Kerjasama Semula Lawan Pn

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 283 hits
Dr Razam Ramli Matlamat Lebih Besar PRK DUN Slim Untuk PRK DUN Slim saya akan hubungi kawan kawan sama ada jentera atau yang memang tinggal di sana untuk dapatkan maklumat Kedua dua pihak untuk dapatkan gambaran yang lebih adil Kata kawan s...
Dr Mahathir Memperlekehkan Peneroka Felda Dalam Ceramah Kempen Prk Slim

Dr Mahathir Memperlekehkan Peneroka Felda Dalam Ceramah Kempen Prk Slim

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 364 hits
Dalam ceramah kempen PRK Slim pada hari Khamis lepas dalam program sepetang bersama Tun Dr Mahathir di Pusat Bandar Felda Gunung Besout 3 Dr Mahathir sekali lagi memperlekehkan masyarakat peneroka Felda dengan menganggap masyarakat peneroka...
Najib To Rebut Dr Mahathir In Last Lap Of Slim Race

Najib To Rebut Dr Mahathir In Last Lap Of Slim Race

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 296 hits
Zainal Epi Malay Mail Online About 2 540 Chinese voters in Slim are still undecided Their sentiments are hard to read as few have attended the rallies held by MCA on behalf of Barisan Nasional and DAP for the candidate of Tun Dr Mahathir Mo...
Wasn T It Mahathir Who Advised The Agong To Pardon Anwar

Wasn T It Mahathir Who Advised The Agong To Pardon Anwar

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 256 hits
Matthias Chang Tun Dr Mahathir Mohamad is getting really stupid asking MPs to oppose the Supplementary Budget Bill when we are already in the middle of a crisis Thank God Pakatan Harapan is not in power Tun must be blur and or sleeping and ...
Prk Slim Pokok Mahathir Tumbang Bn Menang Majoriti 10 945 Undi

Prk Slim Pokok Mahathir Tumbang Bn Menang Majoriti 10 945 Undi

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 412 hits
TERKINI BN MENANG majoriti 10 945 undi 7 00 malam TIDAK RASMI Mengikut kiraan undi awal jumlah undi yang diperolehi BN meningkat kepada 95 peratus berbanding 80 peratus yang diperolehnya pada tahun 2018 Calon Pejuang pula menerima 4 37 pera...
Prk Slim Noktah Terakhir Kerjasama Ph Mahathir

Prk Slim Noktah Terakhir Kerjasama Ph Mahathir

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 337 hits
1 Calon BN mendapat 13060 undi manakala Calon PEJUANG mendapat 2115 undi dengan majoriti kemenangan Calon BN sebanyak 10945 undi 2 PEJUANG turun dengan reputasi besar Mahathir selaku bekas Perdana Menteri sebanyak 3 kali bekas Pengerusi BN ...
Majoriti Lebih 10 000 Undi Mahathir Malu Besar Di Prk Slim

Majoriti Lebih 10 000 Undi Mahathir Malu Besar Di Prk Slim

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 744 hits
Mohd Zaidi Aziz calon BN menang besar di PRK Slim Mohd Zaidi dapat 13 060 undi calon Mahathir dapat 2 115 undi dan calon bebas dapat 276 undi Majoriti sebanyak 10 945 undi Kemenangan calon BN dengan majoriti besar ini memalukan Mahathir dan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord