Pintu Diketuk Bila Dijengah Tiada Orang Saka Pak Saad Masih Ganggu Penduduk Walaupun Sudah 17 Tahun Berlalu
The Reporter
Sinar Harian hari ini melaporkan lapan penduduk kampung mengalami gangguan misteri di mana pintu rumah mereka diketuk tetapi apabila diperiksa, tiada sesiapa yang kelihatan di luar pintu.
M Razali, 50, berkata, dia bersama 30 pemuda dari kampung lain menjalankan rondaan sebelum itu bergegas ke rumah penduduk terbabit selepas menerima aduan. Tetapi apabila tiba di lokasi kejadian, tiada sebarang penampakan.
Menurut Twitter Majalah Mastika, pernah berlaku kejadian di mana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan dan menurut Mastika, ia merupakan kisah benar.
TERINGAT kisah pada tahun 2001 di mana sebuah kampung diganggu ketukan pintu misteri. Ada jiran yang menjadi saksi. Apabila pintu diketuk, mereka jengah di tingkap. Tiada siapa tapi pintu itu masih diketuk.
Kisah ini berlaku di sebuah kampung terpencil di Perak. Terjadi kisah ini selepas pengebumian jenazah seorang warga emas. Menjadikan lebih gerun, mayatnya dijumpai di rumah setelah dua minggu kematiannya. warga emas ini tinggal bersendirian di rumah tersebut.
Pak Saad (bukan nama sebenar), semasa hidup, Pak Saad sangat ditakuti oleh orang kampung dengan sikap panas baran dan pemarah. Orang kampung juga sering ternampak Pak Saad ke tanah perkuburan pada setiap malam. Ada yang mengatakan dia pergi ke kubur arwah isterinya.
Ada juga orang kampung mengekori Pak Saad ke kubur. Memang ternyata di melawat ke tanah perkuburan isterinya. Tetapi kenapa di tengah malam iaitu diwaktu jam 3:00 pagi? Lebih mencurigakan, Pak Saad sering membawa bekal ke tanah perkuburan. Tiada siapa yang tahu apa kandungannya.
Diringkaskan cerita, arwah isteri Pak Saad adalah seorang Orang Kelainan Upaya (OKU). Isterinya tidak mempunyai tangan dan mereka juga tiada anak serta hidup berdua di rumah kampung yang usah. Maka segala urusan rumah mahupun memasak dan menyuapkan makanan adalah kerja Pak Saad.
Kematian isterinya amat mengejutkan dirinya kerana dia tiada lagi tempat mengadu dan sedih teramat. Sejak dari itu, Pak Saad sering ke tanah perkuburan pada setiap malam.
Ada yang mengatakan Pak Saad membawa bekal makanan untuk menyuap arwah isterinya. Ada juga orang kampung mendakwa ternampak kelibat wanita tanpa tangan di rumah Pak Saad. Ada yang mengatakan Pak Saad cuba buat pujaan untuk hidupkan isterinya atau lebih kurang membela saka untuk menyerupai isterinya
Setelah setahun berlalu, orang kampung digemparkan dengan kematian Pak Saad. Pak Saad ditemui meninggal di rumahnya dalam keadaan yang mengerikan dan berbau. Orang kampung menemui mayatnya setelah dua minggu kematiannya
Setelah selesai dikebumikan, malam tersebut orang kampung mula diganggu dengan ketukan satu persatu pada setiap pintu rumah. Apabila diperiksa, tiada orang. Kecoh satu kampung dibuatnya.
Ada yang kata saka Pak Saad minta suap makan, ada yang nampak arwah Pak Saad di depan pintu.
Ketukan berlaku selama tiga hari dan berlaku setiap jam 3:00 pagi. Orang kampung mula cemas dan terganggu. Jadi mereka meminta dukun dan juga imam surau membantu perkara ini. Dapat kepastian ini berpunca dari rumah Pak Saad. Jadi orang kampung pun pergilah ke rumah Pak Saad.
Dengan meminta izin saudara Pak Saad, mereka menyelongkar rumah Pak Saad dan menemui sepucuk surat wasiat yang didalamnya berisi. Pak Saad meminta dia dikebumikan di sebelah arwah isterinya jika tidak, isterinya (saka) akan meminta makanan di setiap rumah orang kampung.
Orang kampung beranggapan ketukan itu dari Pak Saad yang ingin dikebumikan di sebelah kubur isterinya. Tetapi bagaimana nak tanam balik di sebelah kubur isterinya, kerana sebelah kubur isterinya sudah pun ada kubur orang lain. Jadi, tak elok untuk korek balik dan alihkan.
Penyelesaiannya ialah, mereka membuang saka tersebut dari kampung dengan pertolongan imam dan pakar perubatan. Saka tersebut dapat dihalau dan orang kampung tidak lagi diganggu ketukan tersebut. Kisah ini adalah kisah benar yang kami interview dan kaji.
Sumber: Majalah Mastika
January 14, 2019 at 12:13PM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://atmknews.blogspot.com/2019/01/pintu-diketuk-bila-dijengah-tiada-orang.html