Pintas Apple Perak Kini Aset Ketiga Paling Bernilai Dunia


Pintas Apple, Perak Kini Aset Ketiga Paling Bernilai Dunia
Harga perak terus melonjak pada 2025, sekali gus mengatasi prestasi emas dan mencatatkan kenaikan luar biasa dalam sejarah pasaran komoditi.
Niaga hadapan perak pada 23 Disember diniagakan sekitar AS$70.29 satu auns, meningkat lebih 140 peratus sejak awal tahun dan mencapai paras tertinggi harian AS$70.80.
Lonjakan ini menjadikan nilai pasaran perak mencecah kira-kira AS$4.04 trilion, melepasi nilai syarikat teknologi gergasi Apple yang bernilai sekitar AS$4.02 trilion.
Keadaan ini sekali gus meletakkan perak sebagai aset ketiga paling bernilai di dunia ketika ini, di belakang emas dan Nvidia.
Mengapa harga perak melonjak tinggi? Menurut Business Today, kenaikan ketara harga perak dipercayai didorong oleh beberapa faktor. Antaranya:
1. Jangkaan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) Pasaran menjangka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan melonggarkan dasar kewangan pada tahun 2026. Ini bermakna Fed mungkin menurunkan kadar faedah supaya keadaan ekonomi menjadi lebih longgar.
Walaupun unjuran rasmi hanya menunjukkan kemungkinan satu kali pemotongan kadar faedah, pelabur percaya Fed mungkin mengambil pendekatan lebih mesra pasaran.
Jika kadar faedah menjadi lebih rendah, ia biasanya menyokong kenaikan harga aset seperti perak dan emas. Hal ini kerana pelabur cenderung beralih kepada logam berharga sebagai pilihan pelaburan yang lebih selamat.
2. Perak komponen penting dalam rantaian bekalan global Perak bukan sekadar aset kewangan tetapi juga bahan penting industri global. Ia digunakan secara meluas dalam elektronik, panel solar, kenderaan elektrik serta salutan peralatan perubatan.
Selepas berlakunya “short squeeze” pada Oktober lalu, sokongan permintaan industri dan kemasukan dana ke dalam dana dagangan bursa (ETF) terus menstabilkan kenaikan harga.
Untuk makluman, “short squeeze” ialah situasi dalam pasaran apabila harga sesuatu aset seperti saham atau komoditi meningkat dengan sangat cepat.
Kenaikan ini berlaku kerana ramai pelabur yang sebelum ini bertaruh harga akan jatuh terpaksa membeli semula aset tersebut untuk menutup kerugian.
Selain itu, volatiliti perak meningkat ke paras tertinggi sejak 2021. Walaupun terdapat sedikit tanda berhati-hati dalam kalangan pedagang, minat pelabur kekal kukuh dan pembelian masih berterusan walaupun pada harga tinggi.
Adakah perak sudah capai paras tertinggi? Jelas Business Today, beberapa petunjuk teknikal menunjukkan pasaran mungkin berada dalam keadaan “overbought”.
Hal ini kerana Indeks Kekuatan Relatif (RSI) perak berada sekitar 80, iaitu dalam zon terlebih beli. Bacaan RSI melebihi 70 biasanya menunjukkan aset mungkin memasuki fasa penyatuan atau pembetulan harga.
Dari sudut bekalan pula, simpanan perak di Bursa Niaga Hadapan Shanghai dilaporkan susut ke paras terendah sejak 2015.
Namun begitu, minat pelabur masih kukuh. Menurut strategi pasaran Ahmad Assiri dari Pepperstone Group, kenaikan harga tidak menakutkan pembeli.
“Sebaliknya, emas dan perak terus menarik pembelian walaupun dalam fasa kenaikan,” katanya.
Beliau menjelaskan paras sekitar AS$4,500 bagi emas dan AS$70 bagi perak kini lebih dilihat sebagai penanda rujukan dalam trend kenaikan berterusan, bukannya siling harga mutlak.
Pandangan pasaran global Sepanjang 2025, perak mencatatkan pulangan hampir 180 peratus, jauh mengatasi emas.
Penganalisis menjelaskan, kelebihan perak datang daripada “identiti dwi-fungsi” iaitu sebagai logam berharga dan bahan industri yang penting.
Bagaimanapun, pakar menasihatkan pelabur supaya tidak mengejar momentum secara agresif, memandangkan perak terkenal dengan turun naik harga yang besar.
BACA: Prestasi Pelaburan Malaysia Lonjak 13.2%, Atasi Rekod Pra-Covid – PMX
Sumber: Business Today (1) (2)
The post Pintas Apple, Perak Kini Aset Ketiga Paling Bernilai Dunia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/26/pintas-apple-perak-kini-aset-ketiga-paling-bernilai-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia

China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 192 hits
China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia Syarikat penerbangan China China Eastern Airlines baru baru ini telah berjaya melaksanakan penerbangan komersial yang mencatat jarak paling jauh di dunia lapor Indep...
Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 235 hits
Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia PM Anwar PETALING JAYA 13 Dis Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di dunia meskipun memiliki kepelbagaian kaum agama dan serantau yang rumit kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibra...
As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 91 hits
AS kini meningkatkan tindakan terhadap kapal ketiga Venezuela dengan Washington melangkah dari sekatan ekonomi kepada penguatkuasaan secara fizikal di laut antarabangsa Venezuela sebenarnya hanyalah sasaran perantaraan bukan pemain utama da...
Kenapa Notebook Planner Custom Lebih Bernilai Berbanding Biasa

Kenapa Notebook Planner Custom Lebih Bernilai Berbanding Biasa

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 135 hits
Dalam dunia yang serba pantas hari ini notebook dan planner masih menjadi alat penting untuk mencatat idea merancang jadual dan meningkatkan produktiviti Namun semakin ramai individu dan organisasi memilih notebook planner custom berbanding...
Stablecoin Usdt Kenapa Ia Lebih Bernilai Dari Ringgit Cara Jana Income Automatik Di Bitradex

Stablecoin Usdt Kenapa Ia Lebih Bernilai Dari Ringgit Cara Jana Income Automatik Di Bitradex

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 119 hits
Stablecoin USDT Kenapa Ia Lebih Bernilai Dari Ringgit Cara Jana Income Automatik Di Bitradex Ramai orang mula memperkenalkan The post appeared first on
Anwar Kongsi Lima Sektor Bernilai Tinggi Jadi Tarikan Pelabur

Anwar Kongsi Lima Sektor Bernilai Tinggi Jadi Tarikan Pelabur

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 151 hits
Anwar Kongsi Lima Sektor Bernilai Tinggi Jadi Tarikan Pelabur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menyatakan komitmen kerajaan untuk memastikan pelaburan yang masuk ke Malaysia memberi manfaat kepada rakyat Bagi yang belum tahu M...
Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 174 hits
Pasukan Gerakan Am Sarawak berjaya merampas barangan tidak dikenakan cukai bernilai RM9 9 juta dan menangkap 58 orang suspek dalam operasi yang dilakukan di seluruh negeri KUCHING Pasukan Gerakan Am Briged Sarawak telah merampas pelbagai je...
Hasil Kajian Rmk 11 Pahang Dianggarkan Mempunyai Rizab Nadir Bumi Sebanyak 1 4 Juta Tan Bernilai Rm37 36 Bilion

Hasil Kajian Rmk 11 Pahang Dianggarkan Mempunyai Rizab Nadir Bumi Sebanyak 1 4 Juta Tan Bernilai Rm37 36 Bilion

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 159 hits
KUANTAN Pahang dianggarkan mempunyai rizab nadir bumi sebanyak 1 4 juta tan hasil kajian yang dijalankan di bawah Rancangan Malaysia Ke 11 dari tahun 2016 hingga 2020 Exco Pelaburan Perindustrian Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Moh...
Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 119 hits
KUALA LUMPUR 23 Disember 2025 Di sebalik kejayaan besar atlet memanah berkuda negara di pentas dunia realiti sebenar yang dihadapi adalah cabaran kewangan yang sangat mencabar khususnya melibatkan kos pelatihan dan penjagaan kuda Menurut Mu...
Khutbah Jumaat Bulan Rejab Bulan Penuh Hikmah

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Perbicaraan 1mdb Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara Denda Rm11 4 Bilion Terhadap Najib

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim